Pindah

Bismillah....

Maaf korang lama tak update....
malas nak cakap kenapa tak update ...
sebab alasannya sama saje..hahahha
hidup dalam alasan ni memang tak kemana....

yang penting hari ni saya gagah menggigihkan diri update cerita walaupun dah basi 
ala blogger power macam Cik Epal dan Irine Nadia pun update cerita setahun lepas rileks je kan ? 
waakakkaka...apala sgt setakat blogger picisan yang reader tak seberapa ni ...
kakakkaka :P 

officially saya dah pindah ke ofis baru pada penghujung November 2015...
proses pemindahan yang agak panjang dan memenatkan 
tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar 

 Pindah dekat je...
kalau rindu ofis lama naik je ke level atas boleh nampak je bangunan lama 
walaupun Bangunan baru ni baru dan cantik 
bangunan lama tu tetap masih dihati ...cewahhh 
dengan bangunan pun nak feeling ke? hahahahhaha 
bukan macam tu ... ada sentimental value kot?
start perkhidmatan pada July 2008 kat situ ...
dah lama suke duke disitu ...


Sebelum berpindah kami makan-makan ramai-ramai 
makan nasi arab...
ada Officer belanja...TQ Puan ..semoga allah murahkan lagi rezeki Puan sekeluarga 

haish ...lama tak mengarang kat blog ni 
asyik la nak typo..hahaha kalau ada typo tak nampak tu mahapkan la ahkak 
ahkak dah masuk 3 series tahun ni 
huhuhu...

gambar ni kami ambil masa buat lawatan ke Bangunan baru 
belum pindah ..just lawat je 

ni view dari level 31ofis baru 
tu ha bangunan ofis lama ...
kan da bagitahu tadi ..kalau rindu pandang je dari sini ...ahhahaha

ni lah tempat saya mencari rezeki sekarang ...
bilik yang tak bertingkap ni ...
bila tengahari mula la senaman mulut...
(menguap mengantok oii) 
hahahaha

Semoga tahun 2016 lebih bermakna
dan sentiasa diberkati buat kita semua 
Inshaallah...amin 


Assalamualaikum.


Chilli's Crab Restaurant

Bismillah....

Korang maaf la kalau ada yang rasa macam blog saya ni dah bersawang ..wakakkaa
lama dah tak update ....bukan tak nak update 
malas lah nak bagi macam-macam alasan..ngaku terus terang lah kan ...
mula-mula sibuk...pastu buat-buat sibuk....terus jadi malas gila..hahahha

xpelah sy pun tak la ramai reader ...
tulis ss je kan..so kurang sikit rasa bersalah..hahahha
maafkan saya ye!

haritu ada pergi makan kat satu restoran ni 
sedap seafood dia..highly recommended

lokasi 
RESTORAN CHILLI'S CRAB
26-1 jalan pju 5/9, Dataran Sunway,
 Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya.
 Petaling Jaya, Malaysia
operation hour : 11.00 a.m - 11.00 p.m 
quality of food :)
200% milik bumiputera (melayu)
Time : 10.30 am - 11 pm (10.30 pm last order)
Off day: 1st & 3rd week wednesday
0361416033
FB

ni dia punya interior design 
ada gambar food besar-besar 
cukup untuk buat masa menunggu tu perut bershuffle sakan ...hahaha

Chilli Crab 

kami berdua je dengan Linda..
jadi order yang simple jela...
2 set crab berlainan cara masakannya
dan bun ....

egg salted crab..

dua menu yang kami ambil ni memang la terbaik! 
sedap..gabungkan kedua-duanya meletop la rasa dia 
tapi makan ketam kena bersabar ye..hahha

sebab kulit dia is so KERAS 
jenuh jugak la dok sepit..nasib baiklah tak terpelanting ...hoishh...hahaha
Linda yang tolong sepitkan ..keraih sungguh kulit dia 
tapi isi kat dalam..perghhh sedap ..padat ! 


harga pun boleh tahan sedap jugak..hahahha
yela..what did you aspect
big crab dengan isi yang tebal, padat ..
dimasak sempurna dan sedap!
takkan la harga stakat 10-11 ringgit....
itu adalah silap tanggapan namanya..hahahhaa

iols is eksaited nak makan dah masa ni ..haha
hampir sejam makan ketam 2 ekoq dengan 6 ketoi bun! 

total lost : RM 100 +

nak tengok menu lain boleh pi tengok kat foursquare ni ..


Sekian .

Good Luck for your future dear!

Bismillah....

sorry lama beno tak update blog...bukan tak nak update 
tapi I olss is malas....haahhaha 
adoii....ni la nama dia hidup segan mati tak mahu blog daku ini ...huhu
ampunkan lah daku yang malas ini ....

kitorang buat sambutan kecil-kecilan untuk Cik Ili Sarah Suhadi ni...
dia intern 3 bulan kat sini 
tapi kami close ....sedih je bila ili xde 

 selalu kalau ili ada dia selalu tanya semua orang siapa nak air?
dia akan tolong bancuhkan air ...
kalau ada buat makan-makan dia la yang rajin tolong cuci pinggan-mangkok 
calon menantu terbaik ni ...kakakkaka :P 

 masa dia bagi ucapan touching la pulak 
adoii...rasenya tak potong bawang...tapi tetiba je air mata ni nak mengalir 
huhuhuhu..... miss u lah Ili 

kitorang buat collection sorang sikit beli nasi arab 
makan ramai-ramai 
bila makan ramai-ramai yang biasa-biasa pun boleh jadi luar biasa
harapnya makanan tu ada keberkatan lah ....

 oleh kerana ili suke watak En.Muaz dalam "Drama Mencintaimu "kitorang saja je kenakan dia
syafiq la dalang prank..hahahhaha
dia yang tolong printkan gambar muka 
nilah dia pengaruh drama petang-petang ...ahhahhaa

 asalnya rasa makanan sikit je...
bila da susun semua..eh? banyak alhamdulillah 
semua kenyang 
kuih tart ni K.Ana beli..sedap! 
serius sedap..tak tau mana dia order 

Dear Ili, 
kami kat SKPI dah anggap ili sebahagian dari kami , 
kami pasti merindui Ili,Semoga Ili terus berjaya didalam setiap bidang yang Ili ceburi, 
Semoga Ili sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.w.t hendaknya 
we love u dear , take care and please don't forget us here " 



Sekian....