Ride : Pillion diary

Bismillah...

hari ni nak sembang diari seorang pembonceng
sebelum ni pernah jugak rasanya 2-3 kali cerita 
nak baca : 


Tn.John tu memang suke ride walaupun motosikal dia tak la berkuasa tinggi sgt 
means CC kecik je ...tapi soul nak ride dia tu tiap minggu nak ajak jalan 
kalau motosikal dia berCC besar mau sampai thailand dah hakak ni haaa...ekekeke
hakakkk ni ha yang  malas kenkadang tu nak ikut ...pppfffttttt
lenguh pinggan oii naik moto jauh-jauh 
orang tua gini lah dia.....
tapi actually enjoy...beza naik kereta ngan ride moto ni 

pada saya bila ride motosikal pemandangan tu lebih luas 
sudut pandangan tu lebih terbuka ...
pastu tak payah bayar tol 
dan lebih senang nak singgah mana-mana
yang kurang best ...lenguh pinggang  dan kalau hujan kelam kabut nak kena berhenti  

tak ingat dah berapa hari bulan 
kami balik Perak jala-jalan naik motosikal ..
balik rumah parents saya 

keesokan hari tu kami pergi jalan-jalan bandar warisan 
T.A.I.P.I.N.G
kalau dah sampai taiping haruslah nak makan mee udang 


 haishhh puas hati lah makan mee udang gobos-gobos ni 
beso udang nya 
alamat : 

Mee udang banjir Mak Teh, 
Kuala Sepetang,
Taiping, Taiping, Perak

tepi jalan je ....
masa kami sampai mee udang Mak Jah tutup lagi ..
dalam pukul 11.00 macam tu 

lepas tu lepak Taman Tasik Taiping 
tapi panas dah masa tu ...jadi tak lah duduk lama 
bila panas memang lah dahaga ...
kami singgah pula kat

Bismillah Cendol
Lot TK.233, No1, Jalan Barrack,
 Taiping, Perak

puas hati cendol dia..secukup rasa 


dah lalu tu singgah kejap kat sini ...
tempat praktikal masa zaman study dulu 
lama dahhhh....11 tahun dah 

kemudian minggu berikutnya kami ride lagi 
tapi kali ni ride balik hari je 
bertolak awal pagi 7.30 pagi dan sampai semula kat rumah pukul 3.00 p.m 
o.k lah boleh tahan penat ..hahahha 


 lokasi yang dituju 

Laksa Telur Goreng Bersarang 
Jalan Margosa D/8 Jalan Margosa D/8, 
31350 Ipoh, Perak
 Dekat Bandar Seri Botani, Ipoh

waze je ...sampai depan kedai 
kedai ni buka pukul 12.00 ye 
jangan datang awal 
kalau dah sampai awal macam kami ..hihi 
duduk la dulu 
jangan kacau diorang nak set up kedai semua 
tak payah nak tinjau-tinjau kot dia nak buka kedai cepat 
memang tak ...sabar ye tunggu pukul 12.00
tutup 7.00 p.m 


kami sampai 11.30 so terus duduk rileks dulu 
pukul 12.00 boleh beratur beli makanan ye 
sebab dia self service 
nak cili, limau atau petis ada kat tepi tu 
sila lah tambah sendiri sesedap rasa 

Tn.John suke telur goreng dia yang bersarang tu 
unik betul,,,
dia punya order special ....double egg 
harga murah je tak sampai RM 5.00 pun satu bowl 
hanya RM 3.50...kalau double Egg tambah RM 1.20 

kalau ke Ipoh sila lah cube...sedap ganda 3 ni 
hihihi

 haaa..... yang ni last week 
kami pergi b'fast kat lemang To'ki, Bentong
ride dari KL 8.00 pagi ....sampai sana 8.45 pagi 

alamat 
Lemang To'ki, batu 2 Jalan Tras.
 Bentong 28700
tepi jalan je pun 

 kami makan lemang sorang sepinggan 
ayam dan daging 
pastu roti canai sekeping + karipap seketul + tepung pelita seketul 
alhamdulillah 
kenyanggg 

 atas meja tu ada tapai daun getah 
Tn.John try ...skali sedap daaaaa 
rasa dia original ...terus lah tapau 5 tangkai 
satu tangkai ada 3 bungkus 
simpan dalam fridge...
makan sejuk2 sedapnyaaaaa 

banyak menu kat Lemang To'ki ni ...bukan sekadar lemang 
ada ayam bakar, daging bakar 
roti canai , nasi goreng  eh macam-macam lah 
memang banyak pilihan kalau makan kat sana 
kalau lalu try la singgah ...best 


Sekian 

#Merdeka 59

Bismillah.....

sadisnya tengok blog ni....hahaha Tuan Blog is malas 
tak de soul nak menaip macammana? padahal ade je bahan nak tulis 
tapi kalau soul tu tak datang bukak  blog 2 minit  laju je tangan ni klik pangkah ...hahhaha

maaf lah kalau ada yang buka blog masih cerita lama 
dah la cerita pasal astro tu? errrkkk...ekekeke 
sebelum raya lagi tu 

baiklah azam merdeka 
UPDATE BLOG SEMULA ...aci ? 
boleh la..boleh lahhh 
harap azam berazam la ...jangan azam tinggal kenangan sudehhhh 

masa 29 Ogos yang lalu saya cuti ..
gigih bangun awal pagi lepak kat Dataran tengok raptai penuh untuk hari Kebangsaan 
masa tu tak lah ramai sgt orang 
mmg jelas la boleh tengok perbarisan sume 


29 Ogos 2016

'Sehati, Sejiwa'


 rehearsal perbarisan Malaysia National Day 2016

 pada 31 Ogos 2016 pun gigih bangun awal merempit pergi Dataran 
tapi Ya Ampunnnn...ramainya ummat Manusia 
bersesak-sesak tak de la kami nak dekat ngan kawasan perarakan perbarisan tu 

lepak belakang stage je...

masa ni nampak ada satu group Chinese student...rasanya secondary school 
diorang tengah ambil gambar ramai-ramai ..sporting gila 
jauh beza ngan nak-anak melayu ..Sorry bukan nak kondem 
tapi saya hampir tak percaya diorang student 
sebab ? nak masuk perbarisan make up Omakkk aihhh? macam penari istana kebudayaan pun ada 
siap ngan bulu mata palsu...tak nampak macam student ..nampak matured je 
kalah iolss....hahahahhaha 

anak2 cian ni jugak yang sempoi..enjoy their young life 
masa diorang tengah ambik gambar ...saya wat muke 20 sen je 
pergi kat diorang ask to take a picture with them 
semua sporting 
tq uolsss selamat maju jaya semoga menjadi orang yang berguna bila besar nanti ye 



ni je moment yang saya sempat snap masa perbarisan hari Kebangsaan yang ke 59 
bangga jugak la dengan wira-wirawati negara yang mengharumkan nama negara 
atas bas tu ada atlet yang dapat pingat masa Sukan Olimpik
sekarang Malaysia ada di ranking yang ke 60 dengan 5 pingat 

Ucapan saya buat Negara Tercinta : 

Semoga Negara kita terus aman dan sebarang krisis yang sedang melanda negara sekarang ni 
akan segera selesai dengan cara yang berdiplomasi ...amin 
harap bertemu lagi di Hari Kebangsaan yang ke-60

  
lepas balik dari Dataran Tn.John bawa jalan-jalan kat Muzium Polis
Muzium Polis DiRaja Malaysia merupakan sebuah muzium yang terletak di Kuala Lumpur,
 terletak di Jalan Perdana, antara Masjid Negara dan Taman Tasik Perdana

 alamat penuh
 5, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

 Ahad 10:00PG–6:00PTG
Isnin Tutup
 Selasa 10:00PG–6:00PTG
 Rabu 10:00PG–6:00PTG
Khamis 10:00PG–6:00PTG
 Jumaat 10:00PG–12:00PG
 Sabtu 10:00PG–6:00PTG

tiada bayaran dikenakan untuk masuk melawat ye ...

o.k sekian

天文语言设置

Bismillah..... 

kau fikir kau siapa nak letak tajuk yang orang lain tak faham ? 
hahahha..ampun kan daku ini 
dikala hujan renyai-renyai membasahi bumi kat luar sana 
teringat kisah minggu lepas....
kisah ni ada kaitan ngan tajuk entry tu 
faham tak faham try la relate kan 


al kisahnya malam tu saya kat rumah sorang ...Tn.John kerja 
lepas siap masak nasi sume ...tutup la lampu 
tinggal lampu TV je
sebab bila buka lampu rasa panas sikit berbahang 
nak rileks-rileks kita tutup sume lampu 

raba-raba cari remote astro ...pastu nak tukar channel tersalah tekan noksss
ya ampun..keluar bahasa Cina semuanya! 
mapos aku...tak faham satu pun 
nak cari tulisan setting pun tak tau yang mana? 

dalam hati "mampos aku..mampos aku...hahahahha"
#peluhmulaberjurai-jurai
tengok jam 8.45 mlm....kalau Tn.John balik tgk TV camtu mau dia bebel nanti 
hahahahhahahaha

masa tu nasib la otak masih mampu berfikir 
apa patut aku buat ? kemon..kemon 
terus laju jari google "how to change astro language setting in Astro"
Fuhhhh...nasib baik jumpe ...ahhaha 
kat youtube ada ajar 
laju-laju tukar balik 

so ni just nak share kalau berlaku kat korang 
boleh try google je 
atau follow macam kat bawah ni 



ada kan relate kisah dan tajuk ..


sekian ...