Bila kau beranggapan kau paling sibuk

 Bismillah 


Semua orang ada had masing-masing 
Semua orang ada komitmen masing-masing 
Semua orang ada kekangan masing-masing 
Semua orang ada sibuk masing-masing 

Bila kau beranggapan kau paling sibuk 
kau akan mintak org lain buatkan kerja untuk kau kan ? 
Bila kau beranggapan kau paling sibuk 
Kau dah tak fikir yang orang lain tu pun ada kerja hakiki dia 
Bila kau beranggapan kau paling sibuk 
dan ada 5 orang lain yang sama macam kau beranggapan dia paling sibuk 
Maka 
MATI lah seorang manusia yang semua orang rasakan dia tak ada kerja 
sedangkan kerja dia sendiri pun tak ada siapa nak bantu 
di tambah pula lagi kerja dari 5 orang yang rasa dia tak ada kerja tu 

fikirlah orang lain sama 
semua orang ada kerja dia, jangan tunjuk sgt la 
yang kau paling sibuk 
sedangkan kau boleh duduk dan goyang kaki kat dalam bilik kau kan 



Tak guna gajikan anak-anak muda 
kalau masih cari yang tua dan kurang kekuatannya 
semua dah tak seperti dulu 
masa semakin memakan kekuatannya 

sekian 

Si Pengembara alam maya tu xnak komen ke? 
takkan dah pencen menulis.. kemon lah.. 
HAHAHHAH 

Ok bai 




Bila Usia kau semakin meningkat

 Bismillah 


Tadi aku terbaca satu post 
katanya bila kau masuk satu lingkungan Usia maka akan ada lah cabaran dan ujian yang akan kita hadapi .. kalau kita tak kuat, maka pincangkan lah kehidupan kita tu ..  

Kadang kita pun tak terfikir yang akan sampai satu masa 
kau rasa kau dah stabil, dah kerja bertahun-tahun gaji pun dah beribu 
tapi bila Ujian tu datang 
kau akan tertunggu2 bila la gaji nak masuk ni ? 
Bila lah bank nak transfer duit aku ni 
kenapa kena hadap scammer dikala ketika tu kau memang dah sedia x senang 

belum lagi orang nak kutip hutang bill itu dan ini 
tapi kalau kau terpaksa hada semua ni 
satu nasihat aku 

buat jelah tak tahu dulu, kau nak bayar pun duitnya x de lagi kan ? 
nak fikir pun buat semak kepala kau je 
nanti bila duit dah ada, kau bayar aje lahhhhh
Kau berdoalah semoga Allah yang Maha Baik tu mempermudahkan urusan kita  

settle... 

selain daripada tu kau kena redha... 
tukar lah life style kau yang terikut-ikut dengan trend skrang 
contohnya, minum kopi mahal-mahal 
makan order grab mahal-mahal, beli barang itu ini online diluar kemampuan kau 
sekat lah sikit kehendak yang bukan keperluan kau 

hurmmm... sekarang ni momentum keje tu pun so - so je kan ? 
mesti kau fikir nak rehat, nak tenang-tenang lepak ngan anak kat rumah kan ? 
tapi kau kena sedar kau masih ada bertahun-tahun service lagi dikkkk 
jangan nak rileks sgt kalau kau ikutkan perasaan kau akan merentan nanti kan 

Mental health kena jaga dik 
orang x tau ramai je antara kawan-kawan sekeliling kita yg mungkin ada issue dgn mental health 
tak payah lah kau semakkan kepala kau kalau benda tu diluar kemampuan kau 
dah tak boleh nak bolehkan macammana lagi kan ? 
lepastu salahkan itu dan ini 
tu bukan cara dia Dik.... kau rileks dan Sabar jap 
bertenang dan just follow the flow 


tata, take care korang 
nampak dah masuk usia emas ni tulis pun macam mak mak kan ? 
perlu ke aku tukar nama blog ni kepada nama yang lebih ke arah makcik-makcik? 
hahaha.... gigih pulak kau kan 
hahahah okay lah janji aku dapat luahkan apa yang aku nak cakap 
kalau cakap ngan org pun belum tentu orang nak dengar kan ? 
baik aku bebel sini kau rajin nak baca silakan 
kalau malas aku pun xde rugi pape kan ? 
dan 
kalau kau rasa apa yang kau buat kat rumah tu semua x kena 
keluarlah cari environment lain 
x mampu dok hotel , lepak jela dalam khemah 
tapi make sure anak bini kau selesa ya... tilam, kipas keperluan lain bagi complete okay 
baru enjoy! 



Okay sekian 

Hidup bukan perlumbaan

 Bismillah 
Petang ni saje booring 
terdetik nak menaip kat sini, sekadar pandangan dan luahan hati sendiri je 
memerhati sekeliling, gelagat manusia ada macam-macam jenis 
hidup bukanlah perlumbaan untuk jadi yang terbaik 
tapi cukup apa yang kita buat, oarang sekeliling kita, orang yang terdekat dengan kita dapat rasa 

Kalau kita rasa kita terbaik, kita hebat 
adakah orang terdekat dengan kita rasa macam tu ? 
atau kita je yang perasan begitu? lalu cerita pada orang lain yang kita adalah terbaik
sedangkan dari orang lain , kisahnya berbeza 
jadi tidak lah perlu kita membandingkan kerja kita, kehidupan kita dengan org lain 
buat sehabis baik dan enjoy your life 

kalau kau berlumba nak jadi yang terbaik
sedangkan ianya tak berlaku pun... 
Janji kita kerja ikhlas kerana Allah Taala... 



Sekian