Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Top Spot Kuching - makan Seafood sehabis boleh!

Bismillah......

Food court Top Spot, Kuching ni rasenya memang famous kan ?
dah macam syurga makanan laut ....
Lokasi nya : 
Level 6, Jalan Bukit Mata Kuching, 93100 Kuching, Sarawak
kami makan di Bukit Mata Seafood No 25.
memang penuh meja makan kat sini ...
nasib baik Kak Leen dan uruskan semua untuk kami 
Thankssssssssssssss soooo much K.Leen 
miss u already 
rasenya ni butter prawn...
memang makan banyakkk malam tu ..
semua sedap-sedap belaka...rasa rugi plak kalau diet masa tu ..hahaha
see betapa rakus nya ...-____-"

sayur midin goreng belacan ....
Sementara tunggu makanan sampai 
semua ada je aktiviti sendiri....
adoiyai candid muke stress saya tengok hp..hahhaha

yang ni Oyster pancake kan? 
sedap..rangup makan macam keropok 
pastu cicah sos...perghhhh 
hahaha...jgn harap la nak candid saya lagi 
ekekeke :P

tapi last kna candid jugak ...
org sibuk ambik gambar kat camera awak dok pose dengan sepit ketam 
pfffffttttttttt

see..soooo fresh 
sayur ikan-ikan semua nampak fresh 
tengok yang belum masak macam ni pun boleh buat terliur kot ..
gulllppppp 

Udang lipan.....yummy 
kalau goreng tepung ni sodap oiiii 
kalau rebus macam tu je pun sedap

siakap 3 rasa ke masam manis ntah ..sedap 
ketam ni memang paling best 
ketam masak telur masin rasenya 
rase dia unik dan sungguh lazat berkrim disukai ramai 
kalau datang cuba ini o.k! 
ada sup jugak 
yang tu mushroom soup 

perut dah kenyang ...
apa lagi jom lah bersandar dan bergambar ..ekekekeke 

Sekian. 

Muzium Kucing, Dewan Bandaraya Kucing Utara

Bismillah.....

Seawal 8.00 pagi kami dah gerak dah 
Kak Lin cakap nak bawak kami pergi Muzium Pusak (Muzium Kucing) 
lokasi muzium ni dekat atas bukit tau 

Ye! muzium ni memang terletak didalam bangunan 
Dewan Bandaraya Kuching Utara 
miawwww ...comel tak ?
hihi...kna ambik gamabr kat sini 
sebab pintu masuk mulut kucing ni comey sgt :) 

tapi kat dalam tu Linda la excited :P 
pandang sana ada Dora ...pandang sini Dora lagi 
(Dora tu siamese cat milik Linda ) 

masuk dalam..mak aihh...
datuk..nenek cucu-cicit Dora semua daa...hahahhahha 
comel sgt ni....unik betul siamese cat macam Dora 
patut lah KAKAK Linda sayang sgt Dora dia 

selain daripada tu ada jugak replika rangka kucing dr besi tu 
dah macam cyborg pulak ...
Ikon kucing yang famous2 pun tak ketinggalan 
ala Si Garfield dan lagi satu hello kitty...

terima lah gambar kami yang sempat mengiau didepan 
pintu masuk muzium kucing ...
o.k readyyy semuaaa....
1,2.....3 ....miaaaawwwwwwwww 

soooo cute kan... 2 model yang berjaya ditangkap 
persian yang lembut dan bengal yang garang ..hahahha
Persian ofcourse la lembut macam Kak Ina 
dan yang bengal tu cheeky macam Ayu ...ekekeke 

didepan pintu masuk gua kucing :) 
kat dalam tu ada macam-macam haiwan berbulu seperti kucing 
kira diorang ni sedara-mara lah ni 
ada harimau belang, bintang dan singa ...

pusara yang menjadi memori ...
tetiba rindukan Juna, Kiuty, gebu dan yang lain-lain  ..huk..huk..huk :'( 
(my cat yang dah tak de) 

kenapa awak so comel ???
meh nak pelok sikit ..haha 
macam yang saya cakap tadi ....
Majlis perbandaran Kuching Utara terletak atas bukit
dari atas tu dapat tengok Bandar Kuching ...so nice
kali ni saya akhiri dengan  pose helang terbang melayang  vs helang patah sayap ..hik..hik...

sekian..