Showing posts with label Marina Island Resort. Show all posts
Showing posts with label Marina Island Resort. Show all posts

Marina Island Resort, Pangkor

Bismillah...

dah alang-alang ada snap beberapa gambar menarik 
saya share lah kat sini ...

lokasi 
Marina Island Resort Pangkor
    Alamat: km 1, Teluk Muroh, 32200 Lumut, Perak, Malaysia

Marina Resort ni sesuai juga kalau nak bawa anak-anak bercuti 
boleh mandi kolam yang cantik dan boleh mandi laut yang tak jauh pun dari hotel

 setiap apartment tu memang luas...
masuk je ada satu bilik yang macam dalam gambar ni 

kami dah disediakan 3 buah katil untuk 3 orang 
jadi dalam bilik kami ada 4 buah katil..3 didepan dan satu dalam bilik 
memang kami pilih tido bertiga didepan tv ni jela..lebih senang ...
bilik satu lagi tu buat tempat solat dan salin baju je...

ada juga dapur kecik kat tepi tu ....
cermin besar tu buat bilik lebih kelihatan luas..
nak pergi kelas tak payah rebut cermin..tuh ha besar share la 3 orang 

 kalau la rumah sendiri best nya ...
letak satu set kerusi ..petang-petang boleh minum coffee ngan biskut ..
haishh....sembang-sembang sambil ambik angin ..haishh..haishh...haish..

hahahahha kesian angan-angan mat jenin jela kan 


swimming pool kat bawah tu pun best 
luas..ada dua buah ..satu yan dalam satu yang cetek untuk budak-budak main 
kami tak sempat pun nak singgah kat swimming pool ni ..
jadual pack ....dapat tengok dan lalu lalang sahaja 

sekian ..



Kursus di Lumut

Bismillah......

tarikh tepat kursus pun dah tak ingat ...
dah lama...last year punya cerita jugak ni ..
pergi kursus di Marina island ,Pangkor.

Ingatkan dekat Pangkor? naik feri bagai? rupanya TAK...ekekeke
naik bas je dh sampai ...
sebab tak ramai pun yang join..kami duduk seorang satu kerusi dalam bas..
luas sikit ...nak tido ke nak melepek ke...suke hati 

masa ni baru je lepas tol Jalan Duta ...
saya bukan tido pun..saje menikmati pemandangan kat luar jendela..
cewah..jendela la sgt 
padahal tingkap bas je pun..
Si Linda pegi snap gambar pulak ...haha
saya jarang nak tido kalau jalan jauh ni...lebih suke tengok luar tingkap
lagi best kalau lalu jalan kampung 
tengok rumah orang, kampung orang, ayam , sungai, itik , pokok rambutan, mangga... 
hah gitu...pencinta alam la sgt kannn ...hahahha 


masa ni dah sampai Kuala Selangor ...
see siapa yang tido sebenarnya ? mih..mih..mih
nasib ko lah mak lang ...dapat kawan nak balas dendam ni..hihihi
amboii tido pun TETAP nak bergaya ...siap berspect lagi .. pppffftttttt 

sampai je ke bilik penginapan ni la view yang disajikan daripada tingkap bilik 
so nice! alangkah best tiap pagi bangun dapat tengok pemandangan cantik macam ni 
baru lah semangat nak siap pergi kerja...
berangan jelah...tak dapat boleh la konon semanagt nak pergi kerja? 
padahal sama je...hahaha pagi isnin nak pergi kerja bukan main seret kaki nak pergi mandi kan ? ahhahha

ni breakfast ....haish..rambang mata apa nak makan ni
nampak semua nak ..tapi xpe makan apa yang mampu je jangan membazir
membazir tu kan amalan syaitonnn 

see ..bangun pagi tengok pemandangan yang cantik, ditiup angin laut sepoi-sepoi bahasa 
kena pulak breakfast yang lazat...masuk kelas bukan main fokus lagi tu? 
hahaha.... tak pandang kiri kanan ha...ntah apa yang ditulis pun tak tau lah 

saya tau ramai yang suke tengok makanan kan?
so kita snap gambar makanan lah buat jamu mata kan ..
yang ni masa malam last kami kursus ...ada BBQ malam ni 
tapi ada juga persembahan kumpulan 
cuma ambil masa sepetang ! 
lebeih kurang 2 jam bincang dan practice 
belum perform kita makan sikit je buat alas perut katanya 
hikssss

baiklah ..terima lah persembahan nyanyian daripada kami 
saya bukan singer utama tau ...saya cuma pegang handphone yang ada mp3 minus one.
sebab tu lah saya ada kat mic ..hihi 
lagu kami malam tu gunakan muzik lagu "kalau berpacaran" 
tapi ubahsuai lirik ikut tema kursus 
o.k la dah present boleh la makan lagi sampai kenyang :P 

Amboi..muke confident habis? padahal lirik pun tak hafal..ekekke 
tak pe yang penting keyakinan tu kena ada ..
dah habis semua persembahan marilah sambung makan 
nyumsss....
kambing panggang tu sedap oii....dekat 4 kali tambah ..ahahaha
makanan banyak orang tak ramai 
merasa la ko makan tambah-tambah 
nasib baik bilik aircond 
boleh la mkn kambing banyak ..kalau tak! berkipas la ko memalam 
panehh...

sekian .