#malamMerdeka58

Bismillah...

Entry lepas saya cerita sambutan Merdeka kat Kampung 
saya tak dapat balik Kampung masa cuti 31 Ogos tu ... :( 
so duduk la kami berdua ...layan TV je kat rumah 

 tapi sempat lah juga kami makan-makan 
sempena Kemerdekaan katanya ......pppfffftttttt
LOL sgt la.... hihihihi
nak pergi Dataran sesak..nak ke Bukit Jalil pun malas 
so xpelah ...makan malam sama pun jadi lah 

 menu special malam tu ...
siakap 3 rasa 
nyumsssss


 tapi walaupun tak keluar kemana-mana 
tetapp..gigih layan Tv sampai detik 12 malam 

sekali dengar bunyi letupan bunga api ...
waaa.... jadik lah layan bunga api dari bilik ....hahahhaa 

itu je pun ceritanya 

sekian. 

Sambutan Merdeka

 Bismillah 

ni cerita dari kejauhan ...huhuhu
gambar semua nya daripada whatsaap adik beradik ...
hasil kerja keras Mak,Along, Abg Long , Adik , Kakak dan ayah kat kampung 
lama juga diorang nak siapkan taman ni...
Taman untuk Sambutan Hati Kebangsaan tahun ni 
ni dekat depan rumah saya di kampung

 Taman Firdaus ....
tak tau la mana diorang dapat nama..hahahha
rasenya inspirasi dikala minum petang
 sambil makan goreng pisang ayah cakap letak la nama Taman Firdaus gitu...
hihi

Angsa Bunga ni saya rasakan comel..hihihi
along kot yang buat ni ...
bunga kembang pukul 10.00 tu nice tapi sayangnya kembang pukul 10.00 je
waktu lain tak de bunga ..nguncup je..huhuhu

 ni beca dari idea adik Syakir 
dia la yang sibuk nak buat Beca dengan basikal Arwah Tok Wan 

 Beca disiang hari..huhu 
si kecik tu kucing adik nama comel kalau tak silap 
saya tak jumpa lagi si comel ni ..
baru adopt ...asalnya stray cat 


 tahun lepas pun diorang ada masuk pertandingan ni ...
nilah dia punya medal penyertaan...
tapi tahun lepas simple je...
dapat nombor 3 kalau tak silap 
tahun ni meriah sikit 

alhamdulillah...
berkat usaha diorang dapat No.2 tahun ni 
dapat la hamper tu dan wang tunai yang dalam sampul coklat tu 
tak tau berapa lupa nak tanya along ...huhu

tahun depan ada rezeki dipanjangkan umur kita cuba lagi ye..

Sekian. 

Ribut

Bismillah....

cerita lama tapi xpelah nak update jugak :P 
ngeeeeeeeeeee 
rasanya siapa yang tonton TV misti tau cerita ni 
ofis saya dilanda ribut yang dahsyat 
kenangan sgt nih...
sebab Inshaallah ni sambutan raya terakhir kat blok bangunan ni 
kami akan berpindah tak lama lagi ...
hai Wahida My All...nanti boleh la berjiran :P 
hihihihi

 Majlis Networking yang bertemakan warna Orange 
iolss is tak de baju warna oren ...
sebab nak ikut tema dan menjayakan tema oren yang dipilih tu  pakai yolah ...
asalkan oren..gitu :P 

masih jugak berkesempatan ambil gambar dengan Dato' Ahmad Maslan 
timbalan menteri baru kami ;) 
hihi...katanya ambil gambar tak de GST :P 
hahaha
gurau o.k 

 petang tu tolong team AKRAB deco raya 
diorang pun nak buat majlis 
tapi sayang say atak dapat join huhuhu 
masa ni lah hujan lebat dan angin kuat gila....
tapi masih tak tau apa yang berlaku kat luar sana nun 

 gambar yang viral waktu tu ....
haish ..kenapalah si Roy main hujan tu ?
rupanya bahagian belakang kafe roboh kna langgar dek ribut 
nasib baik si Roy ni o.k ...dia pekerja Kafe tu...

 pandangan dari atas ....
habis khemah Majlis networking tadi di terbangkan ....
kesiannya dekat tuan empunya canopy ..habis koyak :( 
tiang lampu, bendera habis bengkok 

kemuadian kecoh lagi ...
katanya Kereta Cik Add salah seorang geng kitorang kena timpa dek pokok 
tapi Alhamdulillah tak kena 
sipi je...
 kereta sebelah dia yang teruk 
kesian la ...hurmmmmm

ni sebuah lagi yang kena timpa dek pokok tumbang 
kalau tak salah saya ada 3 buah kereta yang kena timpa pokok 
pagar depan kat medah selera tu pun roboh 
padahal batu kot? kuat betul angin ....
alhamdulillah xde kecederaan pd sesiapa ...

ujian Allah tu datang dalam pelbagai bentuk ...


sekian .