Marina Island Resort, Pangkor

Bismillah...

dah alang-alang ada snap beberapa gambar menarik 
saya share lah kat sini ...

lokasi 
Marina Island Resort Pangkor
    Alamat: km 1, Teluk Muroh, 32200 Lumut, Perak, Malaysia

Marina Resort ni sesuai juga kalau nak bawa anak-anak bercuti 
boleh mandi kolam yang cantik dan boleh mandi laut yang tak jauh pun dari hotel

 setiap apartment tu memang luas...
masuk je ada satu bilik yang macam dalam gambar ni 

kami dah disediakan 3 buah katil untuk 3 orang 
jadi dalam bilik kami ada 4 buah katil..3 didepan dan satu dalam bilik 
memang kami pilih tido bertiga didepan tv ni jela..lebih senang ...
bilik satu lagi tu buat tempat solat dan salin baju je...

ada juga dapur kecik kat tepi tu ....
cermin besar tu buat bilik lebih kelihatan luas..
nak pergi kelas tak payah rebut cermin..tuh ha besar share la 3 orang 

 kalau la rumah sendiri best nya ...
letak satu set kerusi ..petang-petang boleh minum coffee ngan biskut ..
haishh....sembang-sembang sambil ambik angin ..haishh..haishh...haish..

hahahahha kesian angan-angan mat jenin jela kan 


swimming pool kat bawah tu pun best 
luas..ada dua buah ..satu yan dalam satu yang cetek untuk budak-budak main 
kami tak sempat pun nak singgah kat swimming pool ni ..
jadual pack ....dapat tengok dan lalu lalang sahaja 

sekian ..



Kursus di Lumut

Bismillah......

tarikh tepat kursus pun dah tak ingat ...
dah lama...last year punya cerita jugak ni ..
pergi kursus di Marina island ,Pangkor.

Ingatkan dekat Pangkor? naik feri bagai? rupanya TAK...ekekeke
naik bas je dh sampai ...
sebab tak ramai pun yang join..kami duduk seorang satu kerusi dalam bas..
luas sikit ...nak tido ke nak melepek ke...suke hati 

masa ni baru je lepas tol Jalan Duta ...
saya bukan tido pun..saje menikmati pemandangan kat luar jendela..
cewah..jendela la sgt 
padahal tingkap bas je pun..
Si Linda pegi snap gambar pulak ...haha
saya jarang nak tido kalau jalan jauh ni...lebih suke tengok luar tingkap
lagi best kalau lalu jalan kampung 
tengok rumah orang, kampung orang, ayam , sungai, itik , pokok rambutan, mangga... 
hah gitu...pencinta alam la sgt kannn ...hahahha 


masa ni dah sampai Kuala Selangor ...
see siapa yang tido sebenarnya ? mih..mih..mih
nasib ko lah mak lang ...dapat kawan nak balas dendam ni..hihihi
amboii tido pun TETAP nak bergaya ...siap berspect lagi .. pppffftttttt 

sampai je ke bilik penginapan ni la view yang disajikan daripada tingkap bilik 
so nice! alangkah best tiap pagi bangun dapat tengok pemandangan cantik macam ni 
baru lah semangat nak siap pergi kerja...
berangan jelah...tak dapat boleh la konon semanagt nak pergi kerja? 
padahal sama je...hahaha pagi isnin nak pergi kerja bukan main seret kaki nak pergi mandi kan ? ahhahha

ni breakfast ....haish..rambang mata apa nak makan ni
nampak semua nak ..tapi xpe makan apa yang mampu je jangan membazir
membazir tu kan amalan syaitonnn 

see ..bangun pagi tengok pemandangan yang cantik, ditiup angin laut sepoi-sepoi bahasa 
kena pulak breakfast yang lazat...masuk kelas bukan main fokus lagi tu? 
hahaha.... tak pandang kiri kanan ha...ntah apa yang ditulis pun tak tau lah 

saya tau ramai yang suke tengok makanan kan?
so kita snap gambar makanan lah buat jamu mata kan ..
yang ni masa malam last kami kursus ...ada BBQ malam ni 
tapi ada juga persembahan kumpulan 
cuma ambil masa sepetang ! 
lebeih kurang 2 jam bincang dan practice 
belum perform kita makan sikit je buat alas perut katanya 
hikssss

baiklah ..terima lah persembahan nyanyian daripada kami 
saya bukan singer utama tau ...saya cuma pegang handphone yang ada mp3 minus one.
sebab tu lah saya ada kat mic ..hihi 
lagu kami malam tu gunakan muzik lagu "kalau berpacaran" 
tapi ubahsuai lirik ikut tema kursus 
o.k la dah present boleh la makan lagi sampai kenyang :P 

Amboi..muke confident habis? padahal lirik pun tak hafal..ekekke 
tak pe yang penting keyakinan tu kena ada ..
dah habis semua persembahan marilah sambung makan 
nyumsss....
kambing panggang tu sedap oii....dekat 4 kali tambah ..ahahaha
makanan banyak orang tak ramai 
merasa la ko makan tambah-tambah 
nasib baik bilik aircond 
boleh la mkn kambing banyak ..kalau tak! berkipas la ko memalam 
panehh...

sekian . 



Tunggu

Bismillah....

Asyik cerita bergambar je ni nak borak-borak kosong je 
korang suke tak menunggu? saya memang tak suke kalau dah janji pukul berapa-berapa 
tapi orang yang berjanji masih tak kunjung tiba 

perangai saya ni sama la macam ayah dan Tn.John 
semua pun tak suke menunggu..
ayah saya kalau dia cakap nak gerak pergi kenduri pukul 11.00
ko lambat pukul 11.00 baru nak pakai tudung?
memang dia tinggal je
padan muke? hahahhaha 

Bila saya sendiri tak suke menunggu 
memang la saya akan cube elakkan orang lain menunggu saya
Tn.John pun dulu ms belum berkahwin ...
bila janji nak keluar ...saya akan pastikan siap 10 minit
 sebelum dia sampai supaya saya tak kelam kabut 

dia pun tak de la sampai je buat muke cencorot kan?
hihihi...tapi tak la bermakna saya tak pernah lambat ?
pernah lambat kalau tetiba sakit perut 
tetiba kunci hilang ....da cube cepat tapi apakan daya ...huhuhu

sampai sekarang benda ni mmg saya praktikkan ...
kalau nak keluar saya akan siap dulu supaya boleh gerak tepat pada masa 



tapi benda ni elok juga diamalkan 
cuba kalau nak naik flight? mana boleh lambat ...memang awak kena tunggu 
kalau lambat dia tinggal..bas ..train semua konsep dia sama 
ko lambat dia tinggal 

kami pernah blind date dengan orang nak beli barang thru Mudah.com 
janji pukul 8.00 mlm ...7.30 mlm kami dah tunggu orang tu 
tapi sayangnya kenapa susah sgt orang nak tepati masa ?

macam pernah sekali tu 
ada orang nak ambil anak kucing saya...
dah berkali-kali saya whatsaap dia bagitau jumpa tepat 8.00 malam 
sebab husband kerja malam ...dia kena masuk ofis sebelum 8.15
tapi tetappppppp jugak nak datang lambat ?
alasan jem? tak sempat sampai ?

dah tau jem keluar la awal
cuba la rancang perjalanan ....kalau nak naik flight boleh ke bagi alasan jem dekat pilot?
memang TAK la kan ?
Tn.John memang dah mengamuk...
dah janji tapi main-main 
dah cakap 8.00 mlm mintak lg setengah jam?
habis dia nak masuk kerja cemana? 
jadi saya terus cancel nak bagi kitten tu 
bukan nak menghukum
tapi saya pun ada komitmen lain ...bukan semata-mata nak tunggu dia 

Kejam ke saya ?
tapi nasib baik dia faham dan mengaku salah dia 
saya cuma mampu minta maaf 
kenapa kami boleh je gerak ke tempat yang dijanjikan selepas solat maghrib terus tunggu 
pada saya orang suke ambil mudah bab janji dan masa ni 
ala bukan tak boleh tunggu kejap ?
bukan masalah tunggu sekejap? orang ada kerja lain nak dibuat

same goes to punctual waktu masuk kerja
kalau sendiri tak boleh nak disiplinkan diri sampai tepat pada masa
macammana? kan masalah tu ?
apa-papa pun kena manage masa tu sebaik mungkin...
kalau keluar pukul 6.30 samapi lewat keluar lagi awal sikit
inshaallah akan sampai tepat pada masa...
karang dah lewat nak minta orang lain cover? tak ke melibatkan orang lain sekali ?

kalau nak terus berjaya cuba la punctual 
tepati dan hargai masa tu 

tu je nak bebel..hihihi 
sorry la pepagi membebel la pulak kan ...

sekian