Misi Lengkapkan Semenanjung Malaysia

Bismillah 

maaf lama dah kakak x menulis kat sini 
eh bukan tulis itu tipu menaip sebenarnya 
disebabkan kekangan masa -----> alasan hahhaha 
ni kakak cuba lah nak update kisah tahun ni sebelem berakhirnya 2018
dah tak berapa hari je lagi 

ni kisah 12 August 2018 
nasib lah hp sekarang canggih manggih ada tarikh kalau tak.....
 haram kakak tak ingat uols..hahaha
ginilah kisah hidup dua orang manusia ini yang cuba mengisi masa yang ada dengan cara kami
bukan nya berjalan ni sebab ada duit .....
tapi sebab kami nak! jadi kami adakan walaupun nan hado 
:P 
tips dia belanja bila perlu.....kami nak jalan je bukan nak shopping 
space pun xde kalau kakak awok ni nak shopping ..hihi naik moto je wakk 

nak siapkan mukhaddimah gini pun terkedek-kedek 
nampaknya kepantasan menaip akak dah low la mungkin dah tak 18 p.s.m
ohmy...tula malas sgt update blog...ASDF-HJKL please ...ekekke 
tak faham pi ambik kelas typing ... :P :P 


kali ni pergi tak buat kerja gila macam last time yang dua kali pi sana tu ..
kalut kakak navigator menjajau cari hotel dan rushing nak balik sebab pergi dua hari je
dengan hujan sepanjang jalan basah lokoih... nyampah tau... hahah 


 kali ni alhamdulillah cuaca cantik ....
panas tu normal la Malaysia bukan London kan ? 
kami pilih untuk lalu tepi laut dan singgah beli keropok lekor kelulut 008
setakat ni kat sini paling win keropok lekornya 
berat pun Tn.John sanggup tapau tu makna nya dia mmg suka..hihi 

 kalau ke Terengganu cuba lah lalu jalan dalam 
dan singgah kat sini , tepi laut ni...angin pun best 

Keropok Lekor 008 Kelulut
Marang Kampung Baru Ru Muda, Terengganu

kami teruskan perjalanan sampai ke Pantai Penarik 
memang book Hotel area situ 
kami akan stop ride bila menjelang malam 
Tn.John mata tak berapa nak elok sgt malam2 ni 
silau katanya 

 dah nampak laut haruslah berhenti dulu 
penat tu kurang lah sikit nampak laut terbentang luas 
Indah sungguh ciptaan Allah ni 


antara benda wajib bila sampai Terengganu 
cari celup2 tepung 
kita try Trizai celup tepung 
memang banyak RM 10 x habis makan dua orang ...hihi 
tak payah tamak beli sepinggan dulu o.k kalau habis baru tambah lagi...
 kami bermalam dekat Suria Merang Terengganu
hotel o.k la belakang laut 
boleh la nak jalan2 petang 

 Sebelum teruskan perjalanan untuk lengkapkan ride satu semenanjung Malaysia 
stop lagi ambik gambar kat Pantai Penarik ....
cantik lautnya 

 Perjalanan seterusnya menuju ke Banjaran titiwangsa dan akan berakhir di perak 
gamabr ni dirakamkan di Jeli Kelantan 

 lepas mendaki bukit sambil berlumba dengan bas.... :P 
dengan moto jgn mimpi la kami nak lumba.... jauh kena tinggal ekekke
kenderaan berat mampu la kami lumba-lumba manja hahhaha 
 lepas turun bukit, jumpa tasik kat royal belum ni 
Subhanallah so nice ......biru hijau ..cantiknyaaaa 
memukau pandangan mata 

 nak berhenti bergambar pun rasanya bahaya sebab bnyk kenderaan lalu lalang 
jadi sambil jalan tu gigih la kakak navigator selfie ....jadiklaaaaa 

 lepas jambatan jumpa kereta kebal ni 
singgah la bergambar sekeping dua 
lepas ni tak tau la bila lagi nak lalu sini 
ohya sepanjang perjalanan tu ada jugak la fikir yang cik elephant tak keluar waktu siang kan ? 
hihi konon la fikir macam tu positif sgt ....lol 
Alhamdulillah memang tak de la dia lalu
 perjalanan kami alhamdulillah dipermudahkan 

Sekian ...harap rajin untuk update kisah seterusnya 
kadang rasa macam nak buat blog baru 
travelogue je ....
tengok la kalau rajin 2019 nanti 

Ride back to nature - Jelai , Kuala Medang

Bismillah....

ni cerita lama Julai 2018
tapi nak juga simpan kat sini sebagai kenangan 
trip ni memang langsung tak plan 
nyampah Tn.John tu bila di tanya nak join ke tak 
manjangnya tak tau lagi 
nanti la 
tengok la
ciskek betul, sampai la hari kejadian 
pagi-pagi buta dah celik suruh kita bangun siap ...ditanya nak kemana 
katanya jom la kita hantar diorang pergi Jelai 
what the??? hantar je? 
iye kita balik ....
'baiklah' 


Maaf kerana sepi

Bismillah .... 

Maaf lama saya tak kongsi cerita kat sini 
terlalu banyak cerita nak dikongsikan sebenarnya 
tapi masa kurang sekarang ni 
dan paling masalah sebab saya yang MALAS 
haishhh 

bukan tak nak update 
tapi bila nak watermark gambar, nak pilih bagai jadi malas 
nah belanja gambar senyum senget sebab MALAS 
parah la kau maimonn senyum pun malas 
hahahhaha 
doakan saya RAJIN semula ye ... 
serius banyak nak share 


sekian untuk hari ni byeeeee