Ride : Repeat Terengganu

Bismillah 

30 December 2017, Sabtu 
 dah banyak kali tau Tn.John ni wat perangai gini...
tak bagitahu nak kemana ...tanpa sebarang perancangan 
dia main redah je 
mencik laaaa...migraine kakak navigator nak cari jalan 
nak cari hotel, nak cari tempat makan last minit 
adoihhh ... pukul 8.00 pagi masih kat KL 
stop kat sini bincang boleh tak nak hala ke Pantai Timur lagi 
see dah nak gerak sangat baru nak bincang 
takkan nak cakap tak nak ikut? 
hahaha rugi la kan 



Perjalanan macam masa kali pertama dulu jugak 
tapi kali ni lagi gila.... sebab katanya nak ke Cherating tak de pun nak sampai ke Terengganu 
Cherating, Kuantan ...o.k la 
hotel belum book!!! 
reason? Tn.John cakap kita walk in je  kat situ kan banyak hotel 
katanya lah...dia lupa ke tu penghujung cuti sekolah ? 
dan cuti New Year? aiyooo 
malas nak gaduh kan iolss is follow jela...

sampai simpang ke Cherating dalam pukul 11.00 so okay la 
ikut waze dia suruh exit Jabor 
jadi bila Exit Jabor dan kau tak pulak waze jalan lepas tu
agaknya sesat tak ? hahahha ofkos la sesat barat 
tak pasal-pasal sampai ke kawasan Pelabuhan dan jalan merah (Bauksit) dan pecah-pecah 
adoii free je kakak Navigator kena bebel..hahaha 
sebab tak navigate jalan ...ciskek betul 
pasrah je la...patah balik baru jmpe jalan Cherating tu 

pusing punya pusing hotel semua full 
damn ....ape ni? macammana ni ? takkan nak tido kat bus stop 
kakak Navigator belum cukup kental nak tido kat bus stop atau Masjid..hahahahha 
Tn.John tak yah cakap la semua tak kena 
padan muke ...tadi confident sgt nak walk in hotel konon 
hambek..hahahhaa tido la tepi jalan Banggg oii 
marah dia kalau kna provoke dek kakak Navigator :P :P :P 



akhirnya dipetang yang diberkati .....hihi 
kami check in kat hotel ni pada pukul 8.00 malam ...ohya ..sepanjang jalan hujan ye ..
tapi hujan manja gitu ...basah sikit jela 
o.k la standard la tu kan :P :P 

Hotel Seri Kemaman Inn 
 Jalan Air Putih, Kampung Gong Pauh, 
24000 Chukai, Terengganu

Hotel ni dah lajak sampai pekan pun 
hotel biasa je tapi alhamdulillah  setelah onak dan liku jalan dilalui 
dah lajak sampai Kijal pun...tapi patah balik ke sini 
drama swasta tu tak yah cerita la kan..kehkehkeh
padan mukaaa....
tak kena tidur di tepi jalan mahupun bus stop tu pun dah cukup bagus  
 -____-" 

Sesudah subuh, kami dah siap-siap nak check out 
hujan kat sana masa tu dah start extreme uolss 
adui kakak Navigator telah cuba untuk prepare mental dan fizikal 
...keluar je hotel hujan dan start menemani perjalanan kami 
see jeans kakak pun habis basah 
tapi pose tu tetap ...ahhaha bukan senang nak sampai sini lagi kan 


tapi nasib baik elok sampai kat Pantai Kemasek ni hujan dah stop 
dapat la main buai laju-laju sampai cucur atap ni 
hihi 


Maap la gambar Tn.John tu dia yg request jgn publish 
jadi kakak navigator dah transform dia jadi detektif Conan Idogawa..hahaha 
boleh la ..kalau tak letak langsung gambar dia karang
org cakap kakak Navigator bajet single pulak kan?  Ehhhhhh 
hahaha 

Haishh gemuk2 jugak cat kat pantai ni 
barangkali banyak makan ikang kot 
bangg udah lerr tak payah la beremosi sgt dengan kucing tu ..hihi 

lepas checkout kami memang tak makan pape 
masa dalam perjalanan tu hujan dah semakin lebat 
kelam kabut cari tempat nak makan 
tapi ntah bagaimana Tn.John senang je belok masuk kat Restoran ni 
tak dirancang mahupun navigate 

kami makan nasi kukus ni 
Ya Allah sedap uolsss....ayam lembut dan kuah tu pun rasa dia original 
puas hati makan 
sampai balik KL pun Tn.John dok sebut-sebut 
haishhh tak mustahil bakal repeat ni ..hurrmmmm..hahaha kebas montot 
 kakak sementara nak sampai dek kerana nasi kukus ni ..haha 


Nasi Ayam ZAA
Alamat: Jln Kolam, Kampung Tengah, 24300 Kerteh, 
Terengganu Waktu perniagaan:
 Isnin 11:00PG–10:15PTG
 Selasa 11:00PG–10:15PTG 
Rabu11:00PG–10:15PTG
 Khamis 11:00PG–10:15PTG
 Jumaat Tutup
 Sabtu 11:00PG–10:15PTG 
Ahad 11:00PG–10:15PTG

dah kenyang dan hujan pun kembali renyai-renyai
kami teruskan perjalanan melalui jalan tepi laut
Subhanallah sebuah pengalaman indah jugak ni
 sejuk ditiup angin kuat dan dapat tengok pokok kelapa melambai-lambai tepi laut
ombak pun kuat menghempas pantai
best ...serius best sgt walaupun sejuk kena hujan
tak pe...pengalaman tu lagi berharga


Keropok Lekor 008
Marang Kampung Baru Ru Muda, Terengganu

lokasi seterusnya kami singgah keropok lekor 008
tak sangka boleh sampai sini 
hihi ..hujan kan cemana kakak navigator nak navigate jalan 
memang kami redah je ikut sign board 
sekali sampai sini 

yeayy ...dulu kami order keropok lekor ni lah dari KL 
yang diorang hantar guna bas tu 
ingat tak ? 
tak ingat ? baca kat sini 

masa sampai kat sini hujan lebat 
memang basah lokoih bak kata orang kedah 
dan....... masa ni baru gigih cari hotel untuk malam kedua..hahahhaa 
sebab ingt nak balik KL dah masuk Highway KT terus ke  KL 
tapi hujan wei ....basah ni takkan nak balik dah 
tak puas jalan-jalan lagi 
jadinya kakak pun call la Hotel Felda Residence 
ingat nak walk in ...tapi bila cek kat Agoda 
Heyy ..lagi murah la beli kat Agoda 
kenapa bayar lebih untuk hotel yang sama? hahahaha gitu kekdahnya 





Felda Residence Kuala Terengganu
Jalan Hiliran, Terengganu Darul Iman, 
20300 Kuala Terengganu, Terengganu

makanya bermalam lah kami kat felda Residence Kuala Terengganu 
dan bestnya lokasi dia memang tengah bandar 
jadi kami park je Si hijau kat Hotel 
dan jalan kaki je uolss 
gigih jalan sampai Pasar Payang nun disana 



balik tu jalan lagi kat perkampungan Cina 
sampai lah ke Pulau Warisan yang ala-ala ICT ni 
pakai selipar jepung je ...takkan nak pakai kasut ride jalan-jalan kan..hihi 
kakak navigator ni kalau pergi ride tak de la nak pakai baju lawa-lawa 
nak pakai kemeja ke , blouse ke idok lerr kome 
Tn.John cakap berat moto dia bawa baju gitu ..hahahha 
bawa baju yang mudah basuh dan mudah kering je...

nice building
gigih snap gambar sebab menarik lukisan tu
kreatif orang Terengganu ni 
keesokan paginya 1 Jan 2018
kami dah nak gerak balik 
tapi masa lalu kawasan bandar ada motosikal yang Hon 
tengok2 kawan group Tn.John 
tak sangka boleh jumpa kan 

so duduk minum dulu dengan beliau 
masa nak gerak balik tu Hujan dah mula turun 
memang lebat...selebat-lebatnya 
memang turun tanpa belas kasihan ..
basah yang tak de sikit pun yang kering ...hahhaha 
kecut putih macam mayat dah sementara nak sampai 
dari Kuala Terengganu -Perasing - Gambang -Jengka -Bentong 
Hujan non-stop 
sejuk namatey ...hahhaha 
Alhamdulillah selamat sampai 8.30 malam kat felda Lurah Bilut 
kampung Tn.John 
jadi baru la rasa nikmat panas tu 
Syukur Alhamdulillah selamat sampai

dah sampai rumah sedang kakak ready nk mandi
Tn.John dok jerit soh tengok phone dia
ingatkan kenapa? rupanya ada kawan dia snap gambar kitorang ?
ciskek betul...hahahha
kakak tengah baek punya peluk bagaikan koala bear kat belakang Tn.John
adoiiiiiiii ape ni ? orang tengah sejuk namatey tu la dia nak snap kan ?
pasrah la kakak navigator
hahahahha..tengok gambar tu tak tau nak gelak ke nak nangis kome..
idok la kakak rela nak share gambar itu kat sini hihi


tapi tak serik pun nak ride lagi 
hihihihi 
next entry pun pasal ride jugak 
maap lerr kalau mengkome boring 
udah itu ajer aktiviti kakak navigator dan abang rider 
bertabah la komer ye 


sekian 

No comments: