Showing posts with label #sevenofus #Langkawitrip17 #Langkawiisland #airasiatraveller. Show all posts
Showing posts with label #sevenofus #Langkawitrip17 #Langkawiisland #airasiatraveller. Show all posts

Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi - Day 2

 Bismillah...

6 Entry baru masuk Day 2? 
haha adoi lah bertabah jugak nak habiskan entry Langkawi ni 
harap xde la yang  boring nak baca 

hari kedua kami bermula seawal 8.00 pagi dari Bahagia Villa 
tujuan utama nak ke laut! hari kedua aktiviti kami sepenuhnya di laut dan sungai 
mendekatkan diri dengan alam ye 
dapat la lihat kebesaran alam ciptaan yang Esa 

sebelum apa-apa kena b'fast dulu ye.. 
isi tank dulu barulah ada energy nak berjalan kan ? 
scary last word tu 'GEMUK' cukup la berat mcm skrg nak tambah lagi? no no no 
terus suap nasi laju-laju....dengan harapan dah breakfast x la gemuk? 
hahahaha poodahhh kalo dah GEMUK makan tak makan gitu lah dia 
melainkan tekad istiqomah jaga pemakanan ye ...
see dah melalut ...nak cerita pasal Nasi Dagang Pak Malau ni ! 
maap kan hamba 

nilah rupa kedai Pak Malau ...femes Pak Malau ni 
siapa pergi Langkawi tak datang sini tak sah rasanya 
haruslah cuba uollssss 

tu harga Nasi Dagang kat kedai Pak Malau ni 
dia punya deko classic hokey ....iolss dah la suke benda classic ni
siap dengan pantun tu lagi (pantun kan ?) hahaha 

Kajang Pak Malau, Kajang berlipat
Kajang hamba sengkuang layu
Dagang Pak Malau Dagang bertempat 
Dagang hamba mencari nasi dagang eh? hahahhaha 

 adoila..cantik view kat sini 
boleh pilih nak makan sampai ke bawah sana atau nak makan atas rumah tu pun boleh 
kereta classic ni buat view lagi menarik 
pandai Pak Malau deco kedai ni! 
taste hokey! 

 ha.....nampak tu ton colour kat kaki bukit tu ? 
subhanallah cantik ..sejuk, nyaman ... 

 ni lah dia orang zaman sekarang ...hahaha masing-masing pegang hand phone
haipppp....enough...enough....no phone please ...hihihi 
padahal orang yang snap gambar ni pun pakai phone jugak kan  ..bukan pakai 
tangan ke mata ke? pffffffffttttt ... betapa teknologi mempengaruhi hidup kita 

 chekikkkk...ayuh simpan sekeping kenangan bersama kat tempat cantik ni 
makanan pun dah ready ....kalau view je cantik makanan tak sedap pun tak guna kan ?
yang ni pakej ...nasi dagang dia sedap 
sesedap rasa pada saya ...tak tau la org pure pantai timur rasa sedap ke idok 
yela Nasi Dagang kan origin nya dari sana...hanya jauhari mengenal manikam ?
Manikam mana pulak ni kan ? anak lelaki si Subra tu ke? ngeeeeeeeeee -_____-" 

 nilah rupa nasi dagang yang dikhabarkan tu 
kalau Pak Malau buka kedai kat KL ...
saya sanggup cari kat mana kedai Pak Malau ..hahahah 
#gigih #foodhunter 


masa lalu rupanya makam Mahsuri pun terletak dikawasan tu 
tapi kami tak singgah pun sebab masih belum buka 
kami lalu aje 
ambik gambar dari luar jadi lahhhhhhh 
nak tau kisah Lagenda Mahsuri baca kat wiki ni ye...

sekian.. 

Langkawi Skycab 11 Jan 2017 - Day 1

Bismillah 

Maaf lah kawan-kawan cerita Langkawi ni mungkin akan sampai bersiri-siri 
cannot move on lagi ni ...haha 
kalau boleh setiap moment kami #bertujuh tu nak catat kat sini 
so kalau ada yang rindu boleh baca...auchh..touching plak kan  ppppfffttttt
tisu please :P 

selepas kami bersantap di Gerai Laksa Pulau sebab Laksa Ikan Sekoq tak buka 
kami pun waze la jalan ke Langkawi Skycab..
cuaca cun...tak hujan tapi panas terik tu standard la Malaysia kan ?
kalau nak sejuk kena pergi oversea...hihihi

saya memang membayangkan Langkawi Skycab ni tinggi 
saya pernah naik Cable car kat Genting 
masih boleh terima la ketinggian nye tu ...
kalau ada kuda ke, harimau ke masih boleh nampak dari atas 
tapi yang ni saya tau tinggi je tapi tak dapat bayang situasi nya ...
walaupun dah google before pergi...masih nak jugak rasa sendiri baru boleh bagitahu apa rasanya 

 Dari Langkawi airport tu korang waze je ...
nanti setiap simpang akan ada signboard 
tak sesat lah..walaupun jalan dia mendaki bukit dan agak sempit ...
jangan pandu laju-laju sebab banyak monyet kat tepi-tepi jalan 
nanti lepas simpang belok kiri jumpa kawasan parking yang luas(gambar no.4) 
parking kat situ 
dah betul dah tu ...walaupun cable car tu akan nampak kecik dan seperti masih jauh 
memang selamat menapak lah ye ...hahaha 

sebelum mula susun tapak jom selfie sikit..hihi 
karang dah sampai dah mula berkicap ...nak selfie pun tak lalu...hahaha 
(berkicap - berpeluh) 


Perjalanan menyusun tapak akan melalui kawasan-kawasan ini ye 
jalan je cuci-cuci mata ada banyak kedai-kedai sepanjang jalan ni 

 yeahh..dah sampai ke Skycab...lepas beli ticket masuk Q kat dalam 
aisyah jeling ape Tu ? :P
masa ni memang tengahari...1.02 p.m 
 beratur panjang nak naik cable car ni 
Nina jangan la tido dalam senyuman kjap lagi sampai la turn kita naik Cable car ..hihihi 
sabar sikit ye :P 
ha..... tu dah sampai ...cable car ni bergerak dia tak stop tau 
hati-hati melangkah naik 
kami nekad je naik 7 orang satu cable car ...hahaha 

 hoi..syuppp nyeee rupa-rupa cable car ni mendaki ye ...
bukan jalan mendatar pada satu ketinggian 
phewwwww....lagi tinggi dia naik lagi kecil rumah kat bawah tu lagi ngilu tengok ke bawah 

Mc Leen tu kena paksa ...haha dia tak nak naik ...phobia pd ketinggian 
tapi dia sahut cabaran naik juga...so dia la yang berani sebenarnya 
berani mencabar diri ....walaupun tunduk rapat ke lantai 
awak tetap ada tinggi di angkasa Mc Leen oiii....hahhaa
dah-dah tak payah nak sengih-sengih depan pc tu nampak kat Cik Aini pecah rahsia iols..hahah

Pengunjung akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6 tempat duduk. 
Gondola ini tidak berhenti, jadi pengunjung mesti segera menaikinya dalam tempoh masa yang sesuai. 
Gondola ini selamat digunakan dan tidak olang-aling atau berayun. 
Mungkin rasa gementar sedikit ketika tiba di menara pemindahan. 
Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. sayuppp oiiiiiii 
.Kemudian sambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas 
dengan kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Chinchang. 
Pengunjung akan dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titis hujan, kabus dan kelaianan jenis pokok dari setiap ketinggian.

 walaupun sempit dan tinggi ianya masih x menghalang kami untuk merakamkan memori ni 
simpan gamabr ni sampai ke anak cucu korang ....
bukti dah pernah naik Gunung Mat Chinchang dengan perjalanan sejauh 2.2 km 

walaupun dinyatakan Gondola ni selamat dinaiki, tidak bergoyang 
tapi kalau masing-masing sihat waalfiat yang naik 
pastu buat perangai berjalan-jalan dalam gondola sebab 
nak cari posisi cantik untuk ambik gambar 
Gondola akan bergoyang o.k...ahahahahha 
rasakan sebab sendiri yang buat 
orang naik duduk diam-diam awak gigih berjalan dalam tu -____-"
sorry ye Mc Leen kalau rasa tak selamat ...hahahah 
sekali seumur hidup mungkin? 
haruslah ambik gambar buat kenangan 
masa naik Cable car ni ada 2 kali hentian
masa naik semula gondola nak ke hentian kedua...boleh pulak slipper si Elena tersangkut kat pintu
hahahahha...haishh
risau jugak pintu tu terbuka ngerii oiii
dah la setiap kali gondola tu nak turun dari platform
masa tu mmg scary sebenarnya....nanti ngko akan rasa bergoyang yang teruk pastu ..
pupp dah turun tergantung-gantung kat tali ....haaaaaaaaa
cube la bayangkan ....hihi
ni masa balik ...masa balik decide utk separate
3-4 so gondola akan lebih stabil ...hihi 
dan bagi la peluang orang ketujuh duduk dan menikmati permandangan 
kalau naik 7 orang ...seorang kena berdiri ...suzie yang berdiri..kesian dia 
dia pun bayar yang sama jadi bagilah dia duduk juga...
kami bertiga ....tumpang satu couple ni bersama 2 baby comel ..

so total 5 orang o.k la selesa...
diorang 4 orang naik next Cable car ....
gambar ni pun couple tu yang ambilkan  

o.k sekian ..



Laksa Pulau Langkawi pun ada ikan sekoq - Day 1

Bismillah 

Owh ya lupa nak bagitahu di entry yang lepas, Hotel Bahagia tu bagus uolss 
dia bagi kami check in awal...pukul 11.00 dah boleh check in 
kalau ikutkan pukul 2.00 p.m...tak de extra charge pun
benda baik haruslah dikongsi..hehe 

sampai bilik dah setel siapa nak salin baju, nak ke tandas ke 
kami gerak....motif utama nak ke Skycab 
tapi Skycab buka pukul 12.00 p.m pada hari tersebut ...jadi kita isi perut dulu 
cadang nak makan laksa ikan sekoq yang famous tu 
tengok Lya colours makan menyelerakan je ghupenya 
laksanya kuah pekat, likat, melekat siap ngan ayaq nyoqq lagi 
ayuh la kita cuba ....

sekali sampai ...hampa uolsss 
kedai is tutup....ke belum buka itu tak pasti 
yang pasti ada sign board dia jaaaaaa... 
 untuk tidak menghampakan perut yang berkeroncong 
kami singgah gerai dekat deret laksa kaw ikan sekoq tu 
 Order kat atas.....makan kat bawah 
makan dengan disajikan dengan permandangan laut yang saujana mata memandang 
lautan biru yang tak tau dimana penghujungnya.....
 ditiup angin sepoi-sepoi...
bersama cicak yang cuba bermanja di kaki Mc Leen.. 
ntah darimana la cicak sesat tu datang...ada hati pulak nak singgah di kaki seluar Mc leen 
tak sedar ke kalau Mc leen tu pijak dia terus leper seperti daun...hissshhhh 
 makanan tak sampai lagi ..moh ler kita snap gambar buat memori kat sini 
alolololo....bila ajak snap gambooo masing-masing hilang muke lapar kan? 

 ha....sampai dah laksa Pulau Langkawi...hurrmmm....
jadik la buat pengganti laksa kaw ikan sekoq
tapi yang ni kuah dia caiyaq sikit ...rasa o.k la boleh la makan
ko dah beli takkan pulak tak makan kan ? 
ikan kembung tu kat KL sekarang sekilo dah RM 16 hengget oiii ...
patut la caiyaq kot? pppfffttttt 
 inila mak cik dan anak-anak dia yang jual laksa tadi tu 
kat gerai dia ada goreng-goreng seafood jugak 
bau ..perghhhh ...mengancam jiwa mak nakkkk ...haishhh 
ingatkan jiwa mak je yang terancam .....rupanya jiwa Elena pun terancam...ahhahhaa 
jadi kami pun add on side dish :P 
saya ambil cucur udang 3 ketul....dan Elena lagi tak beragak ...
laksa satu plate lagi dan ketam large size... 
perghhh....hahaha 
pastu dia nyesal ..sbb banyak makan...share je reramai 
nasib baik habis semua food 

sebab price da boleh tahan la jugak 
sepinggan laksa ikan sekoq RM 4.50
cucur udang seketul RM 2.00 
Ketam large Size RM 8.00 
laksa biasa tak ingat berapa ..rasanya dalam RM4.00

sekian... 
next entry Oriental Village