Showing posts with label Diari Rider. Show all posts
Showing posts with label Diari Rider. Show all posts

Ride to Langkawi Day 3

Bismillah 

Hari kedua di Langkawi sebenarnya, tapi hari ketiga termasuk perjalanan 
setelah tido puas semalaman, pagi tu kami memang dah bangun awal 
Bob ngan Aishah pn bukan main awal lagi keluar pergi dobi baju 
pergi ride ni memang xde nak bawak baju banyak2
tshirt yang cepat kering je kita hangkut 
pakai-cuci-pakai balik 

bagus jugak kan ...balik bercuti tak payah la nak fikir nak mendobi banyak2
cume xde la nak pakai baju ladies ni ...hahaha

6.45 pagi tn.John dah bising suruh siap 
dia cakap kita keluar pagi-pagi lah baru dapat tengok sunset ?
hahah bukan main ko kan bangggg 
dia cakap view tu berbayar tau kita dh spend kat sini 
hamboihhhhh kenmain dia tu 

jadi time budak-budak nk kesekolah tu la kami gerak 
sampai kat Nasi Dagang Pak Malau tu pukul 7.15 kot 
kedai pun tak buka lagi? 
puas la hati dia kan ? hahhaha tapi xpe dapat la tengok view berbayar katanya tu :P 
nampak la matahari terbit kat celah-celah bukit dan berkabus dikakinya 
angsa berenang keseekoran -----> pls jgn cari dalam kamus dewan...hahhaha 
memang so nice padi menghijau, kerbau meragut rumput 
hihi amboi detail cerita kakak ye? hahaha dapat feel tak ? 
Nasi Dagang Pak Malau
Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah


Ride To Langkawi 30 Jan-2 Feb 2018

Bismillah 

apa khabar korang ? tanya mcm ramai je reader nya? hahhaa
haritu dah upload gambar 
tapi menaipnya idok juge sudahnya save as draft je la 
hari ni ambik masa sikit kite cuba la habiskan satu entry 

Kami bergerak untuk ke Langkawi hari selasa 
30 Januari, lepas office hour kami gerak 
plan nya nak kesana berdua tapi jadi berempat dan akhirnya jadi berenam pulak 
ramai-ramai lagi best ...

untuk bawa motosikal ke Langkawi antara persediaannya 
Book feri awal-awal ye online je 
jangan nak pergi baru nak book itu nasib kau lah dapat ke idok kan ? 

mula-mula cek dulu date dan masa pukul berapa feri akan bergerak 
untuk feri bawa kenderaan ni bukan ada banyak trip ye 
kami pergi gunakan servis kedua-dua feri dibawah 
hahaha meh nak story mory 
 untuk feri saya, Tn.John dan Bob kami dah book  Langkawi RO-RO 
perjalanan pergi dan balik 
tapi bila Jalil nak ikut feri RO-RO perjalanan pergi dah full uolss 
sedih .....jadi saya book kan Langkawi Auto Express untuk diorang berdua 
balik naik sama kami Langkawi RORO 

Ride : Perjalanan dua roda ke utara tanah air

 Bismillah 

Alkisah tersebut lah kisah ...thoibbbbb 
hahahha
pada hari raya ke empat  hari Khamis 29 Jun 2017
kami dah booring melepak dirumah 
sepanjang bulan Ramadhan Tn.John telah memberhentikan aktiviti ride 
jadi bila dah raya haruslah tapak tangan dia gatal nak pulas throttle

Ride : Hala 3

Bismillah...

nak marathon update cerita ride sementara ada masa 
dan paling penting ada mood 
so tiap minggu kot kitorang pergi jenjalan 
keluar awal pagi tapi balik bermalam kat rumah tak de duduk hotel ke apa 
bajet kena jaga gak asyik nak berhotel je burst nanti 
hahaha

MUAR , Johor

lokasi yang kami nak tuju Air Terjun Sagil, Ledang 
tapi sekali salah masuk..hihihi 
 kami ke Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang 
kat sini orang tracking 
panjat gunung 

jadi air terjun 5KM ke depan ye 
nak masuk kena bayaran tak ingat berapa 
kalau tak silap RM1.00 per head ?
parking kereta memang luas 
cuma parking motosikal mcm x diselenggara sgt berair 

lepas parking kena jalan kaki dalam 1.5Km kot 
baru jumpa kawasan air terjun 

 kami datang xde nak mandi manda just nak release stress aje 
penat keje, penat layan jem KL hari-hari 
dapat dengar air dengar burung ..best 
 tengah cari port lepak yang sesuai 
air pun sejuk dan jernih aje 



haaaaa....nampak tak ada ikan tu ?
ikan tu jinak berenang-renang kat tepi kaki je 
geram nengok nya 

 Kemudian kami cari Mee Bandung Muar 
hari tu lalu ada nampak tapi tak singgah 
so hari tu memang tuju ke situ 
lokasi nya bertentang dengan crown tu 
ada food court 

Mee Bandung Hjh Milah(Kembar Maju Niaga)
 PLO 26, Tanjung Agas Industrial Estate, 84000, Muar, Johor, Jalan Kesang, Kampung Tanjung Agas, 84000 Muar, Johor, Malaysia
Medan Selera Tanjung Agas gerai no8 


 memang puas hati Mee Bandung tu sedap weiiii 
serius memang kaw tak tipu 
licin kuah pun sedap 
try jugak rojak petis 
perghhh terangkat wei 
pedas, manis, masin semua seimbang 
walaupun sy tak suke timun tapi makan ngan kuah rojak tu no hal 
memang sedap ! 


sanp sekali je gambar senget pun senget la bang 
hahaha 
janji ado 

BUKIT TINGGI, PAHANG

Lokasi kedua ialah Bukit Tinggi 
pun tak de plan nak datang.... terjah aje
pagi tu Tn.John bawa pergi makan kat Lemang Tok ki 
masa balik tengok dia belok ke Bukit Tinggi ni 

 tak naik sampai ke Colmar Tropical 
kami sampai kat animal farm ni je 
next time kot nak naik sampai Colmar Tropical 
hujan jadi kami nak cepat balik 

 cuba teka haiwan ape tu ?


Donkey kan ? haha ke saya salah ? 
Binatang tu berkeliaran je kat kasawan padang Golf tu 
terpaksa under construction sebab tak sanggup tengok kue lapis wakakakka 
damnnn 

 Destinasi seterusnya 

CAMERON HIGHLAND

ni yang paling terbaru ...hihi last week 
kami gerak dari KL pagi dalam 7.00 a.m 
lepas singgah makan kat KKB terus sampai Tapah 
sampai kat Tapah jalan dah mula jem...ingatkan knape 
rupanya ada lori buah terbalik melintang jalan 
Jem 8 Jam tu...nasib sgt naik kuda hitam ...haha 
kami boleh lalu  best giler jalan kosong wei 
nak baring kat highway pun boleh ekekkee...
tapi masih bahaya sebab Super-bike bnyk diorng pun dibenarkan lalu  

lepas makan kat Restoran Adily, Gopeng 
kami naik ke atas ikut Simpang Pulai 
Restoran Adily
Lorong Industri 1/2, Gopeng Light Industrial Park, 
Kampung Kepayang, Perak, Malaysia

makan kat sini highly recommended sebab sedap 
rasa original kampung ....selalu kot singgah makan sini kalau ke Perak 
rugi rasa kalau tak singgah ...wakakaka 

Perjalanan ke Cameron Highland biasa la berliku-liku 
naik 11.30 a.m sampai atas 2.00 p.m 
Ayah Tn.John dan adik dia dah ada kat atas 
diorang pergi naik bas 
bermalam kat sana 


singgah kat pasar ni kejap 
tapi tak de apa pun nak beli space limited nak shopping 
plus memang x plan nak beli pape 
just nak jalan-jalan 
itu saya ....kalau tak de plan nak beli pape saya memang tak beli 

 lepak kat sini kjap makan ubi rebus 
cuaca memang sejuk !! 
sape cakap Camern dah tak sejuk? hahaha masa kami pergi minggu lepas sejuk o.k 
gigil mokcik sbb x pakai baju tebal pun 
b4 this pergi sana tak sejuk 

Port lepak tiap kali pergi sana 

YZ Agro Farm 
 Cameron Highlands No.22, Kampung Taman Sedia, 
Tanah Rata, Malaysia

 cuacasejuk harus order air panas 
so saya minum Tea strawberry je....wangi 

 best lepak sini 
tapi strawberry yg ada ni tak boleh petik 
tengok je tau ..
 Eken H8R 
setakat ni kualiti gambar memuaskan hati dari SJ cam 
 habis minum kami gerak ke Pasar malam nak jumpa ayah mertua 
lepak kejap dalam pukul 6.00 p.m kami turun 

saya berkeras tak nak balik nak bermalam sebab petang kat Cameron kabusnya dahsyat 
ladang tea tu pun tak nampak 
 kabus tebal dan sejuk 

tapi Tn.John nak juga balik KL 
kami balik ikut Tapah kot 
kenderaan memang tak banyak 
tapi jalan licin, berkabus sejuk 
buntang mata tengok jalan 
dah la jalan teruk bertampal-tampal kesan lubang 
hurm....bertabah je dalam hati 

mata sampai kering masuk angin merah! 
haaaaa memang tak la buat lagi macam ni 
takut pun ada fikir binatang liar pun ye dalam hutan atas bukit tu sape tau kan ?
ada mapinguari ke? Muahaha 
pengaruh discovery channel sgt 

hahaha pandang kiri kanan putih je tak nampak apa 
ko hagak ? tak seremm ke 
alhamdulillah gerak pukul 6.00 p.m sampai bawah pukul 7.10 p.m 
maghrib singgah tapah kjap 
dan terus balik ke KL 
kerja paling gila 
adoiii penat tau tak ...hahaha 

singgah makan kat RnR Hulu Bernam 
makan mee kari 

selamat sampai kat rumah pukul 10.30 malam 
syukur Alhamdulillah



Sekian 

semua entry ride dah up ...
tak de hutang dah ..hihi 

Ride to Penang

Bismillah ....

Perjalanan kali ni tak plan pun.....
dan kami pergi balik hari tak tido sana 
just jalan pusing-pusing Pulau 
kami ke sana guna Jambatan Kedua 

 Jalan Motosikal kosong o.k 
best...dengan Bayaran RM1.70 dua hala ...
pastikan ada touch n go ye 

kami pernah sampai penang dulu 
tapi masa tu naik kereta 
feel dia lain, view dia lain walaupun lalu tempat yg sama 

 lokasi pertama yang kami singgah 
Restoran Deen Nasi Kandar Jelutong
ramai oiii..... beratur hakak nak ambik nasi 

haa..punya la lama beratur sempat hakak tido sambil senyum ..ko mampu? hahahhaha 
adoi ni la bila minta laki snap gambar sekeping je dia ambil 

Sedapnya ...huhuhu

Deen Nasi Kandar Jelutong
Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia

lepas settle makan kami gerak pergi Batu Feringghi 
pusing-pusing tak ada apa sgt kami terus je panjat bukit 
malas nak patah balik sebab jem kot
letih nak selit-selit 
The Ship kat Batu Feringghi 
tak makan kat sini pun..singgah snap gambar je pun 
👀👀
 Lepas lalu jalan berbukit kami sampai kat sini 
bukan memang nak kesini tapi 'terlalu' 
dan masa tu hujan mula turun


ESCAPE Adventureplay 
 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang, Malaysia

Sebelah Escape tu ada Entopia 
cantik kot tempat ni 
tapi saya tak masuk pun ke dalam 
ramai sgt orang............ cuti masa tu 

Entopia by Penang Butterfly Farm
Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Penang, Pulau Pinang, Malaysia
details harga tiket semua rujuk kat sini 

ni kawasan Empangan Teluk Bahang 
seluas pandangan kat sini 
selalu lepak Empangan KKB je 
haritu sampai kat Empangan Teluk Bahang :) 

kami naik ke atas lagi layan corner kat Titi Kerawang 
berbeza sungguh apa yang kami lalui haritu dengan Penang yang pernah kami pergi dulu 
sebab dulu pusing-pusing town 
kali ni other side of Penang 

 Lepas penat layan corner pi cari Mee Udang 
kami singgah Mee Udang Ayu atau Mee Udang Teluk Kumbar 
 936 B, Lengkok Kampung Masjid 1, 11920 Teluk Kumbar, Pulau Pinang, Malaysia


Mee Udang dia sedap la
kuah dia pun o.k 
Udang gabak tu ada 3 ekor sebab ni mee biasa bukan special ke apa 
Kenyang Alhamdulillah 

ada juga plan nak makan Laksa Tempurung 
tapi perut pun dah kenyang kan 
next trip la kalau sampai sana lagi 

kalau ada yang nak pergi ni lokasi dia 
kami ada lalu 



Laksa Tempurung Sungai Batu, Teluk Kumbar
Jalan Teluk Kumbar, Kampung Sungai Batu, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia

Perjalanan balik dari Penang sangat mencabar 
sebab hujan turun selebat-lebatnya 
nasib baik bukan masa atas jambatan 
kalau tak takuit jugak 

memang lencun basah kalau orang kedah dia cakap basah lokoih 
baju boleh perah...hahahhaha 
tapi o.k je air je kan .
cuma tak selesa sgt la 

tapi insiden yang paling tak boleh saya lupakan 
Alhamdilillah tak de apa yang berlaku 
masa sampai ke kawasan Taiping 
kami jumpa sekumpulan motosikal 
budak moto la kiranya ramai dalam 30 buah 

diorang naik motosikal memang xde safety 
pastu suka hati je guna semua lane
nak berlumba sila pergi dulu 
sampai satu jambatan sempit sebuah motosikal tu himpit sebuah bas 
kami ada tepi bas tu 
rasanya Bas tu tak nampak pun 
nasib baik Tn.John tak laju 
dah slow sgt hujan kan 
sempat la brek dan ada motosikal dari group yg sama hampir langgar motosikal kami kat belakang 
-_______________-"

kami terus keluar exit Kuala kangsar dan guna jalan dalam aje 
tak kuasa nak berhimpit sesak dengan diorang 
diorang nak race tu diorang punya suke la 
tapi jangan la ganggu org lain 

Alhamdulillah 
kami selamat sampai malam tu 

sekian 

Ride : #Gengspenderbasah

 Bismillah 

aktiviti sejak sebulan kebelakangan ni tiap minggu ialah RIDE 
kalau tak ride Tn.John akan demam gigil-gigil sebab nak RIDE ? 
errrrrrrrrrrr...hahahhaha 
adoiyai ..payah nak cakap dah jadi hobi no.1 dia la 
dulu ada la jugak gilir-gilir 
ride - kayuh basikal -badminton 
sekarang 
ride-ride-ride 
tak kira dah musim hujan ke panas lit-lit ke 
dia redah ...dan nak jugakkkkk bawak wife dia yang makin hari makin chomel nih!! 
tak berat ke ? hahahaha adoiii 
pi la cari geng ride ... 
I boleh duduk rumah ....
kemas rumah, cuci kain, main kucing , tengok tv, makan  dan TIDO 
tapi nak jugaaaakkkk saya ikut -____-"

bukan ride mana pun ...jalan-jalan makan..makan angin 
lenguh montot, krem kaki ....hahahaha 
 tapi o.k la I admit ..ride ni best jugak sebenarnya 
jauh perjalanan luas permandangan 
panas kita berhenti minum dulu ...gitu...ride tak laju pun..saje enjoy-enjoy 
panas peluh #basahspender hujan sejuk #basahspender jugak 
hahaha 
apa boleh buat tangan di dada mata keatas :P 

Antara lokasi yang kami selalu singgah
bukan nak makan pun....nak minum je ..semata-mata sebab cocnut shake dia ?
boleh ? haha sedap oiiii...boleh jalan sama coconut shake klebang 
lokasi : 

Nasi Bamboo Sungai Klah
Kampung Buloh Telor, 35600 Sungkai, Perak, Malaysia
10.30 pagi - 6.00 petang 

yang ni singgah b'fast dekat highway 
destinasi nak ke Muar, Johor 



Kembara Kafe
R&R Jejantas Ayer Keroh

gigih waze jalan tau 
sebab apa kami tak kisah berjalan sebab zaman sekarang tak macam dulu 
kalau tak pernah pergi sesat nanti 
sekarang ko waze kan je...atau google map kan je 
Inshaallah sampai 

 tau tak .....hampa nya hati 
jauh perjalanan kami ..sekali kedai yang dituju TUTUP ....
hoiii ...ditengah panas ...tutup pulak 
pasrahhh sangat nyanyi lagu patah hati dalam hati lah jawabnya 

 tujuan nak makan mee bandung ni haaaaa
nampak sedap angat ni
dan juga sup ni .....telan ailio nengoknya 
tapi tak berjodoh lah kita wahai mee dan sup 
Inshaallah lain kali 

Muar Soup House
47, Jalan Sisi, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor, Malaysia

dekat google tulis buka 24 jam 
tipuuuuuuu...hahaha 

 dah hampa tak tau nak kemana .....ikut je la Tn.John tu nak bawa kemana 
tanya dia nak kemana pun dia senyap je ...frust ler tu ...hahaha 
layan lap dua -tiga kali baring .....hihihih sampai sini

Galeri Darurat Bukit Kepong
Jln Muar-Labis, Bukit Kepong, 84600, Johor, Malaysia

jauh o.k tempat ni 
...jenuh dah hakak ni gerak montot ke kanan-ke kiri sebab lenguh ..hihi 
tak sampai-sampai lalu hutan, sawit, ladang, bukit-bukau 
nasib baik sampai juga akhirnya 

 pipi pau lebam sebab penat sangat 
bertabah je la..rasanya sekali ni aje la sampai sini 
jadilah pernah juga jejak kaki kat sini kan 

 suruh Tn.John tolong ambil gambar 
gini lah dia..blurrr ..haha snap nak cepat jeee 
camera baru nak fokus dia dah klik 
cehhh 

pastu ride balik dengan perut lapar uolsss 
sebab kat area Bukit Kepong tu tak de pun jumpa kedai makan yang nampak o.k 
kawasan kampung je 
segan juga nak singgah sebarangan ni kan 

 akhirnya singgah makan di Melaka 
makan nasi kukus kat area MITC Melaka 
nasi kukus ni sedap tapiiiiiiiiii 
servis hampeh ye ....kami sampai tu tak de orang pun 
nasi dah sampai ...makan separuh air bayang pun tak nampak 
orang yang datang lambat dengan family 5-6 org dah boleh hantar air ? 
nasi kukus pedas 
Tn.John ada ulser dalam mulut 
agak-agak amarah tak dia ? hahaha 
adoiyai dia terus cancel air minum air kosong nasib ada air kosong kat tepi tu dia letak 
tuan kedai tu tau Tn.John bara 
dia berapa kali minta maaf kat saya 
sbb sy yang pergi bayarkan makanan...Tn.John dah hangin hihihi 
xpe la kami maafkan je tapi jangan la buat camtu lagi o.k 
kesian orang .....nak try nasi kukus dia boleh la..sedap 
ni alamat kedai tu 

Restoran D'Kasturi Nasi Kukus
Lingkaran Mitc, 
Melaka International Trade Centre, 
75350 Melaka, Malaysia

dah frust minum air kosong je kami pusing-pusing ..
niat nak ke Klebang minum coconut shake 
sekali terjumpa kedai ni 

Mango Float Royale Melaka...
ramainya manusiaaaa 
penuh kereta park tepi jalan 
kami pun singgah la nak try ....sedappppp ! 
pure mangga bila kita sedut air tu 
mangga yang d potong kiub tu pun banyak dia letak ..
puas hati ...sejuk balik hati hahahah

alamat 

Mango Float Royale Melaka

 75450 Ayer Keroh, Melaka, Malaysia

akhir sekali perjalanan minggu lepas...
ada kenduri kat Chemor Perak 
kami balik naik motosikal , ayah ngan mak dan Nina naik kereta 
saje Tn.John nak juga ride 
tapi best jugak..dapat jalan-jalan 
Tn.John bawa makan coconut shale lagi tau ..hihi 
tapi kali ni bukan kat Sungkai 
tapi kat Marina Island 

Wan's Coconut Shake
Jalan Utama Marina Island, 32200 Lumut, Perak, Malaysia

tengahari panas-panas 
dengan muke yang dah merah kami singgah minum coconut shake dan bihun sup 
perghhh heaven in hot namanya 
hihi 


sekian