Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Puase "Cik Mawar" 20 tahun lalu

Bismillah....
hoho... Pejam celik, pejam celik
hari ni dah 1 Ramadhan 1431 Hijrah
Selamat berpuase semua
hari ni waktu berbuke 7.28 malam bagi kawasan Kuala Lumpur & Putrajaya ...
jangan nak berbuke awal plak ? huhu....pagi tadi mase bangun bersahur, teringat kat keluarga di kampung
kalau kat kampung...sahur pun happening...mak akan kejutkan semua orang soh bangun makan ...makan nasi ye ..hihi...best ..Ni sahur kat KL ..minum air je la.. :(

aku mule belajar berpuasa mase umur 5 tahun ..
Along aku plak mase tu 9 tahun ...Dia yang beria soh aku pose ...hihi
mak aku soh pose setengah hari je...
"Pose Yang Yok ...lapar tengahari seluk periuk"
tapi Along siap janji nak bagi hadiah kalau aku pose penuh sehari

so aku pun dengan semangat waja .. pose la....
tapi ble dah tengahari ....merengek2 lapar? hihi
kakak aku plak pegi sekolah ...mak aku yang tak sampai hati tengok aku
melepek je atas kerusi trus offer soh makan..
ape lagi..laju la nak makan ...hihi

aku ingat lagi..mase tu mak aku bagi biskut mayat cream cracker
yang kat atas tu letak susu pekat ngan milo ..
sedap tu...pergghhh ..

mase tengah sedap makan...tetiba aku dengar bas berenti
Along balik sekolah ...ape lagi ..kelam kabut la ..
last2 aku lari masuk bawah meja ngan sepinggan biskut ...hahahha
bajet dok bawah meja tu macam la dia tak nampak ....

padahal..dia jengah je kat pintu ...dah nampak dah ...
dari jauh dah jerit .....Angahhhhhh...tak pose ye ?
hihihihihi



melayang la hadiah aku mase tu...tapi mase umo 7 tahun dah penuh ye pose aku.....
alhamdulillah ..












Semoga Ibadah puase kita diterima yang Esa ~





kalau SAYA marah.....??????


Tahukah anda...
Setiap manusia yang ada kat muke bumi ni misti pernah marah ?
misti la kan ?
jangan tak ngaku plak
ade ke yang tak pernah marah ?
mmm...musykil gak ?
rasenya tak de kot ?
cume bezanya orang yang dapat kawal kemarahannya
dan yang tak dapat nak kawal ...

aku ...kalau marah ??...mmmmm.....
tak de la jadi incredible hulk plak ? ganas sgt tu ...hihi

aku ?
memang terus diam...
malas nak cakap bnyak ngan orang yang aku marah tu
kalau cakap karang ade yang bertambah trok jadinya
tapi kalau ade orang lain yang nak dengar marah aku tu...
memang aku bebel?...hahahah
Kuat bebel ? tak la...siket je ....hihihihi

kalau sangat marah ....

aku? menangis ? hahahhaha...kuat nangis...adui..nak wat macammane?
dah semulajadi macam tu ....

tadi aku dengar radio ade yang bile sangat marah :

dia lempang adik dia sampai masuk bawah sinki

ade yang kejar scandal suami dia ngan kete pastu siap blocking kete minah tu
pastu DUSH ...kena lempang ...garangnya ..huhu

ade yang bile marah...dia makan+makan+makan+makan = kembang jadinya

ade yang bawak kete laju2

...macam2 kan ? ...korang macammane plak ?










tapi bila marah jangan biarkan perasaan marah tu menguasai kita,
tapi kita yang perlu menguasainya .......nak doa ? ada kat sini



::..Sejuk perut mak dia ~


Bismillah ...
semalam mase aku bace paper terjumpa cerita tentang adik ni ...
baru berusia 3 tahun...beliau dah mampu menghafal 3 juzuk al-Quran...
amazing!!!
dalam usia 3 tahun rasenya ade lagi yang masih pakai pampers ?
tapi dia ....dah boleh menghafal ayat suci al-Quran
harap adik Darwisha Adriana akan terus menjadi anak yang solehah ...








♥ ♥ Mari anyam ketupat ? ..^___^


bismillah ...
wah..pepagi dah ajak anyam ketupat? ape ni ross?
huhu
salah..salah...
bukan nak ajak buat dosa kering ye?
sebenarnya semalam saye attend kursus ...

so penceramah kursus tu ade bgtau ..

MENGUMPAT DIBENARKAN dalam beberapa situasi

Dalam mahkamah
untuk mendapatkan keadilan dan cerita sebenar
untuk menjadi contoh yang baik ...
contohnya
" Eh Amyliana, cube tengok Sis Biru...dia rajin update blog...
nanti misti traffik dan earning dia kan bertambah, jom la ikot macam dia "
hihi..ni contoh je
lagi satu Public Figure
semua orang kenal dia dan tahu cerita dia ...

wallahhualam....
so alang-alang dah cerita ni....
nak jugak tanya ?
faham ke ape yang di maksudkan dengan mengumpat ?

Mengumpat ialah menceritakan prihal yang BENAR mengenai orang lain .
manakala


menceritakan prihal yang TIDAK BENAR mengenai orang lain pula dinamakn
FITNAH

jadi lepas ni jangan la pulak ade yang cakap
" saya bukan mengumpat dia, saya cerita perkara yang betul"


huhu...

o.k la...nak sambung kursus...






Amalan untuk Menenangkan Jiwa


*Solat wajib dan solat sunat (solat Tahajud, solat Taubat, solat Hajat, solat Tasbih atau solat Awwabin).

*Puasa wajib dan puasa sunat.

*Mengeluarkan zakat (fitrah dan harta benda).

*Menunaikan haji.

*Membaca al-Quran (Jika tidak memahami, baca maknanya).

*Berzikir dalam bentuk perkataan dan hati.

*Bertafakur.

*Sentiasa mengingati mati dan hari akhirat.

*Muhasabah diri.

*Jihad, selalu amalkan perkara baik amar makruf dan jauhi kerja buruk nahi mungkar.

*Tawaduk’ dan sifat qanaah (berpada-pada).





adakah anda memelihara sekandang babi?


Tahukah anda

Pernah dikatakan bahawa, apabila kita menyimpan sebatang jari yang mempunyai kuku yang panjang...
Dosanya sama seperti memelihara sekandang babi ?

Jika kesemua kuku-kuku kita menyimpan kuku yang panjang ? bayangkan lah dosa-dosa kita memelihara Babi-babi tersebut....

POTONGLAH KUKU ANDA!!

Jika anda mahukan seorang anak yang pandai dan mendengar cakap....

POTONGLAH KUKU ANDA!!
ini kerana, dapat mengelakkan daripada memberi makanan yang kotor kepada anak2 yang melekat pada kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan??...


T.A.Z.K.I.R.A.H jumaat...


10 Surah yang Mujarab dari Nabi Muhammad s.a.w



1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya." Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Mari renung-renungkan dan selamat beramal...

A.D.A.K.A.H. kau kisah ?

Bismillah...
sebenarnya tak de idea nak update blog ni
...tapi tetiba je tringat
tringat cerita yang aku tengok kat tv3 malam Isnin
tajuknya aku tak tau ...sebab tak tengok dari mula...
tapi cerita tu best la

pelakonnya :
Umi Aida, Zamarul Hisham dan Norkhairiah
korang ade tengok ?
tajuk ape ha citer ni ?

ape yang menariknya ...

Zamarul Hisham X ingat namae ape tu terpaksa berkahwin ngan Umi Aida (Mira)
sebab orang tua mereka telah berjanji nak jodohkan diorang ble dah besar

Zamarul ni cume penternak kambing
..manakala Umi aida plak anak orang kaya yang sangat moden dan liar ..


Konfliknya ...

masa diorang nak dikahwinkan, Umi dah ngaku kat Zamarul ...kata dia

" saya ni bukanlah gadis suci yang diidamkan oleh semua lelaki"
"maksud awak?"
"Ya..I mean I'am pregnant... hamil"
...
tapi Zamarul tetap kawin ngan Umi???...

Norkhiriah plak...
Gadis kampung yang sukekan Zamarul
"aku sedih terEmo mase diorang kawen ..tengok khiriah tu menangis kat kandang kambing mamat tu "

........................................................................................................................................................................

apa yang menjadi persoalan ?

rasenya dalam kehidupan realiti ade ke orang yang boleh trima jadikan isteri ?
macammane plak yang jadi mangsa keadaan?... masih adakah yang sudi jadikan isteri?
yang dah Insaf?

atau pun...

zaman sekarang orang dah tak kisah masih ada dara suci atau tak?????...

B.E.R.T.U.A.H badan klau dapat...


sukE gambar kartun ni ...sEjuk mata mEmandang ..huhu

aNdainya ada sEorang lElaki yaNg bErkata sEdemikian rupa Pada kEkasih hatinya
..maka tErsangat lah bErtuah tuan Empunya badan...

"Saya sukE tEngok jari awEk saya
cantik btol...sungguh!
sampai takot nak pEgang...
Bukan takot patah..
tapi
takot nanti jari kitorang tak dapat nak tolong each other
Di satu hari yg GilEr forEveR
di dEpan yg Maha Esa"

"Saya sukE tEngok rambut awEk saya
cantik btol ...sungguh!!
sEbab tu saya bElikan tudung
bukan sEbab jelEs orang lain tEngok jugak
tapi takot nanti tErbakar dEk api nEraka
Di suatu hari yang gilEr forEvEr"

"Saya sukE tEngok body awEk saya
cantik btol...sungguh!!
sEbab tu saya bElikan diE tElEkung
spy masE diE jumpe kEkasih diE yg utama
dia lagi cantik dan bersEri mEnghadapnya
saya pun tumpang dapat pahala
Pheh..Syoknya"

saya sEdih tEngok awEk saya tak tido
tak makan rindu kat sayE
saya pun macam tu jugak
adE problEm yang sama,
dia tanyE apE ubatnya?
saya pun bagi Al-Quran pEnEnang jiwa,
sEmoga lebih cintakan yang Esa dari saya ...

kEsimpulanNya saya mEmang sayang gilEr kat dia,
Nak jumpE diE gilEr forEvEr,
yang ForEvEr punyE forEvEr,
Didunia dan akhirat tErutamanya
Janji nak sharE heavEn samE2
bahagia sElamanya

Cinta tu kan anugErah tuhan yang sangat tak tErnilai pada ummatnya
jadi kalau kita jagE cinta tu dEngan baik
Insyaallah kita akan bahagia gilE forEvEr disanE...

....sEmoga kita sEmua saling Ingat mEngingati antara satu dEngan yang lain ...

M.A.S.Y.A.A.L.L.A.H...


alhamdulillah sEmua kErja hari ni dapat disiapkan awal..
dapat la updatE blog
tadi masE cEk email..ada satu Email yang rasEnya nak sharE kat sini ...
"Maha suci tuhan yang mEncipta sEkalian alam"

Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran! demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa? ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.?

17.58 (QS. Al Israa? ayat 58): ? Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).?

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir?aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber: eramuslim

Subhanallah...mungkin ini cuma satu kEbEtulan atau mEmang ada kEna mEngEna...
Wallahhualam

B.I.L.A zaman makin berubah




Bismillah ....
Alhamdulillah sampai kE saat ni masih lagi bErnafas dan tErus mEnyaksikan ragam manusia di pEntas dunia yang luas ini.....

pagi ni Mawar klik2 kat skrin ajaib ni tErbaca satu bErita yang mEmbuat kan Mawar tErpaku dan agak tErkEjut......apE yang tErlintas kat kEpala....

"apE lah nak jadi dEngan diorang ni....camnE lah dEngan zaman anak2 aku nanti?..mungkinkah pErkara macam ni akan jadi lEbih tErok? "

tajuk artikel tu :


TUNJUK KEMALUAN : rEmaja buat laporan polis..
buat apE la nak ditunjuk2?..x faham bEtul..tak rasakE macam lembu/kambing atau sEangkatan denganNya? ops..tEr'Emo' sudah..

malas nak copy pastE..kalau adE yang nak baca bolEh klik
disini



antara pEtikan yang ditulis :

"...kejadian berlaku ketika mereka sedang belajar subjek komputer di sekolah itu kira-kira pada pukul 11.00 pagi ......"

"...Mangsa juga mengalami trauma ekoran perbuatan pelajar itu selain takot untuk hadir ke sekolah pada hari ini"

kEjadian macam ni bolEh bErlaku di SEKOLAH!!!...bukan kE sEkolah tu tEmpat tuntut ilmu..kEnapa la bEnda macam ni bolEh bErlaku? takkan sEkolah pun dah tak sElamat lagi untuk mEnuntut ilmu??

tapi sEbEnarnya sEgElintir je pElajar yang adE masalah jiwa macam ni

masalah jiwa = gila sEks

sian..kEcik2 lagi dah gila..huhuhu

budak2 sEkarang banyak tErdEdah dEngan bEnda-bEnda tak sEnonoh macam ni ...bahan lucah mErata-rata..

rasE nya masa zaman Mawar sEkolah dulu...bElajar sains tEntang sEks pon rasE macam malu2....
macam kEs ni budak pErEmpuan tu buat rEport polis...so kita dapat tau adE nya bEnda macam ni kat sEkolah..macammanE plak yang kEs 'suka sama suka?'...
mEmang parEnts tak kan tau ...kalau bolEh tau pun kalau tEtiba pErut dah tEr'moncit' mula la melalak-lalak meNangis tak bErlagu ...buang bayi ..bunuh diri..tErjun bangunan ...dan lain2 bEnda bodoh yang sanggup di lakukan ....

tElah tEr'buat' satu dosa..dan..akan diikuti dosa2 lain lagi ..

risaunya ....
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
p/s: sEmoga keluarga kita sEmua tErhindar daripada gEjala2 yang tidak baik sEpErti ni ...amin

B.E.R.S.Y.U.K.U.R ke Hadrat Ilahi.


gambar sEkitar pErtandingan bunga api Putrajaya

Cantik dan mEnakjubkan.. pEnuh dEngan waRna-waRni
Ingat lagi masE pErtunjukan bunga api tu bErlangsung..sEmua orang sibuk nak kE putrajaya nak saksikan pancaran bunga api yang gilang gEmilang...sEmua tEruja
aku pun samE..hihi
bEria-ria ajak by pEgi putrajaya..jalan jEm pun rEdah jugak

v
v
v
v
v
v

tapi lain pulak cEritanya ngan gambar dibawah ni
mEreka tErpaksa hidup dalam kEtakutan dan dikElilingi kEmatian angkara bunga api PalEstin

pancaran bunga api yang mEmbuatkan sEmua bErtEmpiaran lari

Bunga api maut yang mEngEluarkan pErcikan api.

p/s : sangat bErsyukur dapat hidup dalam kEadaan aman dan doaku agar kita sEmua dijauhi daripada bEncana ciptaan manusia sEpErti ini..
amin

C.E.R.I.T.A untuk dikongsi


Bismillah...

hari ni tErbaca satu kisah yang tElah mEmbuatkan air mataku bErkaca-kaca dan akhirnya gugur jugak sEtitik dua..."ish..ish..Emo sungguh ko ni ross"

rasE cam tErsEntuh jE hati bila baca cErita ni..maybE adE yang dah pErnah baca ..

kEpada sapE yang Tak pErnah baca lagi..mEh la kita sharE kisah ni samE2..

CEritanya:

Kisah sEorang guru yang mEngajar disEbuah sEkolah rEndah di tEngah2 bandaraya Kuala Lumpur .. bEliau mEngajar sEsi pEtang. Salah sEorang murid bEliau sEtiap hari datang lambat ke sEkolah. Kasut dan bajunya sElalu kotor. Setiap kali dia bErtanya

tEntang baju dan kasut muridnya itu hanya bErdiam diri. guru tErsEbut masih bErsabar dEngan kEadaan pakainnya, tEtapi kEsabaran bEliau tErcabar dEngan sikap muridnya yang sEtiap hari datang lambat.

Pada mulanya guru tErsEbut hanya mEmbEri nasihat. Dia hanya menundukkan kEpala tanpa bErkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.

Kali kEdua guru tErsEbut mEmbEri amaran, dia masih juga mEngangguk tEtapi masih juga datang lambat kEesokannya. Kali kEtiga guru tErsEbut tErpaksa mEnunaikan janji untuk mEmukul muridnya itu kalau masih lambat.

AnEhnya murid itu hanya mEnyErahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sEpatah kata dari mulutnya.

KEesokan harinya dia masih juga lambat, dan guru itu mEmukulnya lagi. Namun ia masih tEtap datang kE sEkolah dan masih tEtap lambat.

Suatu hari guru itu bErcadang untuk mengintip murid itu sampai kE rumahnya. SEtElah mEndapatkan alamatnya, guru itu mEnEruskan niatnya. muridnya itu tinggal di sEbuah kawasan sEtinggan tidak bErapa jauh dari sekolah. KEadaan rumahnya sangat daif.

guru tersebut nampak muridnya itu sEdang bErdiri di dEpan rumahnya dalam kEadaan gElisah.Juga bErsamanya kElihatan sEorang wanita yang mungkin ibunya juga sEdang gElisah.

LEbih kurang pukul 1.30 sEorang anak lelaki sEdang bErlari2 sEkuat hati mEnuju kE rumah itu. Sambil bErlari dia membuka baju sEkolahnya. Sampai di dEpan rumah baju dan kasutnya disErahkan pula kepada murid tErsEbut yang tErus bErgEgas mEmakainya. SEbElum pakaian sEkolah sEmpurna dipakai, dia sudah bErlari kEarah sekolah.

Guru itu kEmbali kE sEkolah dEngan pEnuh pEnyEsalan.

Guru tersebut mEmanggil anak itu sambil mEnahan airmata yang mula tErgEnang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pErgi kE rumah kamu dan memErhatikan kamu dari jauh. Siapa yang bErlari mEmbErikan kamu baju tadi?"

Dia tErkEjut dan wajahnya bErubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sEbab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

part ni la air mataku dah trasE nak mEnitik..

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

"KEnapa kamu tak bEritahu cikgu dan kEnapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pEsan, jangan mEminta2 pada orang, jangan ceritakan kEmiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul sErahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran guru itu memeluk anak muridnya itu,

"Maafkan cikgu, ......."

masE ni air mataku dah mEnitik sEtitik dua ..kEsian nya budak ni..dan bEtapa dia rEdha dEngan kEadaan hidupnya..kita?..bErsyukurkah kita?..sayu jE bilE fikir..

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

KEjadian itu cukup mEnginsafkan guru tErsEbut. SElEpas itu bEliau cuba mEmbantu muridnya sEtakat yang mampu.

CErita2 bEgini mEmbantu mElEmbutkan hati yang kEras. Kata sEorang guru, sEkiranya hati kita mula kEras lEmbutkanlah dEngan pErkara2 berikut;

i. Solat sunat

ii. puasa sunat

iii. bErzikir

iv. bErsEdEkah

v.. mEngusap rambut anak yatim

vi. mEndEngar cErita2 kEsusahan orang lain

vii. mEmbantu orang susah

O.k..rEnung-rEnungkan dan sElamat bEramal..

blogger-emoticon.blogspot.com

D.O.A


Doa Menghadapi Orang Yang Sedang MARAH


La ilaha illallahul halimul hakimu, subhanallahi rabbus samawatis sab’a wa rabbul ‘arsyil ‘azimi, la ilaha illa anta ‘azza jaruka wa jalla sana’uka.


Artinya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arsy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.”




Doa ketika sedang marah


A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.


Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”



Doa menjauhkan Permusuhan


Allahumma la tusymit bi ‘adwwi wa la tasu’ubi sadiqi wa la taj’al musibati fi dini wa la taj’alid dunya akbara hami wa la tusallit ‘alayya man la yarhamuni ya hayyu ya qayyumu.


Artinya: “Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan ber maha raja lela atasku, wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri.”