Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

#Renungan 2 : Hukum berbogel ketika Mandi

Bismillah ...

Soalan 1

ADAKAH dibolehkan kita mandi tanpa memakai kain basahan kerana ada pendapat yang mengatakan boleh dan sebaliknya. Malah ada yang mengatakan sekiranya mandi tanpa kain basahan, syaitan akan bergantung pada aurat kita. Bagaimana pula keadaannya jika suami isteri mandi bersama.

Jawapan 1

 Dalam Islam, sifat malu dikategorikan sebagai sebahagian iman termasuk juga berbogel tanpa sebab walau bersendirian. Sunat memakai basahan ketika mandi kerana Rasulullah berbuat demikian. Hadis baginda ada menyebut: “Allah itu malu dan Maha Menutup dan cinta pada rasa malu. Apabila kamu mandi hendaklah kamu berlindung (memakai basahan)”. 
Bagaimanapun, perintah ini sunat saja dan mandi berbogel jika bersendirian dibolehkan kerana buku feqah menyatakan ada riwayat mengatakan Nabi Ayob dan Nabi Musa berbuat demikian. 
Sungguhpun bersendirian, adalah makruh melihat aurat sendiri kecuali ada tujuan tertentu seperti memendekkan bulu ari-ari dan perkara seumpamanya. Berbeza pula jika sudah berkahwin. Bagi pasangan suami isteri, halal untuk melihat keseluruhan aurat pasangan. 
Sunnah bagi mereka untuk mandi bersama, menggosok sesama sendiri kerana Rasulullah sendiri melakukannya bersama isterinya.



Soalan 2

SAYA ingin bertanya, apakah hukum jika kita mandi dalam keadaan berbogel? Bagaimana pula jika seorang ayah memandikan anak perempuannya yang masih kecil berusia antara satu hingga dua tahun? Minta diperjelaskan 

Jawapan 2
Hukum mandi berbogel ialah makruh. Ibu bapa yang mandi bersama anak dalam keadaan telanjang atau bogel dikhuatiri boleh merosakkan akhlak anak itu pada masa depan.Perlu diingatkan bahawa manusia ditemani dengan malaikat yang tidak pernah berenggang bagi mencatat amalan baik dan buruk dilakukan manusia pada setiap masa. Jika kita mandi dalam keadaan bogel di depan anak, biarpun berusia masih mentah, sebenarnya kita sendiri sudah menerapkan akhlak yang tidak baik, kurang malu dan jaga maruah diri. Wallahu a’lam.

# Renungan bersama 1

Bismillah 

Salam Selasa....bila nak update blog tapi kekurangan oksigen kat kepala
ni lah jadinya ....ayat skema je yang keluar bila taip mukaddimah ..huhu 
malas nak fikir sangat sebab mata ni mengantuk...padahal semalam pukul 10.00 dah tido ...
tapi kepala memang pening ...punca nya tak la pulak di ketahui ...

hari ni share sikit buat renungan kita bersama 

 kadang-kadang tak faham kenapa susah sangat nak senyum?
kalau pangkat ko tinggi senyuman ko lagi mahal ? kalau ko senyum keluar emas ke ? 
lebih menyedihkan kita senyum kat orang tu ..tapi dia boleh buat tak nampak je?
"heyy...sumbing sangat ke senyuman aku sampai ko buat tak nampak je ?
ke aku senyum ngan tak senyum sama je ?"  hahahhaa 
begitulah monolog di dalam diri ketika itu 

 kadang-kadang orang tak pernah pun terfikirkan hal macam ni ...
sebab tu mereka dengan mudahnya menyakiti hati orang lain ...dan dengan mudah jugak 
meminta maaf dan yakin dia telah dimaafkan ...
memang tak baik kita bermusuh sesama manusia..apa tah lagi menyimpan dendam ...
tapi walau apa sekali pun kesan tu tetap ada dan takkan pernah hilang setelah ianya 
terkesan dihati seseorang itu. 


yang dah berlalu tu biarkan ia pergi ..
tak perlu di kenang..diungkit atau diumpat .....jadikan ianya pengajaran! 
sebab belum tentu dimasa akan datang kesalahan yang sama diri kita sendiri 
yang akan ulangi .....

cantik tu subjektif ! cantik dimata kita belum tentu cantik di mata orang lain 
kacak dimata kita belum tentu kacak kat mata oranga lain jugak ......
jadi jangan hairan atau pelik kalau apa yang kita minat tak sama pada pandangan mata orang lain 
dan jangan pertikaikan kalau si kacak memilih si 'biasa-biasa' untuk jadi teman hidupnya! 
mungkin pilihan dia bukan kerana rupa semata-mata ...siapa kita nak menilai ketentuannya...

Sekian ...

#Renungan




Bismillah.....

Tadi masa blogwalking terjumpa ni...
rase macam jawapan ni memang terbaek...
terus nak share kat sini :) 


Lelaki Inggris bertanya: 
"Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"


Syeikh menjawab:
 "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris menjawab:
 "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."


Syeikh tersenyum & berkata:
 “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”

Lalu si Inggris bertanya lagi,
 "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.
  
Syeikh bertanya:
 “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?"

Si Inggris menjawab:
 "Yang tertutup...”
  
Syeikh berkata:
 “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”
  
Si Inggris menjawab:
 "Wow Islam is Amazing...”

Alhamdulillah....bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam 
dan dididik dengan ajaran islam.... 


sumber : google 

Renung-renungkan dan selamat beramal ...