Showing posts with label tagged. Show all posts
Showing posts with label tagged. Show all posts

Interesting Blog Awards


Award di pagi Isnin yang suram...huhu
hari ni Monday blues ye ..
sangat malas dan langsung tak energetic
.......................
lembap je rase mane tak nya...Friday until Sunday berkursus kat Cherating
malam tadi baru la dapat jejak kaki kat KL nih...
penatnya...tapi best ...berkursus sambil makan angin ..

nanti kalau ter'rajin' akan aku ceritakan ape yang berlaku sepanjang 3 hari kat sane




1. Thanks and link the person that tagged you
Thanks tu cik bucken yang vogue ini (eh, riak) yang kiut miut lagi creative itu..
tak caya?..lawat la blog beliau .


2.Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic
15 ? mak aih ramainya ? huhu......

Sis BlueCity
Pak Cik Mamai
Zan x-ray
Lya Colours
Cik Awe
Cheqna
Cik Suraya
Luvida
Kak Lela
Cik Su
Amyliana
Blog Pencari harta Qarun (Emy)
aina dak kiut
Kak Jajagurlz
Shidah
Rose Cantik

opsss..terlebih sudah ...huh

3. Contact that blogs and let them know they 've been tagged
ala...yang ni aku malas...hahaha....tak pe bile diorang singgah biar diorang tengok ...huhu


4. State 7 things about yourself

anak kedua dari 5 adik beradik
suke berjalan2...melancong...meronggeng ....
suke makan jagung .....sejak azali kot ? hihihi
tak suke ulat gonggok ...geli wooo...kaki banyak
tak suke rumah bersepah2...buat aku stress
suke melukis dan suke lukisan yang cantik2
suke beli kasut tapi tak semua yang aku pakai ..kadang2 bli je tapi tak pakai ? hahaha

cukup 7 kan ?...huhuhu


harap kawan2 yang di TAG tu ble ade mase sudi2 la buat.....
kalau tak buat pun tak pe.....x de paksaan o.k














~ Monday blues~



T.A.G dr amyliana

Polis yang bagi saman ...huhuhu

1) Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award

** Cumil dan friendly
** Gadis yang berumur 23 pada 8/08/1986
** Kampung ----> "Ganu kite"
** pandai masak "masak lemak ketam"
** have 4 sibling ...


2) Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies

** love drawing
** sangat suke jagung
** sangat tak suke alergic ulat gonggok
** lembut hati sebab tu kadang2 marah pon simpan je dalam hati
** Happy go lucky
** anak ke 2 dari 5 adik beradik
** tak suke buah mate kucen kucing...ade bau yang x best
** easy going dan patuh pada arahan... baikkkkk ...kikiki
** kalau marah misti mendiamkan diri untuk beberapa ketika...sampai cool
** Suka aktiviti lasak

3) Pick your ten (10) most deserving recipients and describe them

** kakashi ---> xde idea nak update entry kan? hambik ni buat ...hihihi
** suria ---> cik su kan baik hati...buat ye
** blueCity ---> Sis Biru...kalau ade mase buat ye...tau Sis kan always bz..ahax
** mamai ---> rajin2 le buat ye...ahax
** cutemiut ---> kalau xde TAG ni lagi...buat la ye ...klau dah ade tak yah ...huhu
** adlynda ---> Linda, akak tau kamu tak de keje ....cepat ambik buat TAG ni ..hihi

10 tu ramai la.... 6 cukup kot...kalau ade orang lain yang tak de idea nak update entry anda ...silalah jangan malu2 untuk ambik dan buat ye ... free je ... hihihi

4) Leave a comment on the recipients' blog to tell them they've been tagged

dah...sudah ku hantarkan semua surat2 saman itu ...hihihi

5) Paste the award badge in your sidebar

kat side bar mane ade award ...tapi ade la cket award simpanan sat nak upload...tapi ade gak yang lupe nak ambik ....ahax ...thanks ye yg sudi bg award ... ade simpan tau walaupun tak tempek kat side bar ... :P






T.A.G candid moment

Bismillahhirrahmanirrahim...
..hari ni tak dE papE yang mEnarik nak di story kan ..
..agak mEmbosankan..

..tapi..

..sEtElah mEmbElEk gambar2 lamE..
..tEtiba rasE macam nak buat TAG..
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
dah lamE tak Di"tag" dan mEng"tag" orang ni
kEpada yang di"tag" harap sudi2 la jawab yo..hihi

ARAHAN

1. Upload gambar Candid anda
-sEkEping, dua kEping atau bErapa jE yang anda sukE
-tak kisah la sorang2 atau bErorang2 bEramai2..
-pastikan Ianya candid..tak mO yang kontrol posE2 ni..
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
2.Nyatakan apa yang sEdang anda lakukan sEbEnarnya pada waktu tu?
3. apa pErasaan anda apabila mElihat gambar candid tErsEbut?
4.siapakah yang bErtuah mErakamkan gambar candid anda itu?
5. tujukan TAG ini kEpada 5 oRang

No.1

2. gambar ni diambil masa farEwEll aku kat TNB
aku tolong pEgangkan makanan k.Mai, tapi diorang cakap aku makan sampai 2 pinggan..huhu..
3. nak gElak pun ada nampak macam tEngah kEbulur lapO bEno ha..
4.kalau tak silap En.Rosli yang snap gambar ni

No.1
2. nak tarik sEluar jEans tu nak londEh takot basah kEna air
3. pElik jugak macmmanE bolEh tErsnap gambar yang aksi same macam ni..
4. abE Nik (officEmatE)

No.1
2. tEngah mEmbEbEl pasal kasut bEsar macam Ronald Mc Donald
3. hampEh.. gambo tErmUncUng jE mulut.....
timE orang cakap blEy plak snap gambo nampak sgt tak nak dEngar.
4. HonEy bEe

5. TAG ni kutujukan Khas buat :
...sajE nak pilih 6 orang..

PoJiePooH
EyEna
manusia a.k.a Azuan
luvida
kerna kasehAzriey Sinar
amyliana8886

E.R.T.I sebuah kemerdekaan



Erti sebuah Kemerdekaan pada diri anda?

Pada aku kemerdekaan adalah Bebas daripada penjajah..aku amat bersyukur dan berasa sangat bertuah kerana dilahirkan disebuah negara yang Merdeka, aman dan makmur. aku bebas nak kemana2..tak macam negara lain yang hidup dalam peperangan..nak kuar rumah pun takot..Bom sana sini...duduk dalam rumah pun belum tentu selamat...Kematian dimana-mana..hidup dalam ketakutan...makanan tak cukup atau tak de langsung...aku rase sangat bersyukur....kita kat Malaysia ni bukan makan tak cukup..tapi Terlebih cukup. Sebab tu kadang-kadang aku tengok ade jugak orang kita yang macam tak bersyukur atas apa yang kita nikmati selama ni, itu tak betul, ini tak kena, asyik nak membangkang.. buat aku rase cam tak faham ape yang diorang nak sebenarnya!!! statement ni tak tujukan pada mana2 pihak ye.


Apa yang anda buat pada Hari Merdeka?

Dah 2 tahun aku pergi Dataran tengok perarakan. Tapi rasanya tahun ni kat kampung ..So aku akan melangut kat depan TV la kot..hihihi
blogger-emoticon.blogspot.com

Adakah anda mengibarkan Jalur Gemilang dirumah atau kenderaan anda ?

kat umah sewa aku tak de
kat kampung rasenya ada sbb tiap tahun ayah aku pasang
kat kereta ada

apa perasaan anda bila melihat Jalur Gemilang dibakar?

Marah jugak.. x faham kenapa buat macam tu ... semangat patriotik la pulak hihi
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Lagu berunsur patriotik yang anda tahu?

lagu Jalur Gemilang
lagu 31 ogos
lagu yang buruh nelayan dan juga petani.... aku tak ingat tajuk nya
lagu Puji dan syukur pada ilahi...pun tak ingat tajuk
dan beberapa lagu lagi yang aku tak ingat tajuknya
..hihihi ..Pelupa btol ..banyak makan semut ke aku? ..
blogger-emoticon.blogspot.com

Semperna Bulan Kemerdekaan ni.... nak tujukan tag ni kepada beberapa orang pilihan hati :

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

1. kak Arapink
2. Cik Suria
3. kak Yanmie
4. jajagurlz
5. Dang wangi aka Kak Lela
6. cikgu Suhazli
7. cikgu Aiman

T.A.G.G.E.D from kuina

Bismillahhirrahmanirrahim.....
"3 Sebab kenapa aku berblog?"
Mmmm...Kenapa yek? Secara ikhlasnya aku mule berjinak2 dengan dunia blogging ni bila suatu petang aku keluar jenjalan dengan MydearBy dan kak Lela. Petang tu kitorang ajak die keluar sbb nak mintak tunjuk ajar cara nak gune kamera baru kitorang :) ..Mase tu la K.Lela cakap
"Ross, K.Lela ade blog sekarang tau, nanti K.Lela boley masukkan gambar2 ni kat dalam blog"
keesokan harinya aku pun bukak blog beliau..dan tengok la entry yang kitorang g jenjalan kat Taman Botani, Putrajaya tu..Klau berminat nak tengok klik disini .

Sejak tu la aku mula update blog aku yang aku creat pada bulan April 2009 Creat tapi tak update..Jadi blog tak siap la mase tu..sbb tak tau nak tulis ape...tapi bukan blog ni..blog aku yang lagi satu.. klau nak tengok jugak klik disini .

Back to the question... 3 sebab kenapa aku berblog?

Satu
Sebab aku nak tulis balik ape yang telah aku lalui supaya aku dapat ingat bila setiap kali aku bukak blog ni selagi blog ni wujud sebab tu aku letak title blog ni FrOm The PaSt To tHe FuTuRe.

Dua
Untuk mengisi masa lapang aku kat office tengah kerja ade masa lapang plak?..hihi..muykil ni..:p memandangkan kerja aku ni menuntut supaya berada 90% ditempat kerja dikerusi aku la jadi aku memanfaatkan tuntutan tu dengan berblogging ni. Kalau layan blog ni dari pagi sampai tengahari tak gerak kemana2 pun tak pe ....hihi..serius tak bosan.... :) selain tu aku dapat gak berkongsi serba sedikit maklumat yang aku tau dengan kawan2 lain, dan dalam masa yang sama, aku pun dapat jugak maklumat daripda kawan2 lain ' Give and take' o.k :) .

Tiga
Dapat menambah kawan2 dialam siber ni...macam2 jenis kawan yang aku dapat kenal..ada yang sama minat ngan aku, ada yang berbakat cth : yang pandai makeup , ada yang aku berminat dengan cara penulisan, ada yang sama2 nak capai cita2 macam aku.. nak kurangkan berat la..ahax..hihihi dan macam-macam lagi lah...


O.k...Sekian dulu jawapan aku untuk jawab tag dari Kuina... adios

T.A.G.G.E.D from kak Ara

Bismillahhirrahmanirrahim.....
ish..ish..macammana bley kena tagged plak ni ? mm..Nasib baik la ari ni tak busy..so Kak Ara ,ni Mawar bayar saman akak...harap akak berpuas hati .... ahax:)

ni la meja kerja Mawar....ekceli..tak la sibuk sangat ...Tu yang ada atas meja tu surat yang baru bukak, Diary, Fon Directory...dan beberapa fail yang akan di bawak masuk ke dalam bilik Bos....Meja Mawar pun sempit je...kalau banyak sangat fail memang tak muat ....So bile siap sume keje Mawar akan kemas meja supaya tangan ni selesa sikit nak letak atas meja.

Gambar yang atas sekali tu, antara barang yang Mawar suke...Bekas letak pen yang cantik tu siap ada bunga matahari telah dihadiahkan oleh kawan-kawan Mawar masa nak resign dari TNB..salah seorang kawan tu ialah Kak Lela ..Terima kasih ye...lagi satu patung beruang Koala yang cute tu ...tu pemberian En.Suresh mase dia pegi Australia..

Atas meja under glass..ade gambar family Mawar....Keluarga tercinta..kat sebelah gambar family ada gambar myfiance....dan yang dalam bulatan kecik tu ...Cop yang kugunakan setiap hari ...
aduh...berserabut kan? ...SorRy la..Ni laci Meja ...Mak ai bersepah kan ? ..macam2 ada...tapi tikus tak de o.k... :) ...antara barang yang menyepahkan laci ni ialah ink printer, Mirror..mirror in the drawer..name tag yang tak dipakai...cable handfone penting ni untuk siapkan tagged ni, Pendrive....Ha tu dompet merah beruang panda tu pulak pemberian one of my boses masa keja kat TNB...From China..Mawar letak duit syiling dalam tu .....tu pulak RM 6 baki daripada RM 10 yang myfiance bagi pagi tadi untuk belanja hari ni ...hihihi..thanks dear..

kerusi empukku....diatas kerusi ni la mawar abiskan masa 8 jam bekerja...kekadang atas kerusi ni la jugak mawar tido bile penat sangat time lunch...bukan time keje o.k ..hihihi..bantal oyen tu buat alas pinggang..duduk lame tak de la rase nak patah pinggang...bile tido plak jadi alas kepala kat atas mejaku....yang dalam bulatan tu..buku koleksi setem ku yang tak seberapa...

lastly...Under table...bukan undertacker k..hihi..Bawah meja Mawar memang penuh ngan kasut...ada 4 pasang kasut dan sepasang selipar....yang dalam bulatan tu pulak...my reminder n what to do today...sebelah tu ..Contact no..senang siket bila boss suruh call sesape ....

Ni lah hasil Bayaran samanku kepada Kak Ara....Sekian wassalam...

adeh...Penat mata..kena tenung benda jauh plak nak rest kan mata....