Bismillah......
ni kira kompilasi ride
dah kata Tn.John tu takleh kalau tak ride -_____-"
asal hari khamis je dia dah kecoh pack baju
nak kemana ? tak tau lagi
ikut mana roda bergolek? aci tak
masa ni seharian jugak la dengan baju basah
ride pagi dah start hujan sampai la masa balik
kembang kempis aje hidung akak ni bau baju lembap ...
grrrrrrr nasib baiklah bini dia ni jenis tak kisah sgt
layan aje laaaa.....tapi bukan kami je basah ramai kot rider kat jalan
semua nak ke Bike week ni
masa nak balik lalu kat Maps ni
dah alang-alang lalu moh la singgah ambk gambo
dalam dia fun ..kalau nak bawa anak-anak make sure dah besar sikit ye
yang dah boleh main
Gambar ni masa nak balik Perak melalui jalan sungai Koyan
Jalan ni ohsem ye
jalan dia tak banyak kenderaan view pun Subhanallah cantik
kami stop ambik gambar ni masa kat Pos Betau
kampung orang Asli
sejuk je lalu sini
ajak Tn.John singgah kat Damn atas tu
tapi dia tak nak pulak
kat situ pun kalau ambik gambar nice
sampai je kat kampung Perak dah petang
dari Sg.Koyan turun ikut Tapah lalu Cameron sikit
first time jumpa kucing si Kakak
adik saya .....Kucing ni dia jumpa dalam longkang dia ambik bawa balik
kami bagi nama Blacky
alahai comel kuat bergurau dia ni hihihi
geram je tengok perangai macam nak lempang aje ..hahahha
Birthday Pn.Fae
Ni ler birthday girl tu
semoa Puan sentiasa diberkati dan diberikan kesihatan yang baik
amin
order lagi Cendol Durian
sebab Amoi miss Malaysia tak sempat makan haritu
majuk dia..hahah order tak bagitahu dia
tak sengaja la Amoi :P
baiklah meh la order lagi
dia buat delivery service
contac je number ni : 0142644441
harga dalam RM17 durian dia macam dalam gambar ye
tak ingat weekend bila kami lepak rumah Batang Kali
pastu pagi-pagi rasa teringin nak makan laksa utara
jadi tn.John cakap jom lah kita ke Sungkai
yeayy laksa ikan sekoq ni sedap uolsss
tak payah la terbang pi Langkawi sana jauhhh
kita pi Sungkai jaaa , ada banyak menu kat sini Mee Udang dia pun boleh tahan
Mee Udang Kak Zai, 35600 Sungkai, Perak
Waktu perniagaan
Rabu 11:00PG–6:00PTG
Khamis 11:00PG–6:00PTG
Jumaat 11:00PG–6:00PTG
Sabtu 11:00PG–6:00PTG
Ahad 11:00PG–6:00PTG
Isnin Tutup
Selasa 11:00PG–6:00PTG
yang ni Tn.John craving nak makan Coconut Shake
seminggu sebelum pergi kursus kat Melaka tu
padahal mmg dah tau nak ke Melaka kan
diaaaa nakkkkkkk jugak ride kesana
hahahha degil tau grrrrrrrr
Puas la hati dapat 4 cawan coconut shake
boleh la senyum? hahaha
o.k la jom la lepak kat Klebang
tapi sampai sini memang teringat memori daun pisang beg tertinggal kat pokok
hihihi singgah pun tempat yg sama
tapi make sure bag kat motosikal je ..hahahhah
tapi makan coconut shake kat sini berbaloi-baloi
kalau kat KL ada tempat memang jual coconut shake jugak
tapi rasa out harga pun mak aiiiii
secawan sampai RM 8.00-9.00... gila lah
kat sini dah la original harga baru berapa je
RM 2.70
jauh beza ditahun 2018 ni kena la bijak berbelanja ye ..hihi
sekian
No comments:
Post a Comment