Showing posts with label Chingoo. Show all posts
Showing posts with label Chingoo. Show all posts

Singgang

 Bismillah 

maaflah kalau masuk je blog saya ni manjang citer pasal makan 
adoi hobi sis lah tu 
hobi makan tapi impian kurus ? 
memang tak sinonim langsung kan 

#gengmaakanchingoo

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 Salam....

lama rasanya tak cerita aktiviti masak-makan kat ofis
yela bulan romadhon yang mulia takkan nak buat hal masak-makan kat ofis pulak kan
hahahha...x sanggup hakak nak naik van jenazah dari ofis ni



TB : IFTAR Polperro Steak House

Bismillah ....

sorry...lama betul tak update blog...cerita raya pun tak masuk lagi padahal dah habis Syawal pun ...
awak masih kisah Ramadhan? kesian ketinggalan..hihi 
orang dah kat Australia kau kat JB baru 
almaklumlah orang naik flight kita kayuh basikal je ...hihihi 
sian...tapi xpe2 kita cuba lah sehabis rajin update semua entry yang tergendala...
sayangla bila perkara lepas yang best-best teringat nak tengok balik tak de kan 
ni dah macam open diary iols ni hihi 

o.k sambung ....kan last entry pasal kitorang berbuka last year ka KAWD 
so ni yang this year punya o.k sikit la sebab bukan update after a years ..miahahhaa 
harga pun o.k ....kami beramai-ramai kesana 

 memang lah ramai manusia kat sini 
bukan setakat dapat makan 
tapi boleh juga perati perangai orang 
nak-nak orang lapar nak berbuka puasa ni 
macam-macam ragam 

Tom Yam Nam Khon - ต้มยำน้ำข้น

Bismillah 

Tom yam ialah masakan berkuah yang memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam  dengan penggunaan herba wangi. 
Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok Limau Purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili.
 Tom yam biasanya dihasilkan menggunakan
 udang (tom yum goong atau tom yum kung), 
ayam (tom yum kai),
 ikan (tom yum pa di sebahagian Laos dan tom yum pla di Thailand)
atau campuran makanan laut (tom yum thale atau tom yum po taek) dan cendawan 

.Sup itu sendiri sering ditabur dengan sejumlah besar daun hirisan segar daun ketumbar. Kadang kala, lada giling Thailand
 (nam phrik phao, Bahasa Thai: น้ำพริกเผา) 
 Variasi baru tom yam adalah tom yum nam khon (Bahasa Thai: ต้มยำน้ำข้น)
 di mana sedikit susu atau santan dicampurkan kepada kuah sebagai sentuhan akhir, 

Adaptasi ini tidak patut dikelirukan dengan tom kha gai ("sup lengkuas ayam"),
 di mana lengkuas merupakan perisa utama bagi sup berasaskan santan.



haaa macam ilmiah sangat ayat kat atas tu? hahaha 
sedikit info berkenaan tom yam ye ...
so tom yam yang kami masak kat ofis ni nama nya 
TOM YAM NAM KHON
sebab kami tambah susu cair dalam tom yam ni 
baru umphh....lemak melekat, terpikat, terangkat ...hahaha 

malas nak tulis resepi ...ala tau korang lagi pandai masak 
ni pun masak campak-campak je nama nya 
asalkan masak sedap boleh ngappp kami on je 
nampak sedap tak tomyam kitorang ? ekekkeke 


eleh-eleh buat-buat bizi je Mak lang tu ..
padahal memang dia pun yang masukkan bahan-bahan tu ...
Kak Ana chief Chef ...hahaha 
iolss orang sinki dapur je .... siang-siang ketam, sotong, udang 
cuci-cuci pinggang ...itu ajer ...hahahha 


yang kat kerusi tu sibuk merakam video rupanya ...hahahha 
dia boleh rakam buat suara cartoon..ceit...segan plak nak upload kat sini ..ngeeee 

perghh..telan-telan ailio balik tengok gambar ni 
memang sedap oii
tomyam panas, pedas lemak-lemak kena plak ngan pekasam masam-masam 
cicah pulak cencalok 

gulllrrppp ....gurrlllpp 
ngeeeeeeee 

kicap tu favorite Mak Langg...dia dan kicap tak boleh dipisahkan 
asal makan nasi misti nak kicap 
"kicap nak? " teringat Arwah Pak Yus, Jambu 
Al-fatihah buat arwah 

ha..senduk jangan tak senduk 
makan berenam je kami 
masak seperiuk..hoii kenyang...
petang boleh repeat lagi 


" a plate of happiness"

makan macam ni kena duduk bersila
hadap semangkuk tomyam  kopek isi ketam dan udang 
leleh-leleh kat tangan ..perghh
confirm boss lalu pun tak perasan ...hahahhahaha  

sekian 


Crab Maggi office style

Bismillah....

kalau siapa yang dah lama follow blog saya misti dah selalu nampak ni 
kitorang kalau dah lama tak masak megi ketam ni rasa macam tak complete 
cewah..poyo lah kan ...

kami pakai konsep dapur tanpa sempadan ni..hihi
sempadan Malaysia Thailand ke Malaysia Singapore ke itu saya tak pasti 
kami belasah je 
sempadan rumah dan ofis kami langkaui
pergh macam tag line jugak ni :P :P : P: P

tapi makan megi ketam ramai-ramai 
rebut-rebut cedok sedap oii 
cuba kalau buat seperiuk megi yang mewah dengan ketam udang bagai
tapi makan kat rumah berdua je ?
krikkk...krikkkk...krikkk...
memang tak de feel..

kalau makan berdua kena buat sikit 
berebut berdua o.k la ada la jugak feel nya 

 Big curry buat 6 bungkus 
bawang merah, bawang putih , batu belah, batu bertangkup  eh ? 
maafkan saya tersalah pulak ..hihi
bahan lain  kangkung,cili, udang dan ketam tu je ...sebab simple je la kitorang masak kat ofis 
masa ni dah pukul 1.00 ye..hahaha 


ala tak kan lupa tag line megi 
 "mee maggi cepat dimasak sedap dimakan"
2 minit je dah siap ...masa rehat ada 1 jam 
so nilah menu yang paling cepat, sedap dan ringkas 


ha..chef nya harus lah kakak kebaya ni 
kami tolong sediakan bahan...potong-potong, basuh-basug apa yang patut je 

 bermodalkan dalam RM 20 
dan sebuah rice cooker 
save budget untuk lunch kami ....makan 6 orang 
share sorang RM 5 je..makan la sampai kembung 

eh terselfie dengan ketam pulak ..
mih..mih...mih 


sekian 

sedeh melangkah ke 3 series

Bismillah...

cepat je kan masa berjalan...memang sesaat pun dia takkan tunggu kita...
tahun lepas saya dah 30 tahun ? rasa macam 
"hurmmm......tua dah aku ini sambil tengok cermin dan menilik kedutan di bawah mata " 
hahhaha

kenapa pulak sedeh..saje letak sedEh..tak letak sedih 
sedih tu macam berduka cita, air mata bergenang-genag tu kan ?
ini bahasa sendiri ni kalau rujuk kamus dewan memang tak de ye ...haha

mana mau tak sedehnya kome...
umur dah masuk 3 series ? pencapaian dalam hidup? 
hurrmmm...sedeh...sedeh. lagi menyedehkan..hahha

duit simpanan beribu ? nan hado
anak nan hado?
kereta sendiri? nan hado?
syarikat sendiri lagi la nan hado?
perniagaan sendiri ? hurrmmm alamat la

cuma alhamdulillah ada rumah sendiri sebuah 
cukup lah tu ..apa-apa hal ada juga tempat berteduh 
dan ada kerja dan bergaji
juga seorang suami..
apa pun bersykur apa adanya 

 dah la kisah sedeh itu..sbb xde la sedih sgt pun...
jom sambung ...ni kek birthday addleen ..eh salah kek birthday saya dan Addleen sepatutnya 
sebab birthday dia 2 hari selepas saya..so buat sekali la katanya 

tapi kali ni unexpected sgt ...sebab yela penat pindah pun baru sgt lagi masa ni 
misti la orang sibuk kemas-kemas mana la nak ingat birthday bagai 
tapi rupanya kawan-kawan sy tak pernah lupa 
alhamdulillah ...terus hilang kesedihan itu...
ada juga yang ingat kan ...hihihi 

ini lah sayangs-sayangs yang buat surprise pagi-pagi
hihihi...si Linda la ni rasenya beli kek.....
sebab dia tau kot saya suke bunga-bunga merah gitu..ekekkeke 

 budak bertuah si Ili ni pun sanggup la datang ofis..
haishhh....kenapa uolss ni susah-susah ni ?
akak ni kalau orang tak ingat pun akak tak sentap la dik 
'terus akak kau...dah masuk 30 kan ' hihihi 
tapi akak cume buat-buat lupe birthday uolss je nanti..wakakkakakakkaka :P 

sebab kek ni comel sgt 
akak yang dah  masuk 3 dekad ni nak jugak bergambo dengan kek bunga-bunga 
>____< 



lepa sesi tiup lilin, peluk cium...jom lah makan ...
diorang belanja nasi lemak ayam juga untuk b'fast 

terima kasih kawan 
luv uolsss



Good Luck for your future dear!

Bismillah....

sorry lama beno tak update blog...bukan tak nak update 
tapi I olss is malas....haahhaha 
adoii....ni la nama dia hidup segan mati tak mahu blog daku ini ...huhu
ampunkan lah daku yang malas ini ....

kitorang buat sambutan kecil-kecilan untuk Cik Ili Sarah Suhadi ni...
dia intern 3 bulan kat sini 
tapi kami close ....sedih je bila ili xde 

 selalu kalau ili ada dia selalu tanya semua orang siapa nak air?
dia akan tolong bancuhkan air ...
kalau ada buat makan-makan dia la yang rajin tolong cuci pinggan-mangkok 
calon menantu terbaik ni ...kakakkaka :P 

 masa dia bagi ucapan touching la pulak 
adoii...rasenya tak potong bawang...tapi tetiba je air mata ni nak mengalir 
huhuhuhu..... miss u lah Ili 

kitorang buat collection sorang sikit beli nasi arab 
makan ramai-ramai 
bila makan ramai-ramai yang biasa-biasa pun boleh jadi luar biasa
harapnya makanan tu ada keberkatan lah ....

 oleh kerana ili suke watak En.Muaz dalam "Drama Mencintaimu "kitorang saja je kenakan dia
syafiq la dalang prank..hahahhaha
dia yang tolong printkan gambar muka 
nilah dia pengaruh drama petang-petang ...ahhahhaa

 asalnya rasa makanan sikit je...
bila da susun semua..eh? banyak alhamdulillah 
semua kenyang 
kuih tart ni K.Ana beli..sedap! 
serius sedap..tak tau mana dia order 

Dear Ili, 
kami kat SKPI dah anggap ili sebahagian dari kami , 
kami pasti merindui Ili,Semoga Ili terus berjaya didalam setiap bidang yang Ili ceburi, 
Semoga Ili sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.w.t hendaknya 
we love u dear , take care and please don't forget us here " 



Sekian....



Tumis Teak 5, Publika

Bismillah....

korang suke makan pedas ?
suke masakan melayu?
rindu masakan kampung?
cewaahhh...bajet macam food blogger sgt nih? puiii 
actually tempat makan ni memang lah best ...jadi harus di kongsi dengan  korang 

alamat seperti berikut 

Solaris Dutamas, 1,
 Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur,
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Dutamas dan Publika is same o.k! tak payah nak confused sgt la kan 
hahahhaa..padahal kitorang yang confused masa tengok alamat restoran ni 
kat Publika ke? kat Mont Kiara tu ke? 
sebab word SOLARIS yang meng'konfius kan kami :P 


ini view di depan kedai 
korang boleh parking valley je kalau pergi ramai dan malas jalan macam weolss...hahaha
sebab ramai mampu lah ko nak parking valley ...tong-tong sorang sikit 
Valley parking kat Publika ni RM15 per entry ye
parking kat area taman depan tu 

kalau pergi awal boley la park kat parking bawah 
lagi murah...tapi kami pergi dah waktu lunch hour kalau cari parking lagi kat bawah?
alamat lah nak sempat makan dlm masa satu jam ....

masa kami sampai kami dilayan sgt baik oleh K.Yani owner restoran ni 
bagus sgt kakak ni ..dia akan suggest menu kat korang 
so tak de la macam terpilih-pilih ter'blur-blur' apa nak makan 
dia cadangkan kami makan yang set sebab ramai kan 
so semua setuju 
dia kira dalam RM 34.00 perhead 

Buku Cerita a.k.a Menu book

 Air dia bagi dua botol 
sirap selasih dan tea O ais...
masing-masing sibuk belek phone sementara makanan sampai 

 Yang ni sotong goreng kunyit 
rasa dia biasa la rasa sotong dan kunyit..hihihi

 ayam goreng pun termasuk dalam set yang kami pilih 
pun rasa ayam tak de lah tetiba rase kambing ke apa ...
o.k tak lawak T_____T : P


telur dadar 
saya suke yang kosong..yang ni berbawang ...
tapi bila makan ngan nasi o.k je,,,,sedappp rupanya :P 


 haaaaaaaaaaaaa... yang ini memang saya suke...
sedap oii....crab soup ...
dia di inspirasi daripada shark fin soup 
sup ni pekat dan sedap lah senang cakap 

semua muke tazabar itu sebenarnya..hahahha
lauk pauk da sampai nasi belum sampai ...
killer dish pun tak sampai lagi 

 yang ni sayur special katanya 
sayur taugeh hijau ni 
saya pernah makan dulu dan tak suke! sebab ada bau pelik 
tapi yang ni amazingly ! tak de bau pelik dan sedappppppppppp 

 selain tu ada siakap masak pedas rasenya 
nak cakap 3 rasa macam bukan 
yang ni pun sedappp...ikan rangup ...memang habis sampai ke tulang la kena ratah 

 Killer dish is daging maut! 
memang maut oiii..pedasss dan sedap gilaaa...
mana tak gila kau ...bila suap je fuhh pedas ..
lagi pedas lagi sedap ....berasap telinga! hahahhaa
terbaek boboboi ! 

Finally sampai la dessert ni 
mango jelly rasenya 
lepas makan daging maut yang super pedas dapat pulak jelly mango ni..
alahai nyaman tekak ..memang terbaik 

 layan jelah gambar drama diorang ni 
hahhaa..sinetron sgt 
pi la buat casting berlakon uolsss

 bukan senang nak dapat pic Cik Aini tersenyum gitu ...ahhahha
asyik la buat muke macho dia :P 

 kami pergi berlapan haritu 
bila-bila boleh la pergi lagi ...
sebab daging maut tu memang buat terkenang-kenang ceewahh ..
hahahha


Sekian 



Selamat Hari Tua En.Faris

Bismillah...

Salam Jumaat ....
Bulan Ogos ni Birthday En.Faris... 15 Ogos..
16 Ogos Birthday Along...dan New Born Baby Fadilah dan Wan 
Tahniah Korang ..jaga amanah Allah tu sebaik nya ye...
Semoga Eshan membesar menjadi anak yang soleh ...amin 

o.k smbung balik ...

 memandangkan gaji kan lama xde ....haishhh
bertabah jugak la..nasib baik ada la wat cover siap-siap 
jadi kami buat sambutan kecil-kecilan je la 
beli kek kat Berrys...
kak Ana la org kuat .....hihihi 
tq akak 



Kami dan Birthday boy....
ni jelah pun group kami kat ofis tu 

 O.k cepat buat wish 
dah tau dah wish apa....

Semoga cepat dipertemukan jodoh...

Semoga cepat dipertemukan jodoh...

Semoga cepat dipertemukan jodoh...

Semoga cepat dipertemukan jodoh...

Semoga cepat dipertemukan jodoh...

mihmihmih....kan? 

 malam sebelum kejadian ....
kitorang dok discuss nak makan apa esok ..tak kan la kek je kan ...
so k.ana cadangkan makan mieng kham ...
eh..confirm la setuju ..sedap kot 
so malam tu dia la rajin buat sos dan prepare bahan 

 ala..tu dah ada jodoh? 
tak yah la cari lagi jauh-jauh? hahahhahah

menu utama kami tenghari tu macambiasa la 
megi ketam..nyummssss...hihihii
menu simple di tengah bulan nama nya 

 ni bahan-bahan mieng kham 
kalau ada masa kena cuba tau ...sebab sedap dan berkhasiat uolss
nak tau bahan dia boleh refer kat sini 

ni lah rupa balutan bahan-bahan tu sebelum 
ngappppppp masuk mulut 


sekian .