Bismillah....
ni cerita lama Julai 2018
tapi nak juga simpan kat sini sebagai kenangan
trip ni memang langsung tak plan
nyampah Tn.John tu bila di tanya nak join ke tak
manjangnya tak tau lagi
nanti la
tengok la
ciskek betul, sampai la hari kejadian
pagi-pagi buta dah celik suruh kita bangun siap ...ditanya nak kemana
katanya jom la kita hantar diorang pergi Jelai
what the??? hantar je?
iye kita balik ....
'baiklah'
jadi berangkatlah kami ke checkpoint pertama iaitu Shell Gombak hala ke Bentong
sampai kat situ ada 2 buah je..termasuk kami jadilah 3
tunggu lagi jadi empat buah ...
tak lama lepastu sampai la lagi beberapa buah motosikal
first stop kami makan kat Lemang Tok'ki
total semua ada la dalam 20 buah motosikal
kemudian teruskan lagi perjalanan sampai lah ke Kuala Medang
boleh tahan jauh nya
sesampai je ...ajak Tn.John balik
jom ...jgn ye kacau plan orang ..awak jangan macam-macam
dah la tak inform awal2 nak join
orang dah bajet makanan, bilik semua
dan
saya tak bawak pape pakaian tambahan !!!!!!
tapi diorang ni punya lah baik esp President club
dia dah book bilik lebih siap-siap katanya backup untuk kami
ape ni Shah? ....terima kasih yuuu ...
maafkan lah suami saiyaaa dia memang macam tu
haishhhh
kami pun bayar lah sama macam orang lain buat bayaran
dan join lah aktiviti smpai keesokan harinya
dan tanpa baju extra
kakak navigator stress uolsss....
tapi kakak pasrah jelah
dan punya la baik Shah dia bagi sehelai baju group untuk kami
dan Tn.John memang ada bawak baju sehelai lagi dan seluar sebab katanya kot-kot nak mandi sungai
-______________-"
kakak? nan hado baju harap apa ada nya
tapi time ambik gambar ko nampak sengihnya macam tak de pape masalah kan ?
hahahhaha
untuk couple kami tinggal kat bilik ni
yang single duduk dorm ramai-ramai
makanan disediakan lunch, Dinner BBQ dan b'fast untuk keesokan harinya
kakak navigator tak bawak pape pun jadi nasib baik
asyik nasib baik aje kan
Aishah bagi kain batik dia
buley la akak guna untuk solat..haha darurat buley la kan
macam masa kecik2 dulu solat buat camni la telekungnya
pastu pakai stokin
pokcik ni memang suka la tempat 2 macam ni
orang lain dalam bilik tido rehat
kami duduk la bersantai berdua kat sungai ni
tapi air tak jernih baru lepas hujan lebat malam sebelumnya
nak mandi pun tak berani uolsss..hihihi seram takut dalam je tak nampak dasarnya
duduk la hayun kaki kat dahan tu bang
masa ni dah petang kami nak jalan-jalan round masuk kebun durian
Yeayyyyy
tak mengapalah tak balik pun
sebab its fun ! rugi jugak rasanya kalau balik ke KL tak join diorang ni
pengalaman macam ni bukan selalu boleh dapat
Vexcom semoga terus maju ke hadapan
sampai kat kebun durian sekali kebun tepi sungai daaaaaa
pakcik ni apa lagi teghuja la dia nampak rakit buluh tu
hahaha orang lain teghokam durian dia sibuk nak turun naik rakit
hahaha hakak layan kan aje lah asalkan happy
haaa nampak tu sebakul durian kami sebat .....happy uolss
ada rambutan, cucur pisang, heaven la
feel makan buah tepi sungai ni sedap dia lain maciam ..
keesokan harinya diorang teruskan perjalanan ke Fraser Hill
kami tak ikut kami balik KL
layan jelah video kami ni ....bye
nak tengok lagi pi tengok kat youtube
atau nak tengok versi kakak navigator punya kena follow ig kakak ye adik2
hihi
hihi
kalau nak buat aktiviti kat Kuala Medang boleh contact kat FB ni
1 comment:
jelai ..hmm tak berapa familair tempatnya
Post a Comment