SEJARAH : MH635 YANG TERHEMPAS DI TANJUNG KUPANG GELANG PATAH 4 DIS 1977 Part I

Bismillah....

hai semuaaaa....gaya Shiela Rosli dalam iklan ladys choice ...hahahha
o.k..hari ni jom kita belajar sejarah ...
korang tau tak bahawa Kapal Terbang MAS pernah terhempas?
yee...jawapannya Pernah sekali ...
o.k..hari ni nak cerita tentang kejadian misteri di kawasan tersebut dan sedikit sebanyak kejadian tersebut .....

Pramugari Ghaib dan jari yang putus
********************************************************************************
Antara faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bharu."Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang. " Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.
Kelibat wanita berpakaian seperti pramugari (baju lama) pada waktu malam di jalan sekitar Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.
Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.
Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.


Gugusan api terhempas
***************************************************************************
Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.
Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.
"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar," ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.


Kutip Duit berguni-guni

*******************************************************************************

Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat 'raksasa' apakah yang jatuh ke kampungnya itu.
Kutip duit berguni
Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.
"Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.
"Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya," katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.

Cincin tersemat pada sebatang jari putus
*****************************************************************************
"Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun 'menyelit-nyelit'lah.
"Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!" kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.
"Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan ? Mesti barang-barang itu milik mereka," katanya.

tunggu sambungan Part II !!










sumber : Email

"goonch" Si ikan keli besar di Sungai Kali , India

Bismillah ....

alhamdulillah..kenyang...makan nasi ngan ikan keli goreng sambal .....
dap tau ...
sape kat sini tak makan ikan keli ?
tak yah nak angkat tangan yew....ai tak nampak pon ..hahahha
komen je kat bawah ni ye... rasenya ramai gak org tak makan ikan keli nih..
katanya hanyir la...geli lah ...
ai belasah je ...asalkan boleh diterima tekak...
almaklumlah ....budak kampung -__-"

alkisahnya ....ade suatu hari tu ...jalan-jalan la ngan Tuan John kat Ikea ..
kat atas tu kan ada Pet World ......
pastu masa kat dalam Pet World tu ..diorang pasang tibi ..
yang Tuan John sibuk dok cerita yang dia dah tengok discovery yang diorang pasang kat tibi tu ..

dia cakap orang tu jumpa ikan besar makan orang la ...
bakar mayat la ...

so ai ni eksaited la dok langut depan tibi kat Pet world tu hah ..(langut = dongak)
nak tengok betul ke apa yang Tuan John dok cerita tuh...
skali baru kjap dah diorang tukar Chanel lain la pulak ..
haish ....sakit ati taw ..

pastu ...2 minggu lpas ...setelah berbincang ..
kami berdua telah sebulat suara bersetuju untuk tambah channel kat astro...
jadi...dalam pakej channel yang kami tambah tu ade la channel animal planet ..

***********************************************************************************
suatu petang ...balik saja dari office kami telah merehatkan diri berlepak atas sofa sambil layan Animal Planet ..
syok gak tau ..dia cerita macam2...
skali tup..tup....kuar cerita yang ai beria dok langut kat Pet World aritu ...

ape lagi....trus la layan sampai abis..haah....memang btol cakap Tuan John ...
Kejadian berlaku di Sungai Kali iaitu sungai yang mengalir di sepanjang sempadan India dan Nepal ...Sungai nya cetek je..tak la dalam ...jadi ramai lah yang selalu bermandi-manda kat sungai tu ...tetapi ada beberapa kejadian misteri berlaku kat situ ...

beberapa orang yang sedang bermandi-manda disitu telah hilang secara tiba-tiba..
salah sorang tu nama dia Dil Bahada...yang lain tak ingat nama apa ntah ...
bukan orang je ...paling dasat! lembu pun ilang ....
jad..diorang pun mintak seorang ahli biologi Jremy wade untuk buat investigation...
mula-mula Jeremy saspek si pembuat angkara ialah Sang Buaya yang diberi gelaran
"Mugger crocodile" iaitu sejenis buaya air tawar ..

tapi ...sepanjang jeremy bermalam kat tepi sungai tu...
beliau tak dak nampak seekor buaya pun ..
buaya kan suka dok terdampar tepi sungai..tapi ni tak dak ...
jadi si mugger crocodile terselamat dari tuduhan tu ...

kira lama la si jeremy ni dok bermalam kat tepi sungai tu ..sampai koyak rabak baju dia weyh..
sampaikan dia rasa macam berputus asa ..tak tau binatang jenis apakah yang makan manusia dan lembu disitu .....

jadi ...bila dia pegi tanya org kampung...ada yang cerita..... masa tu ada sorang budak 18 tahun kena serang di Nagru Ghat nama dia Atal Kumar...masa dak Atal Kumar ni kena serang ada sorang org tua nampak ada raksasa yang nampak macam ""elongated pig = vavi memanjang" dan orang tu namakan "Soos" bukan sos cili ye kakak-kakak , adik-adik....

untuk pastikan ujud tak soos raksaksa nih.... si jeremy dan sorang geng bas sekolah dia Rick Rosenthal pun menyelam ke dasar sungai ...memang dalam sungai tu diorang nampak ada beberapa ekor goonch yang agak besar ...tapi tak confirm la binatang ni la si pembuat onar ...sebab binatang ni dok diam je celah-celah batu .....

jadi...si Jeremy ni rasa tak pueh hati ...dia terus dok kat tepi sungai tu dan memancing...
tapi hampa.....dia tak dapat apa-apa pun...
sampai lah satu petang !
beliau telah buat keputusan untuk membakar mayat kat tepi sungai tu dan abu tu semua mengalir dibawa air...

keesokan harinya Jeremy ni dengan gigihnya memancing la kat tepi sungai tu ...
sekali ....dia rasa tali pancing dia diragut ...putus ya tali tuh...
hoish...ganas okeh raksasa tuh...

jadi..dia pasang tali pancing yang lebih kuat dan pancing lagi ...
akhirnyaa!!!!!! dia dapat ikan ni

.
.
.
.
.
besarkan ? sungguh the raksaksa taw ....
ikan yang dia dapat tu seberat 75.5 kg ..sama berat ngan ai taw ........ewah..hahahha
gila the raksaksa ....patut la dia makan orang ngan lembu slamber dock je....aiyoo..
jadi kekeliruan mereka telah terungkai ...
rupanya betullah si pembuat onar ialah Giat Catfish that called Goonch

tengok jelah gigi dia....runcing-runcing..tajam cam jarum
mane takrabak kalau disiatnya isi.....gerunnnn...grrrrr








sekarang ni memang suka tengok National Geography ke, Discovery channel, Animal Planet, Net Geo wild ...semua tentang binatang2 ni la..tak tau knape ..rasa macam ...kagumnyaaa!!
Owh..banyak rupanya yang ai tak tau selama nih...huhu

Kelisa vs Toyota Camry

Bismillah...

hari ni jom kita jelajah google translate
percaya tak google translate boleh buat anda rasa macam kaya ???..hahahha
rasa macam jela...kaya btol2 tak la yew ...

google translate boleh berfungsi macam pintu kemana saja doraemon...ewah..
iye...kalau anda mempunyai sebuah kelisa ....
anda boleh feeling seperti punya sebuah Toyota Camry ..
hah ...hebatkan ? hhuhuhu....

katakanlah....seorang kawan tanya

"Best ke bawak kereta Kelisa ko nih?"

anda dengan kompiden nya boleh jawab...

"Owh...dah tentu ...kamu kan tau betapa bestnya memandu Toyota Camry ??"

kalau dia buat muka pelik ...jawab nih

"hah? tak percaya ? pegi kat google translate type
Perodua Kelisa .....apekah hasilnya ? "......


kalau dah Perodua kelisa = Toyota Camry
Perodua Kancil jadi ape plak kan ? ..taraaaaa....Perodua Kancil = Honda Accord ...

hah...hebat kau ....
kalau macam tu ...selain ade sebuah Yamaha
dan Sebuah Mawi ....
saya juga punya sebuah Honda Accord !!!! ...hahahaha
dasat2....







fahami bahasa wanita


❤ Girl's Language :

If She Don't Text You :
- It's Because She's Waiting For You To Text Her

When She Walks Away From You Mad :
- Follow Her

When Shes Quiet :
- Ask Her What's Wrong

When She Ignores You :
- Give Her Your Attention

When She Pushes YOU AWAY :
- Pull Her BACK

When You See Her Crying :
- Wipe Her Tears & Ask What's Wrong

When She Says Go Away :
- Just Go Close To Her & Give Her Hug ❤

tapi rasanya susah kot nak jumpa pasangan yang macam ni ...
selalu kalau marah..masing-masing tarik muncung....huhuhuhu

sumber : email









kisah 3 anak mak !!

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak…….

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan….

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut………..

anak-anak depa ni memang hot ...huhu

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan “Nescafe” yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan “Nescafe” di akhbar yang berbunyi “Nikmatnya tak terhingga”, maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan…..PhotobucketPhotobucket

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi ” Standard Chartered Bank”. Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud ” Besar, Teguh dan Peramah”, maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut….smilesmile

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan “MAS”. Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan “MAS” namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi,” Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu…”PhotobucketPhotobucketPhotobucket

matilahhhhhhhhh...hahahahhaha

sumber : email





Kursus

Bismillah....

nak update blog....tapi tak de idea + vitamin M
jadi nak wat Wordless Tuesday la boley?

Opss this is my blog....dah tentulah boley kan...hihiPhotobucketPhotobucket

seb baik kursus dah cukup tujuh hari T__T







Konvo Nina


Bismillah ....

congrats dear Nina ....
tahniah dah jadi siswazah ...graduan kelas pertama ...
lepas ni tak yah study dah.... Yeay ..hahah
tetiba yeay ....macam aku plak yang grad...PhotobucketPhotobucket






lastttt skali ....
gambar kamiii ...PhotobucketPhotobucket


apehal la ai ngan Tuan John dok ketepi sgt plak nih...aiseh....
rosak gambar ...huhuhuPhotobucket








Marco Simencelli

Bismillah

semalam dunia digemparkan dengan kematian salah seorang pelumba moto GP
"Italian Motorcycle Rider : Marco Simencelli was Dies In Malaysian Race"

memang semalam kami tak jadi nak pergi ke Sepang..
coz kna pegi Majlis Konvokesyen Nina ---> Adik Tuan John
jadi..tiket on Sunday ..Burn jolah ..
Thanks..thank you very much to Cik Puan Suria yang dah bersusah payah berebut untuk dapatkan tiket untuk ai dan Tuan John yew... hihi

on Saturday kami pegi ...
tapi ntah kenapa....rasa tak tahan ngan kepanasan kat litar tu ..
sedangkan tahun ni dah tahun ke-4 berturut2 kami pegi layan Moto GP ...
sejak blom berblogging sampai sekarang ....nak baca kisah Moto Gp sblom ni ?
2010 part I , 2010 part II , 2009 part I, 2009 part II, 2009 part III
hari sabtu tu kami tak snap banyak pun gambar..
snap sikit2 je ..ade la kurang dari 10 keping ...
kol 12.00 kami dah pun bertolak balik

dalam 10 keping gambar tu ...
terselit sekeping gambar Marco Simencelli sedang beraksi ...gambar sehari sebelum kejadian.......

Marco Simencelli (20 January 1987 – 23 October 2011)
Rest in peace

*mood = Sedih#tak#tentu#pasal-__-"







Bila lelaki merajuk ...

السلام عليكم
Bismillah...
pagi Jumaat yang mulia ni...
saje nak tanya korang la..agak-agak...antara lelaki dan perempuan ...
yang mana lagi kuat merajuk????

tapi rasenya majoriti jawapannya ialah : PEREMPUAN
tapi ade jugak lelaki yang merajuk...yelah..
diorang pun manusia biasa yang dianugerahkan perasaan kan ?

antara sebab lelaki merajuk :

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.

tapi ade jugak merajuk sebab
lambat bukak pintu bila dia balik rumah...

sebab dia bercerita ..tapi kita buat macam tak berapa nak layan ...
"dia nak kita duduk layan cerita dia yang kadang-kadang tak kena ngan jiwa wanita nih..dahtu kerja rumah banyak plak tu..nak lipat kain, basuh pinggan lagi...." hish PhotobucketPhotobucket....

sebab dia konon macam tolong kita...sekali apa yang dia buat rupanya menambah kerja kita..lalu orang sedang kelam kabut akan cakap " You jgan la buat air tu ...abis tumpah milo sume..biar ai buat karang ...you pi dok tengok tv "
terus majuk....sentap ..buat muke moncong yang sgt chomel.....hahahahhahahaha



jadi ni antara tips untuk pujuk...
sumber

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.


2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

rasanya no.1 dan 2 ni the best solution ....

3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))

alolollolololo...meh tomei..tomei..mucuk2.....
sorry la ai tak sengaja termarah you la cayunk ...
gna ayat ni sure trus baik taw ...hahahha


4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
aduh..tips ni tak koser jugak nak buatnya ...tambaha2 suara buluh betung cam ai nih , kalau suara sedap macam Dato' siti sure ai nyanyikan taw...PhotobucketPhotobucket

Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.kadang-kadang tu bukan merajuk betul sangat pun...merajuk manja-manja je tu ...
jadi

Selamat memujuk ....





gambar lucah dan cari jodoh Indonesia

السلام عليكم
Bismillah

tadi godek-godek statistikkat blog tu ...
sekali ...nah kau ...
benda pelik2 plak yang dicarinya kat blog ai nih..haiyakkkk
kalau blog Lya colors dicarinya seksi meksi,
blog cheqna plak cari pengalaman rogol??? hahahah
blog ai pulak ade ke patut cari gambar luzahhh???
harus lah tak de ...hahahahha


pastu ade pulak yang nak cari jodoh Indonesia?
aiseyyy..jgn la cari jodoh kat sini dong...
kat sini bukan agensi cari jodoh donggg...hihihihi
kalau nak cari jodoh pi register kat sini





Karak -----> Cerita Seram


Bismillah.....

salam khamisssss....
kali ni betul-betul nak cerita seram..
bukan seram-seram kuku punya ....
ni kisah benar #semata-mata# benar-benar# belaka

kejadian berlaku pada :

15 September ---> cerita lama baru teringat nak cerita ..huhu
16 September tu Jumaat kan?...kita cuti Malaysia ...
kiranya kejadian ni berlaku malam khamis arrr...
lokasi : Karak Highway

malam rabu tu Tuan John ajak balik Bentong ...kampung dia
almaklumlah cuti 3 hari kan ?
so...ai on jelah kan...pastu Tuan John cakap lagi ..
Tn.John : kita ride lah balik ni!!
Mdm.Mawar : hah? Ride? jauh gak tu???
Tn.John : Baru thrill...

Mdm.Mawar : yolah...yolah...

hish..susah jugak dapat laki yang berjiwa riders sejati nih..hahahhaha

jadinya hari tu pegi offie bawak la baju sume ....
ptg tu hujan macam renyai2...tapi Tuan John nak redah je ...
jadi kami berdua pun ride la balik kampung...
bertolak dari Jalan Duta jam 6.30 p.m
lebih kurang 7.30 sampai di R&R bukit tinggi yek? yang ada McD tu?
ala..R&R yang tulah..yang paling besar kot sblom sampai bentong....
kami stop kat situ makan McD dulu..huhu
masa tu dah gelap..dah malam ...

takot tu memang ada ...gelap kot jalan tu malam2...kereta plak laju2..
pastu Tuan john plak pasang lah lampu extra kat belakang moto tu untuk langkah keselamatan...


lampu ni lah..lampu pakai bateri ...
lampu ni kita picit baru nyala..tak picit tak nyala..
Tuan John pasang 2 bijik di kanan dan kiri motor..
yang kiri dibiarkan nyala statik..dan yang kanan berkelip-kelip ...
kata dia extra signal lah kiranya kalau nak memotong

pastu kami pun gerak la bertemankan hujan renya-renyai ....
pastu kan ..dalam setengah jam perjalanan tu ...
aku ni saje la try pandang lampu kat bawah yang Tuan John pasang tadi tu ....

huh...jantung aku mula ar berdebar-debar ...
bulu roma pun meremang jerp...
alamak..nyesal pun ada..
yang gatal pi tengok tu knapa laaaaa...

tau tak apa jadi?
lampu yang tadi nya berkelip sebelah kanan dan tak berkelip...jadi statik je ..
lampu belah kiri yang tadinya nyala statik dah berkelip-kelip pulak?
hish....main-main lampu plak dia...
serius rasa cam seramm je ...

Sejak kejadian tu ...terus cakap kat Tuan John..
dah..tamo balik kampung ride lagidah ..
kalau balik kampung baik kita naik kuda kepang ..ops...hahahha







Menghantui....grrrrrrrr..grrrrrrr


Bismillah
selamat petangggg~

aduyai...macmmana ni...
sekarang ni asyik la dihantui dengan benda alah ni ...
lagi gerun dari pocong....
kak Ponti pun kalah...
seriussssskak ponti nih...malu2 kucen palk..sorok muke dia ...huhu


sebab...bila duduk diam je asyik terbayang-bayang ..
mengalahkan orang gila bayang taw !!

terbayangkan Tuan John pun tak teruk macam nih...
hahaha**statement tak boleh bla...matilahhhhh**
bila duduk kat meja office ni...
rasa resah gelisah ...
asyik ternampak-nampak benda yang menghantui tu ..
...
nak tau benda apa?

dah bersedia? yang lemah semangat jgn tengok....
karang pitam .....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaaaa..... nihah
berantu betul...
dah dua balang habis kena bedal...hahahah
gila kuat makan....bukan apa...
krup kraaappp..kruupp..krappp..
tengok2 dah abis ....syahdu gila makan benda nih

tuh ade lagi satu...nyorok kat belakang...
kalau ade kat meja nih..jawabnya ??
abis lah semuanya terkorbannnnn....hahahhaha






Sorry uolsss..propa je lebih tau ....

#Wordless Wednesday 2











lolipop kulum-kulum


Bismillah...

bosannya harini...
termenung dan menenung kesana-kemari...
tenung tajam...tenung tumpul...
semua dah.....
tenung jam...
tenung bekas kudap yang tinggal serdak ....
tenung kuku yang tak berapa nak panjang..
tenung papan aktiviti harian bos...
semua nampak kosong je ...
haish....apekah?

nampaknya virus M berangkai mula menyelinap ....hahah
tu yang mata nampak kosong jerp Photobucket
Malas,
Mengantuk
Menguap
Melentok ...

haishhh....
keje ada...tapi buat sikit ...stop...buat sikit stop..
bagaikan "lalang dipijak gajah"...
peribahasa apakah? arghh...lantak ...
janji maksudnya sampai....
bila lalang kna pijak dek gajah...
susah sgt dah lalang tu nak tegak balik ....
macam mata aku sekarang nih asyik nak terkatup je....Ngeeeeee PhotobucketPhotobucket

dulu masa dok asrama ....selalu jugak study sampai lewat malam ...
tapi exam tak la excellent mana pon Photobucket
mengantuk jugak la ....tapi masa tu kat asrama kami budak-budak asrama
ada satu tabiat ....kalau study lewat malam ...
suka#sangat#kulum#cekelat#lollipop#

kalau #pak cik Bai datang misti kami borong banyak2...
konon cam boleh hilangkan ngantuk la dok nyot-nyot cekelat lollipop tu ...
pastu ...budak-budak nih bajet kiut la termoncong-moncong batang cekelat lollipop tu terkuar dari molot ...tambah-tambah budak lelaki asrama astra...depa memang suka sgt benda alah lollipop nih...

o.k..now ai dah mengantuk..mana nak cari benda alah lollipop tu kat office nih?
nak cepattt...nak lollipop...
sebelum muka ni tersembam kat meja opis...


gambar bersama macaroons...cerita lolipop kuar gambar macaroon pulak ? hentam sajalah ..
nak mengaku sikit ni.... aku tak pernah pun lagi makan menda alah macaroons ni sebenarnya ..
eksen je...hahahahhah
tapi #Tuan John cakap tak sedap...dia makan kat opis... bos dia bagi ...
jadi....aku yang lagak macam budak 5 tahun ni ...

angguk-angguk kepala buat-buat percaya la bila dia cakap tak sedap ...
smilesmile
hahahahhaha......
abaikan gambar yang macam "lalang dipijak gajah ini"

tapi ada orang cakap memang tak sedap kot benda ni? manis ye??








Kuala Gandah Elephant Sanctuary

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Hai Korang ...gigih mokcik curi masa nak hapdet cerita kali ni #suscuba hihihi  takut terlepas d...