#misikurus

Bismillah ....

#misikurus 
#tapikuruske?
#dietkelaut 
#harapistiqomah 

gitu hastag dia bukan main ko kan 
harap-harap tak la kecundang ditengah jalan 


#gengmaakanchingoo

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 Salam....

lama rasanya tak cerita aktiviti masak-makan kat ofis
yela bulan romadhon yang mulia takkan nak buat hal masak-makan kat ofis pulak kan
hahahha...x sanggup hakak nak naik van jenazah dari ofis ni



jalan makan jalan makan...


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

jom lah move on dari cerita gajah tu
asal bukak je blog masih gambar Gajah kan ? keh..keh ..sorry
Tn.Blog pun kecik sikit aje dr anak gajah itu ..hahaha
ni la penyebab nya kome..
asyik la menjongket kesana kemari makan itu ini
mana la tak #hakaksadokauado

Kuala Gandah Elephant Sanctuary

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Hai Korang ...gigih mokcik curi masa nak hapdet cerita kali ni #suscuba hihihi 
takut terlepas date pun ye jugak..saje nak share ngan korang 
haritu kami ada la jalan-jalan tak de kerja ke  Kuala Gandah 

bertolak pagi singgah To'ki makan lemang pastu dah xde aktiviti 
jadi try la bodek Tn.John tu ajak pergi sana nak tengok baby elephant katanya 
 (bajet comel ke ajak tgk baby elephant?) hihihi
pasrah ajee laki hakak tu 
skali dia cakap o.k lah ..jommm 
nasib baik tak terlompat bintang kat kedai To'ki tu kalau tak habislaah bisnes dia 
hahahhaha 

Perjalanan dua roda ke utara tanah air

 Bismillah 

Alkisah tersebut lah kisah ...thoibbbbb 
hahahha
pada hari raya ke empat  hari Khamis 29 Jun 2017
kami dah booring melepak dirumah 
sepanjang bulan Ramadhan Tn.John telah memberhentikan aktiviti ride 
jadi bila dah raya haruslah tapak tangan dia gatal nak pulas throttle

Aidilfitri 2017 - 25 Jun 2017

Bismillah 

Maafkanlah tuan blog yang bagaikan siput tua mengupdate blog 
dah la lambat pastu terkedek-kedek..hahahha 
enjin nak panas tu lambat 
kadang-kadang dah edit combine gambar nak menaip tu rasa berat pulak jari-jemari ni 
haishhh 

baiklah ...dari kecik lagi setiap kali hari Raya Aidilfitri mahupun Raya Aidiladha 
Mak ayah saya memang ajar macam ni 
bangun awal pagi dan mandi sunat Aidilfitri dulu ....dan memang ikut turutan macam kat bawah 


Niat mandi sunat Aildilfitri 

نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى 
NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI SUNNATALLILAHI TAA’LA
 “Sahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah S.W.T. Taa’la”. 

 Antara perkara sunat hari raya Aidilfitri adalah seperti berikut : 
 ✹ Mandi Sunat Hari Raya
 ✹ Pakai pakaian yang terbaik 
✹ Makan sedikit sebelum keluar ke masjid 
✹ Menunaikan solat sunat Aidilfitri 
✹ Mendengar khutbah raya 
✹ Pergi balik masjid melalui jalan berbeza 
✹ Mengucapkan ucapan hari raya

lepas solat Aidilfitri kami berkumpul kat rumah bersalam mohon maaf semua 
kemudian baru lah beraya rumah saudara mara 
memandangkan tahun ni saya raya asing ngan Tn.John 
mudah la saya nak bergerak beraya sampai malam...hehhhehhehe 

kalau dia ada bukan tak boleh...
tapi dia tak berapa gemar berjalan beraya rumah saudara mara ni 
segan katanya ..pffffffffftttttttttt -___- 
rumah yang dekat-dekat je dia 
selebihnya dia nak duduk kat rumah layan movie ..haha adoiyai 
setahun sekali je ni banggg oiii ... 

gambar family tanpa Tn.John :(


throwback Ramadhan 2017

Bismillah.....

kita buat entry trobek aje lah...
masa bulan puasa hari tu weekend pun kami lepak KL je..aktiviti ride dihentikan 
penat kan ride bulan puasa ..panas pulak tu 
jadi kita jenjalan kat mall jelah...