:: INI bukan gambar LUCAH o.k......


bismillah ...
salam selasa...
ape khabar korang ? chat ke ?kalo tak sihat pg la ambik MC ye....
kalo sihat jangan pi ambik MC plak ...huhuhu

amboi..terbeliak mate ye...
eh...aku tak letak gambar lucah o.k...
ni gambar keajaiban alam semesta
kagum kan ? Subhanallah..........

gambar ini dipercayai diperolehi di
Indonesia kalau tak salah aku latapi nampak poster yang tertempek kat batu tu
macam lambang salah sebuah parti kat malaysia kan?
mmm...konfius plak dah ni ...huhu




" penduduk di kawasan sekitar percaya bahwa air yang keluar dari batu yang berbentuk kelamin itu boleh memudahkan untuk mendapatkan jodoh atau keturunan...

bahkan pengunjung yang datang kesitu tak segan-segan untuk terus meminum air yang keluar tanpa proses apa2... "

UPDATE !!

setelah di google2....aku dah tau kat mane tempat nye ni ...Disebuah pulau di Provinsi Jawa Timur, yang terletak di timur pulau madura, ada sebuah pulau kecil yang di kenal sebagai pulau Kanegan.












korang kalo ade sesape yang nak cepat dapat jodoh ?
boleh la try pegi cari tempat ni ...huhuhu...
wallahhualam...



Terharu beb...huhuhu


Bismillah ...
terharu ar..tak sangka cepat sungguh mase berlalu
hari tu baru je pergi majlis Pertunangan diorang ...
nak tengok klik disini
ni dah pun selamat berkahwin ....huhuhu

Tahniah la korang ye ..
semoga berkekalan dan bahagia ke anak cucu

kalau nak tengok gambar diorang yang lain klik disini


PERINGATAN !!!
kawan-kawan sume....
tolong jangan tanyakan saya pasal kawen tao?
sebab soalan anda boleh mengakibatkan
saya terkena sawan tarik dan demam kura-kura berpanjangan ...huhuhu

Kesian saye ...Ngeeeeeeee








Contoh Surat Penafian Saman


Bismillah....
aduyai...pepagi ni rase cam pening-pening lalat je....
baru je selesai draft surat
surat Penafian Saman ayahanda ku ....

dulu aku pernah bgtau pasal saman halangan lalu lintas
yang dihantar pada ayah aku sedangkan beliau tidak pernah pun
memandu kenderaan ke Kuala Lumpur
tapi saman yang dikeluarkan beralamat di KL

kalo nak bace balik rujuk disini


so ni lah contoh surat yang telah aku draftkan ...
rase cam o.k la kot ....belasah je ..huhuh


Nama………………………….
Alamat…………………………
…………………………………
…………………………………
Tarikh : 25 November 2010

Ketua Trafik Pasukan,
Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur

Tuan,

NOTIS SAMAN …………………..

Dengan hormatnya merujuk kepada notis saman No.Rujukan ……………….diatas kesalahan halangan lalu lintas bagi kereta bernombor pendaftaran …………di jalan Jaya 33 pada 02 September 2009 jam 08:16:00.

2. Sehubungan dengan itu, disini saya ingin membuat penafian bahawa kenderaan yang dirujuk dengan aduan kesalahan tersebut adalah bukan kenderaan milik saya yang bernombor pendaftaran ………..jenis ………..bewarna……... Ini adalah kerana kenderaan tersebut tidak pernah digunakan diluar kawasan negeri Perak, Ia hanya digunakan disekitar kawasan kediaman saya beralamat seperti diatas setelah kenderaan tersebut menjadi milik saya sejak………… .

3. Untuk makluman pihak tuan juga, saya tidak pernah memandu kenderaan ke Kuala Lumpur dan tidak tahu dimana terletaknya kawasan Jaya 33 yang dimaksudkan didalam notis saman pihak tuan. Oleh sebab yang demikian, saya ingin mengesahkan bahawa kenderaan milik saya tidak terlibat dengan duan kesalahan ini dan ianya merujuk kepada kenderaan milik orang lain. Disini saya ingin memohon pihak tuan membuat siasatan lanjut berkenaan perkara ini seterusnya menarik balik saman ini.

4. Bersama ini disertakan salinan Sijil Pendaftaran kenderaan ……………dan notis saman bernombor ………..bertarikh ………..untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.




Sekian, terima kasih.



(…………………………….)
(I/C No )









mana hilangnya Miraj ??? .......

Bismillah...

Salam,
fuhhh...fuhhhh...banyak pulak sawang kat sini ..
ish...ish..ish .......
ahax...lame jugak tak update belog...
(bukan lame jugak..tapi memang dah lame la kiranya)

tau tak..hari tu mase balik kampung (Raya haji)
ade satu berita sedih....huk..huk...

Kucing kesayangan kami
Namanya Miraj
(ayah aku panggil GARAJ sebaba suke tido dalam garaj kete )
huhuhu...ade ke patut ???....haishmase aku balik haritu.....Miraj dah tak de ....
"Miraj.....Miraj....."
sunyi je...dah tak de yang menerpa datang ....
bila goncang bekas makanan dia pun dah tak de
lagi yang mengiau-ngiau ...huk..huk...sedih

kata ayah ku
mungkin diambil orang sebab kalau mati misti jumpa jasadnya
tapi ni satu bulu pun tarak .....kesian adik2 aku ...
da tak de kucing ..

gambar kenangan bersama Miraj di pagi Aidilfitri 2010









walaupun bukan lah kucing berbulu panjang ....
cume kucing biasa ....namun dia istimewa pada kami .... T___T

Kuala Gandah Elephant Sanctuary

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Hai Korang ...gigih mokcik curi masa nak hapdet cerita kali ni #suscuba hihihi  takut terlepas d...