TeLeFon BimBit....

Ni Hp Aku .......Sony Ericson W890i

Ni Hp By ....Sony Ericson G705



PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Kebanyakan penjual telefon bimbit di bekalkan dengan ilmu berikut. Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya:

1) NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit, cuba dail nombor kecemasan 112 . boleh terus didail walaupun pd Keypad lock mode.

2) KERETA TERKUNCI


Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera (alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta mereka ambil kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm (satu kaki) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya. Tapi telefon bimbit anda juga turut terkunci di dalam kereta, tak dapek den tolong doh. Cuba pinjam telefon sahabat dan cuba cara disyorkan.


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau padam sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# '. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

4) TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera diskrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya. Ilmu yang bermenafaat adalah ilmu yang dapat membantu manusia lain mengatasi masalah yang mereka hadapi. Ilmu di atas di kongsi oleh pakar pereka dan pembuat telefon. Jika mana-mana langkah di atas tidak berfungsi pada sesetengah telefon, di harap jangan pula mencemuh pengirim e-mail ini. Kerana ubat pun kadang-kadang tak sesuai dengan sesetengah pesakit dan tidak semua rawatan doktor membantu pesakit.



Selamat mencuba.

No comments: