Update banjir surut air membawa duka

Bismillah ....

hari sabtu ahad lepas saya balik ke kampung ...
bila tanya mak ayah katanya banjir dah kering ...
kami punbalik la tengok apa yang patut buat ...
banjir tahun ni memang paling dahsyat sejak 32 tahun hidup saya 
air sampai paras dada..
memang la tak seteruk banjir dan Kelantan dan Johor dulu 
aor sampai tenggelam bumbung subhanallah lagi la hebat dugaan diorang 



 ni kedaan banjir kat rumah saya...masa ni air dah surut sikit 
sebelum ni air kat luar paras pinggang dalam rumah paras peha 
habis barang almari, sofa, kabinet , rak pinggan mangkuk semua rosak 
yang besi habis berkarat yang katu habis mereput 
kali ni mangsa banjir terpaksa pindah selama 21 hari 
21 hari terendam pintu rumah pun kembang 
lantai pecah mendap 

 masa saya balik nasib baiklah IKRAM perak datang bantu
diorang datang cuci rumah 
alhamdulillah terima kasih sangat 
kalau tak...memang jenuh la kami nak alihkan barang-barang keluar 
dengan katil semua dah rosak 
almari berat-berat 
terima kasih sangat ...memang sangat membantu 
gambar ni pun ambil kat FB diorang 
sya bali kampung langsung x ambil pun gambar 
tak terfikir da bab tu 
fikir apa nak buat aje untuk bagi keselesaan balik kat family 

 saya balik rumah terkesima pun ada 
macam total semua rosak 
dengan bau hanyir minyak sawit 
lumpur...nak tido pun berbau hanyir 
mcmmana la diorang yg kat sana nak hadap semua ni 


saya berharap ada la sesuatu yang akan dilakukan untuk kampung kami ni 
tolonglah besarkan parit perbaiki sistem perparitan tu atau buat lah apa-apa je 
kami pun bukannya orang senang ...
orang kampung je... bila jadi macam ni memang rasa susah la 
barang rumah semua rosak 
nak beli baru ? hurrrmmmm 
ambil masa
dah bertahun-tahun kami hadap banjir ni ..cuma antara besar atau tak je 
dan kali ni memang habis semua 




alhamdulillah kucing-kucing semua survive 
cuma kurus sikit la makan kurang 
huhu 

sekian coretan hati ..huhu 



Kahwin tu best ke?

Bismillah...

pagi-pagi macam ni tak busy sangat jadi rasa nak borak kosong 
saya ada ramai juga kawan yang bujang yang masih adik-adik 
soalan best ke dah kawen tu biasa 
tapi bila umur dah tua ni rasa janggal dan kelakar jugak bila tanya macam tu 
lainlah kalau masa baru-baru kawen dulu 
haha 
sebab bila dah nak masuk 7 tahun ni jawapan akan berbeza 
beza kalau tanya masa baru seminggu dua kawen 
bukan sebab berubah hati ke apa ? haish bukan ...bukan ye 
tapi sebab perjalanan hidup yang panjang berdua tu




banyak kot kita baca, tengok kes rumah tangga orang 
kahwin setahun dua - anak sorang dah bercerai-berai 
isteri kena pukul, isteri tanggung rumah tangga , isteri cari lelaki lain ...
eh macam -macam pelik-pelik lahh... 
nak-nak kalau baca kat FB KRT tu ...saya tak berapa gemar sgt 
baca boleh, tapi tolong jangan terpengaruh 
sebab apa ? kat situ jawapan pun semua dari orang biasa je...keyboard warrior 
diorang pun tak tau apa masalah sebenar orang tu ...dan dengar dari sebelah pihak je 
banyak yang komen negatif tanpa tengok dari sudut lain 

Being single was not the dominating reality of my Life until others makes you aware of it

apa yang hakak boleh cakap pada adik-adik tersayang : 

sila jangan peduli kalau orang asyik tanya bila nak kawen! ni memang pressure 
tapi pls don't take it serius sebab takut terdesak,
terpaksa akhirnya terburu-buru buat pilihan 
yang menanggung seumr hidup KITA, 
bukan orang yang asyik tanya bila nak kawen tu..
diorang tetap dengan hobi 'ambil berat tu' dan terus menerus tanya bila nak ada baby pulak ....
bila nak tambah baby lagi
  dan akhirnya buat kita rasa nak tanya bila kau nak mati? EH.......Oppss 

Buatlah pilihan yang sebaik-baik pilihan, kemudian doalah banyak-banyak
supaya dapat petunjuk calon yang terbaik...bila dah pilih kena yakin 
tu lah pilihan terbaik yang Allah dah tentukan..kalau ada kekurangan pada pilihan tu cermin balik diri sendiri... kita ni perfect sangat ke ? elok sgt ?
 tak dak cacat cela? baik dr rupa perangai dan cara hidup ...
pendek kata tengok dari semua segi 

belajar terima kekurangan orang lain dan belajar untuk faham pasangan 
kalau kita tak boleh terima kekurangan orang jangan la aspect yg orang akan faham kita ...
jangan asyik nak menang je ...sekali-sekala kena beralah 
beralah tak bererti kalah tapi sebab tak nak memanjangkan masalah 
walaupun kau beruntung dapat suami yang ikut je kehendak kau
walaupun terpaksa....percayalah sekali sekala bila kau mengalah dia akan rasa lebih dihargai
dan kalau kau asyik nak dia ikut cakap kau walaupun dia ikut
namun jauh kat sudut hati dia kau tak tau yang dia sebenarnya
makan hati berulam pegaga ....huhuhu cuma dia nak jaga hati kau je
jangan sampai suatu hari dia meletop kebabom....
masa tu apa pun dah tak guna ....

kita lebih faham apa yang kita dan pasangan alami dan 
kita tak boleh dengar cakap-cakap orang ...
sebab orang yang bercakap tu tak tahu apa yang sebenarnya berlaku......
cuma lontarkan pandangan sendiri tanpa tahu apa masalah dalam hubungan kita 
susah senang kita dua je yg tahu!

elakkan buat benda yang pasangan kita tak suka 
kalau nak pasangan kita tak buat benda yang kita pun tak suka,
 melainkan kau memang jenis suka cari pasal ...
walaupun kita rasa benda tu tak salah, tak berdosa 
tapi dia tak suka ...so jangan buat 

A good marriage would be between a blind wife and a deaf husband. Michel de Montaigne

pada saya kahwin tu bukan kira best ke tak best ...
sebab ada yang best ada yang kurang best 
dan best ke tak tu PILIHAN KITA 
kalau kita nak buat jadi best ...best la dia 
kalau kita creat masalah asyik tak puas hati itu dan ini tak best la jadi nya 

Best nya ada kawan selalu, pergi mana semua berdua 
susah senang ada berdua .......

yang tak best ni akan rasa tak best kalau kau tak redha
jadi siapkan diri bila rasa nak kahwin tu bersedialah untuk : 

sediakan makan pakai suami , ikut arahan-arahan dia, 
bersedia untuk tidak boleh buat sesuka hati, kemana-mana sesuka hati 

bersedia untuk tak boleh tido diwaktu sesuka hati ..hahahha sadis 
kalau masa bujang ko boleh tido siang ...bila kau dah kawen belum tentu ye 
tido malam pun klau biasa tido pukul 10.00 
bila kau dah kawen buatnya ajak teman tengok TV sampai pagi? 
acaner ? ..koff..koff...koffff
tu belum kira dah ada anak ? lagiiiiiilah totally change

Kalau sebelum kawen ko rasa perangai dia lain...tu biasa...
Kena lah terima takkan selamanya dia x jadi diri sendiri? Asyik nk berpura-pura.

It is not a lack of love, but a lack of friendship that makes unhappy marriages. 
 Friedrich Nietzsche

bersedia untuk share gaji bersama-sama (kalau tak nak carilah suami kaya ye!) 
kalau tak kau memang kena belajar bertolak ansur dan membantu 
bukan nak cakap apa ...mmg sebelum kawen "duit bukan segalanya" 
nanti dah kawen kena bantu suami ko amukkan pulak 
cakap gaji aku, gaji aku....gaji kau gaji aku 
tak boleh macam tu...

kau kena bersedia terima keluarga dia ...baik buruk keluarga dia 
 mak ayah yang membesarkan dia, adik beradik dan saudara-mara yang membesar bersama dia 
kita ni baru je masuk dalam hidup dia..jangan lah nak kongkong dia 
bagi la ruang sikit...kalau parents dia tak de , dia pun tak wujud untuk kita 
selagi mak ayah dia ada biarlah dia berbakti untuk diorang 

setakat ni tu jelah nasihat dan pandangan hakak ni
pandangan orang yang kahwin lagi lama mungkin lagi bernas dan lebih membantu  
kalau yang baik boleh ambil buat teladan ye 
kalau yang buruk, ambil lah buat sempadan ..


Sekian. 





  



Lucky draw

Bismillah...

Hai apa khabar ? minggu yang malas pada saya..huhu 
orang cuti lama patut kena la semangat selepas cuti lama kan? 
iolsss? is harapan ..sama je ...jenuh seru mood nak keje tu ...hahahha 
aduiyai kena torture diri sendiri 
"kalau ko malas, beratus lagi orang kat luar sana yang tak de kerja 
dan nak kan kerja kau ! Okbai hahhahaa
terus seret kaki pergi opis ...pppffffffffffttttttt 

bagi tips sikit nak semangat ke ofis? korang pekerja cemerlang kannn
cer bagi tips sikit ...
jarang kot terbaca cakap malas nak pergi kerja? bagi la tips sikit? 
less motivated betul la saya ni ....ish..ishh
Lya colors pun rajin kerja...yang selalu ditulis...malas nak update blog...hahaha :P 
satu punca yang saya dapat detect vitamin M ni 
sebab bukan minat saya kot buat kerja sekarang 
sebab tu la booring.....
tapi xpe la niat kena betul, nak kerja dan cari rezeki yang halal o.k 

suka beno intro panjang-panjang tajuk belum sentuh lagi ..ohhh sorry 
hari tu ada la join contest Jom Minta Resit GST 
Alhamdulillah ada rezeki saya kat situ ...

mula boleh terjoin sebab minah ni lah 
join lah apa pun jarang tak lucky ...ntah apa amalan dia pun tak tau lah...haha 
teman dia pergi ambil hadiah voucher RM 200 dekat Kastam 

siapa nak bagi RM 200 kan? banyak tu 
terus semangat kumpul resit setiap kali shopping...inspire betul 
siap pesan kat Tn.John "jangan nak buang-buang resit ek kalau beli pape!"
pergh bini gangster ke apa pesan camtu kat suami? hahaha 
berbunyi amaran di situ ..pppffffttttttt
yela bukan selalu pun sy nak shopping ni ...so kna la minta Tn.John bagi kerjasama sikit 
baru wonder pet ! apa yang penting? KERJASAMA...hihihi 
hoiii...dah 32 tahun tak payah nak berwonder pet sangat lah kan ...koh..koh..koh 

 Alhamdulillah...saya dapat yang bulan November punya lucky draw 
ingat dah tak dapat ..Mc Leen dapat bulan July 16.....Sept 16 ada Puan F dapat phone 
o.k jeles....hahhaa xpe...xpe teruskan usaha 
kumpul resit, snap kat apps thru phone simpan resit tu 
akhirnya dapat! 
dan resit yang bertuah tu ialah resit Tn.John ye
dia beli apa dah tak ingat ..hihihi
gigih la ajak Mc Leen pergi Kastam
ingatkan dapat barang terus ...ohno! dapat voucher je..
barang sila gigih sekali lagi pergi ambil kat Senheng atau Sen Q 

nilah rupa voucher tu ........
 apa yang saya dapat ? 
ni ha kat bawah ni 

tapi masa pergi sana, dia cakap boleh tukar barang lain kalau nak 
boleh tambah duit dan tukar barang lain 
jadi bila dah bincang-bincang ngan Tn.John 
kami pilih ambil barang seperti kat bawah ni 

Alhamdulillah...kita buat persiapan sikit untuk rumah baru nanti
kita simpan dulu ...beli barang apa yang patut sikit-sikit 

sekian