Kahwin tu best ke?

Bismillah...

pagi-pagi macam ni tak busy sangat jadi rasa nak borak kosong 
saya ada ramai juga kawan yang bujang yang masih adik-adik 
soalan best ke dah kawen tu biasa 
tapi bila umur dah tua ni rasa janggal dan kelakar jugak bila tanya macam tu 
lainlah kalau masa baru-baru kawen dulu 
haha 
sebab bila dah nak masuk 7 tahun ni jawapan akan berbeza 
beza kalau tanya masa baru seminggu dua kawen 
bukan sebab berubah hati ke apa ? haish bukan ...bukan ye 
tapi sebab perjalanan hidup yang panjang berdua tu




banyak kot kita baca, tengok kes rumah tangga orang 
kahwin setahun dua - anak sorang dah bercerai-berai 
isteri kena pukul, isteri tanggung rumah tangga , isteri cari lelaki lain ...
eh macam -macam pelik-pelik lahh... 
nak-nak kalau baca kat FB KRT tu ...saya tak berapa gemar sgt 
baca boleh, tapi tolong jangan terpengaruh 
sebab apa ? kat situ jawapan pun semua dari orang biasa je...keyboard warrior 
diorang pun tak tau apa masalah sebenar orang tu ...dan dengar dari sebelah pihak je 
banyak yang komen negatif tanpa tengok dari sudut lain 

Being single was not the dominating reality of my Life until others makes you aware of it

apa yang hakak boleh cakap pada adik-adik tersayang : 

sila jangan peduli kalau orang asyik tanya bila nak kawen! ni memang pressure 
tapi pls don't take it serius sebab takut terdesak,
terpaksa akhirnya terburu-buru buat pilihan 
yang menanggung seumr hidup KITA, 
bukan orang yang asyik tanya bila nak kawen tu..
diorang tetap dengan hobi 'ambil berat tu' dan terus menerus tanya bila nak ada baby pulak ....
bila nak tambah baby lagi
  dan akhirnya buat kita rasa nak tanya bila kau nak mati? EH.......Oppss 

Buatlah pilihan yang sebaik-baik pilihan, kemudian doalah banyak-banyak
supaya dapat petunjuk calon yang terbaik...bila dah pilih kena yakin 
tu lah pilihan terbaik yang Allah dah tentukan..kalau ada kekurangan pada pilihan tu cermin balik diri sendiri... kita ni perfect sangat ke ? elok sgt ?
 tak dak cacat cela? baik dr rupa perangai dan cara hidup ...
pendek kata tengok dari semua segi 

belajar terima kekurangan orang lain dan belajar untuk faham pasangan 
kalau kita tak boleh terima kekurangan orang jangan la aspect yg orang akan faham kita ...
jangan asyik nak menang je ...sekali-sekala kena beralah 
beralah tak bererti kalah tapi sebab tak nak memanjangkan masalah 
walaupun kau beruntung dapat suami yang ikut je kehendak kau
walaupun terpaksa....percayalah sekali sekala bila kau mengalah dia akan rasa lebih dihargai
dan kalau kau asyik nak dia ikut cakap kau walaupun dia ikut
namun jauh kat sudut hati dia kau tak tau yang dia sebenarnya
makan hati berulam pegaga ....huhuhu cuma dia nak jaga hati kau je
jangan sampai suatu hari dia meletop kebabom....
masa tu apa pun dah tak guna ....

kita lebih faham apa yang kita dan pasangan alami dan 
kita tak boleh dengar cakap-cakap orang ...
sebab orang yang bercakap tu tak tahu apa yang sebenarnya berlaku......
cuma lontarkan pandangan sendiri tanpa tahu apa masalah dalam hubungan kita 
susah senang kita dua je yg tahu!

elakkan buat benda yang pasangan kita tak suka 
kalau nak pasangan kita tak buat benda yang kita pun tak suka,
 melainkan kau memang jenis suka cari pasal ...
walaupun kita rasa benda tu tak salah, tak berdosa 
tapi dia tak suka ...so jangan buat 

A good marriage would be between a blind wife and a deaf husband. Michel de Montaigne

pada saya kahwin tu bukan kira best ke tak best ...
sebab ada yang best ada yang kurang best 
dan best ke tak tu PILIHAN KITA 
kalau kita nak buat jadi best ...best la dia 
kalau kita creat masalah asyik tak puas hati itu dan ini tak best la jadi nya 

Best nya ada kawan selalu, pergi mana semua berdua 
susah senang ada berdua .......

yang tak best ni akan rasa tak best kalau kau tak redha
jadi siapkan diri bila rasa nak kahwin tu bersedialah untuk : 

sediakan makan pakai suami , ikut arahan-arahan dia, 
bersedia untuk tidak boleh buat sesuka hati, kemana-mana sesuka hati 

bersedia untuk tak boleh tido diwaktu sesuka hati ..hahahha sadis 
kalau masa bujang ko boleh tido siang ...bila kau dah kawen belum tentu ye 
tido malam pun klau biasa tido pukul 10.00 
bila kau dah kawen buatnya ajak teman tengok TV sampai pagi? 
acaner ? ..koff..koff...koffff
tu belum kira dah ada anak ? lagiiiiiilah totally change

Kalau sebelum kawen ko rasa perangai dia lain...tu biasa...
Kena lah terima takkan selamanya dia x jadi diri sendiri? Asyik nk berpura-pura.

It is not a lack of love, but a lack of friendship that makes unhappy marriages. 
 Friedrich Nietzsche

bersedia untuk share gaji bersama-sama (kalau tak nak carilah suami kaya ye!) 
kalau tak kau memang kena belajar bertolak ansur dan membantu 
bukan nak cakap apa ...mmg sebelum kawen "duit bukan segalanya" 
nanti dah kawen kena bantu suami ko amukkan pulak 
cakap gaji aku, gaji aku....gaji kau gaji aku 
tak boleh macam tu...

kau kena bersedia terima keluarga dia ...baik buruk keluarga dia 
 mak ayah yang membesarkan dia, adik beradik dan saudara-mara yang membesar bersama dia 
kita ni baru je masuk dalam hidup dia..jangan lah nak kongkong dia 
bagi la ruang sikit...kalau parents dia tak de , dia pun tak wujud untuk kita 
selagi mak ayah dia ada biarlah dia berbakti untuk diorang 

setakat ni tu jelah nasihat dan pandangan hakak ni
pandangan orang yang kahwin lagi lama mungkin lagi bernas dan lebih membantu  
kalau yang baik boleh ambil buat teladan ye 
kalau yang buruk, ambil lah buat sempadan ..


Sekian. 





  



2 comments:

Puan Kutu said... Reply Comment

Good entry betul perkahwinan ni 1 perkongsian..kena tolak ansur terima kelebihan kekurangan pasangan

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said... Reply Comment

bg ah kak plak, 5 tahun pertama tu adalah yg paling m'cabar. agak kerap gaduh, kdg2 disbbkn mende remeh-temeh je pun. maybe sbb dua2 xtau lg the best way utk handle anger & ego.

after 6 years, dah agak stable. sgt kurang gaduh. klu ade pon, gaduh2 manja. maybe sbb memasing dah tau ape yg nak disetelkn bile berlaku sesuatu isu.

mudah2-an, lps 10 tahun, p'kahwinan tu akn jd lebih utuh & kukuh. aminn..

ah kak bg opinion dr sudut pandang insan marhaen base on pengalaman sendirik. peace, yo! ;)