Bismillah
Maafkanlah tuan blog yang bagaikan siput tua mengupdate blog
dah la lambat pastu terkedek-kedek..hahahha
enjin nak panas tu lambat
kadang-kadang dah edit combine gambar nak menaip tu rasa berat pulak jari-jemari ni
haishhh
baiklah ...dari kecik lagi setiap kali hari Raya Aidilfitri mahupun Raya Aidiladha
Mak ayah saya memang ajar macam ni
bangun awal pagi dan mandi sunat Aidilfitri dulu ....dan memang ikut turutan macam kat bawah
Niat mandi sunat Aildilfitri
نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى
NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI SUNNATALLILAHI TAA’LA
“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah S.W.T. Taa’la”.
Antara perkara sunat hari raya Aidilfitri adalah seperti berikut :
✹ Mandi Sunat Hari Raya
✹ Pakai pakaian yang terbaik
✹ Makan sedikit sebelum keluar ke masjid
✹ Menunaikan solat sunat Aidilfitri
✹ Mendengar khutbah raya
✹ Pergi balik masjid melalui jalan berbeza
✹ Mengucapkan ucapan hari raya
lepas solat Aidilfitri kami berkumpul kat rumah bersalam mohon maaf semua
kemudian baru lah beraya rumah saudara mara
memandangkan tahun ni saya raya asing ngan Tn.John
mudah la saya nak bergerak beraya sampai malam...hehhhehhehe
kalau dia ada bukan tak boleh...
tapi dia tak berapa gemar berjalan beraya rumah saudara mara ni
segan katanya ..pffffffffftttttttttt -___-
rumah yang dekat-dekat je dia
selebihnya dia nak duduk kat rumah layan movie ..haha adoiyai
setahun sekali je ni banggg oiii ...
gambar family tanpa Tn.John :(