Bismillah
apa khabar korang ? tanya mcm ramai je reader nya? hahhaa
haritu dah upload gambar
tapi menaipnya idok juge sudahnya save as draft je la
hari ni ambik masa sikit kite cuba la habiskan satu entry
Kami bergerak untuk ke Langkawi hari selasa
30 Januari, lepas office hour kami gerak
plan nya nak kesana berdua tapi jadi berempat dan akhirnya jadi berenam pulak
ramai-ramai lagi best ...
untuk bawa motosikal ke Langkawi antara persediaannya
Book feri awal-awal ye online je
jangan nak pergi baru nak book itu nasib kau lah dapat ke idok kan ?
mula-mula cek dulu date dan masa pukul berapa feri akan bergerak
untuk feri bawa kenderaan ni bukan ada banyak trip ye
kami pergi gunakan servis kedua-dua feri dibawah
hahaha meh nak story mory
untuk feri saya, Tn.John dan Bob kami dah book Langkawi RO-RO
perjalanan pergi dan balik
tapi bila Jalil nak ikut feri RO-RO perjalanan pergi dah full uolss
sedih .....jadi saya book kan Langkawi Auto Express untuk diorang berdua
balik naik sama kami Langkawi RORO
cara nak book feri membawa kenderaan ke Langkawi
PERKARA-PERKARA PENTING YANG PERLU ANDA TAHU:
Geran - fotostat depan dan belakang.
boleh emailkan atau faxs kepada syarikat feri yang berkenaan
Sekiranya kenderaan milik syarikat/individu lain, anda perlu sertakan bersama surat kebenaran dari pemilik bersama i/c pemandu.
Sekiranya kenderaan luar negara, anda perlu ada insuran malaysia.
Untuk tempahan , tempahan awal boleh dibuat 1 bulan dari tarikh perjalanan atau selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh masuk ke langkawi.
bergantung kepada kekosongan tarikh tersebut)
Setiap kenderaan haruslah berada di holding area 2 jam sebelum feri berlepas untuk tujuan pemeriksaan kastam. jika didapati kenderaan tidak hadir dalam masa 2 jam yang telah ditetapkan, pihak kami akan membatalkan borang kenderaan tersebut secara automatik.
Setiap pembatalan borang akan dikompaun sebanyak rm50 oleh pihak kastam.
Setibanya anda di langkawi/kuala perlis, anda perlu mengesahkan perjalanan pulang anda di kaunter feri untuk memudahkan proses perjalanan pergi dan balik.
ni basic need sama je feri mana-mana pun
bila dah book online kalau Langkawi RORO just upload je detail kenderaan thru sistem
kalau Langkawi Auto Express key in ye detail kenderaan
settle payment Langkawi RORO akan hantar email confirmation
email nya begini, print attachment bawa ke kaunter masa nak check in feri
nanti dia tukar dengan boarding pass
mcm naik flight tu la kan :P :P
lupa nak cerita harga tiket ikut CC kenderaan
untuk Langkawi Auto Express....bila dah settle payment dia akan send email jugak
tapi email dia macam ni
jadi kita reply jela apa yang dia nak
makanya bermula la episod perjalanan kami sejauh 497 KM KL-Kuala Perlis
masa planning berdua cadang nak singgah tido batang kali pagi baru gerak ke perlis
pastu takut tak sempat nak tido kjap kat kat perak pagi rush ke Kuala Perlis
tapi akhirnya tak singgah tido mana-mana pun ...hahaha
tidoq koboi jaaa ekekeke
Feri Jalil dan Ti awal wei ..waduh-waduh gerak pukul 10.00 pagi
makanya kena ada kat jeti sebelum pukul 8.00 pagi ?
ko hagak sempat ke nak tido berbantal bertilam bagai ?
idok ler komeee...kakak is pasrah aje laaa
feri kami gerak pukul 1.00 tengahari dr Kuala Perlis
so rush kita kejar feri Jalil dulu
Berkumpul kat Tol Jalan Duta
Bob dan wife dari Senawang
diorang sampai settle solat semua gerak dalam 6.30pm
trus shoot direct sampai RnR Tapah
Alhamdulillah sampai Tapah stop rest kejap 30 minit
hentian berikutnya Gunung Semanggol rest 30 minit
kemudian RnR Sungai Perak kami singgah makan
dalam satu jam
kemudian berhenti hilangkan lenguh selepas plaza tol juru
shoot lagi sampai la RnR Gurun
masa ni dalam 3.00 a.m
masing-masing bateri dah low
mata dan ngantuk kita stop rehat bagi rider tido
tapi sayangnya kakak navigator tak boleh nak lelap uolsss
padahal ngantuk dan penat namatey ...hahahha
pejam je mata dengar nyamuk buat konsert
tutup telinga ngan jacket panas berpeluh-peluh pulak
damn ...hahahha mmg tak tido sampai kesudah
kami teruskan perjalanan pukul 5.30 a.m
ingat nak subuh kat tol Hutan Bandar tapi sampai situ belum masuk waktu lagi
jadi shoot sampai Changlun
stop solat kat masjid tepi jalan ...masa ni kan
akak terjumpa group Belut TV uolss....famous youtube channel diorang ni hihihi
nak snap ngan orangnya segan ...kita snap moto aje la...ini moto Bro Ajoy
kite teringin jugak nak snap pic ngan Kak Jijie tu
tapi segannnnnnnnn -______-" hahahhaha
macam takdak hidong pulak kan ..ahhaha
sebelum decide nak ke Langkawi ni
ntah berapa kali play youtube diorang ride ke Langkawi ..hahha
ntah berapa kali play youtube diorang ride ke Langkawi ..hahha
lepas ni ambik mood nak ke Thailand la pulak kot? eceyceyceh
masa date kami ke Langkawi tu diorang ke Ranong...boleh tengok kat sini
lepas settle solat kami singgah makan nasi jagung
tepi jalan je ....dalam sekilo kot dr masjid tadi
Alhamdulillah masa sampai tu elok je kedai tu buka
yeaayy ....rezeki ...lapaq dah masa ni :p
ni je rupa nasi jagung tu
simple je ....nasi kuning , gulai daging boleh pilih nak tambah teloq
nak lauk ikan ke ayam ke ...rasa dia o.k la tak la bombastik sgt
tapi ada rasa la
nila kedai Nasi Jagung Changlun tu ...tgk kat Belut TV jugak diorang singgah makan sini
hahahha terpengaruh sgt ..ceit :P
Yusof Jan Nasi Jagung ChanglunChanglun, 06010 Bukit Kayu Hitam, Kedah
Waktu perniagaan
alhamdulillah perjalanan panjang kami berjaya
sampai pada waktu yang dijangkakan
ada sikit je lagi route untuk sampai ke destinasi
mata dah rabak tapi kau mampu senyum lagi ?
hahaha nampak sgt eksaited nak pi Langkawi ye ?
padahal sebelum pergi ni macam-macam saya fikir
paling scarry kalau HUJAN ! menangis tak berlagu la uolsss...hahahha
dah la tak pernah ride semalaman
first time experience sgt
thanks to Bob, Aishah, Jalil n Tim
join pengalaman baru kami hihi
kalau berdua lagi mental koyak ni ..jauhhhh wei..hahahhaha
paling scarry kalau HUJAN ! menangis tak berlagu la uolsss...hahahha
dah la tak pernah ride semalaman
first time experience sgt
thanks to Bob, Aishah, Jalil n Tim
join pengalaman baru kami hihi
kalau berdua lagi mental koyak ni ..jauhhhh wei..hahahhaha
lepas ni kita sambung Ride to Langkawi II
hehe sekian
4 comments:
syoknya konvoi naik motor. Cici last konvoi pun pergi PD, tu pun rasa leper bontot hahah. tapi kami motor kapcai la hahaha.
tak tahu pun naik Ro Ro tu banyak benda kena buat. ingatkan beli tiket terus naik. hari tu ada jugak plan naik feri bawak kete, lepas tukar pulak. naik flight. senang hehehe
@Mommy Cici...o.k dah tu sampai PD,tapi nak sampai Perlis dari KL kebas jugak la macam dah tak de montot ...hahahha, lepasni dah boleh try bawa kereta pergi langkawi ..o.k je buat awal x la susah sgt
langkawi ro-ro ni buleh angkut kereta sekali kan?
buley kereta van pun buley tapi kena cek la harga cemana kira
Post a Comment