Perjalanan dua roda ke utara tanah air

 Bismillah 

Alkisah tersebut lah kisah ...thoibbbbb 
hahahha
pada hari raya ke empat  hari Khamis 29 Jun 2017
kami dah booring melepak dirumah 
sepanjang bulan Ramadhan Tn.John telah memberhentikan aktiviti ride 
jadi bila dah raya haruslah tapak tangan dia gatal nak pulas throttle

jadi tanpa sebarang perancangan rapi ...haha kami pun bertolak menuju ke Utara
saya ingat dia nak ride balik kampung saya kt Perak je 
so o.k laaa...sekali bila tol simpang pulai telah berlalu 
makanya tahulah saya yang kami akan terus menuju ke Utara 
perjalanan agak mencabar bilamana selepas kamunting hujan telah turun dengan lebat 
terasa bagaikan perjalanan tak direstui kami pun berhenti rehat agak lama..hahaha

basah kot nak redah hujan tu 
hampir 2 jam hujan pun berhenti ....kami terus membelah angin ke Pulau Pinang 
tapi tak singgah ke pulau pun 
cuma berhenti makan Mee udang kat Sungai Dua 

Aziz Mee Pak Ngah Mee Udang Sungai Dua
3640, Jalan Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia

Mee udang dia o.k la sedap dia ada dua pilihan 
sama ada mee udang bela atau udang laut 
yang laut mahal sikit kami try udang bela je 
pastu try jugak nasi goreng kampung 
nasi goreng kampung dia mmg terbaik baq anggg 
sedap !

masa dalam perjalanan tu baru lah google hotel mana nak stay ..ahhahah 
sabo je lahhh ...jadi kami pilih nak stay kat hotel Seri Malaysia Alor Setar je 
sebab dia kat tengah-tengah ..senang nak jalan 
lepas mandi rehat kami keluar jalan-jalan 

lepak kat Aman Sentral 
pusing-pusing tengok apa ada kat dalam Mall tu 
pastu berdepan dengan Aman Sentral tu ada Menara Alor Setar 
jom lah ambik gambo..hihi 


penat pusing mall cari nasi pulak 
nak makan dalam Mall tu ramai orang 
kami pusing-pusing naik moto senang nak ronda-ronda kan 
akhirnya singgah di 

Joned's Cafe 
Jalan Stadium, Alor Malai, 05150 Alor Setar, Kedah, Malaysia

dah kenyang makanya kami balik dan rest kat hotel 

 awal pagi lagi selepas subuh kami pusing-pusing lagi
kali ni nak ambik gambar menara Alor Setar waktu siang 
nanti kalau anak cucu cakap Menara Alor Setar 
senang nak jawab 

"Opah dah pusing dah satu loq staq tu ..hahaha padahal tak pun " 
tak caya pi bukak blog opah ...hahahha 

Menara Alor Setar 
Lebuhraya Darul Aman, 
Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, 
Kedah, Malaysia

"Orang Kedah sendiri pun ntah pernah pi ntah dakkk 
ambik gambar kat Menara ni pun tak tau laaa"


apa ayat la kat atas ni.. macam belit-belit je bunyi nya 
wakakakkaka... kalau tak faham tu anggap aje lah ayat sepintas lalu ..hihihi 



Lokasi seterusnya 

Masjid Zahir 
Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 
05150 Alor Setar, Kedah, Malaysia

subhanallah ..cantik Masjid ni 
seni bina dia tu menarik....

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah
 merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak
 di tengah-tengah bandar raya Alor Setar.
 Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana
 ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.
Masjid Zahir merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, 
dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, 
yang melambangkan lima rukun Islam.


Rumah api Tanjung chali
6, Jalan Pekan China, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 
05000 Alor Setar, Kedah, 
Malaysia


 dah puas ronda-ronda 
perut pun dah lapar...kami balik ke hotel untuk sarapan 

Hotel Seri Malaysia 
Jalan Stadium ,05150 Alor Setar City Center
Kedah , Malaysia 
04-7308737


terletak betul-betul sebelah stadium 



lepas dah kenyang makan kami checkout 
cadangnya nak terus balik ke Perak 
tapi tengok waze alahai sikit lagi je nak sampai Perlis 
rugi rasanya tak terus lagi ke atas 
lepas ni tak tau bila lagi nak kesana 

o.k lah......moh la kita ke Kuala Perlis 
setelah ride dalam satu jam kami sampai di  Kuala Perlis 




 Jeti Kuala Perlis 
nasib baik xde bawa geran motosikal kalau tak boleh pergi Langkawi 
nayyy ...huhuhuhu 
tengok ajelah dari kejauhan 

 Destinasi seterusnya 
kami memburu Harumanis 
hahaha lari laju Harumanis ni.... tu yang kena buru ...hahahah 
ko ingat Arnab ? mihmihmih 

Ladang Harum Manis,Bukit Bintang,
 Sg Batu Pahat, Kangar, Perlis

masa nak kesana tu ingat malas nak ke ladang ....
nak beli je kat mana-mana tepi jalan ke 
tapi ada seorang brother bikers ni cakap jangan beli sebarangan 
nanti yang dia bagi kita rasa tu memang harumanis 
tapi yang dia bungkus bagi kita TIPU 

baiklahhhh kami pergi ladang ye banggg 
waze la kami ke sana 
nasib baik lah waze jadi peneman setia kami sepanjang touring 

lepas makan aiskrim pulut Harumanis 
tapau 4 biji je bawa balik 
naik moto nilah nasibnya 
kalau bawa kereta mau bnyk juga nak bawak balik 
sekilo RM 26 masa hari tu boleh la harga dia 
dengar orang lain yang pernah pergi adakalanya sampai 30+ harga sekilo 

haippp....jgn mcm2 bangg...hahaha 
kenangan gmbr gadis shell ...skrg dah xde dah...huhu 


Dari Perlis kami shoot balik ke Perak 
warghhh penat nya hahahha 
kali ni just stop kat RnR je singgah makan Ramli Burger 
pastu nak teruskan perjalanan rasa lemau je 
macam nak tido je kat situ ...ahhahahhaha 

balik ke Beruas dan tido sana sampai Ahad 
tula raya Tn.John kat Beruas hahahaha 

malam sabtu along buat makan-makan sikit 
dia masak laksa mee 
heeeee
best 

tapi ni versi along laaa 
dia tambah fish cake la fish ball laaa 
sebab udang yang ada tu shomel sgt 

tak tau Laksa Mee 
try google Laksa Mee Perak 



sekian 

2 comments:

tiga lalat said...

ahkak gadis mineral yg viral tu ade lg erk? hahar2

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@tiga lalatudah tak de dah ..kenangan aje la tu ..hihi

Kuala Gandah Elephant Sanctuary

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Hai Korang ...gigih mokcik curi masa nak hapdet cerita kali ni #suscuba hihihi  takut terlepas d...