Bobba Milk Tea

Bismillah 

salam isnin uols ...
how's ur monday ? 
happy ? maka berasa beruntunglah kamu bilamana hari isnin kau boleh rasa happy dan teruja nak pergi kerja? sebab apa ? sebab tu maknanya 
kerja yang anda lakukan sekarang adalah sesuai dengan anda dan jiwa anda 

o.k kita sembang pasal boba dulu pasal mood kerja kakak cerita kat bawah la 

 sekarang ni milk tea dah banyak kan 
siap ada yang hunting 
saya tak hunting ye 
tapi kalau keluar dgn BFF i ni dia mmg suka milk tea bagai ni 
jadi o.k la kita tumpang sekaki 

1. tempat pertama Milk Tea Fav kitorang ialah Each cup ni 
sedap and addicted




 2. second place saya rasa sedap creme brulle The alley ni sedap kome 
dia punya bubble saya bagi  No 1 sebab lembut sgt sedap ! 

 tempat ketiga di hati saya 
Tiger Sugar ...sedap jugak tapi bubble dia saya x mampu nak habiskan sebab liat sikit 
tapi rasa dia not bad sedap 

 The Whale Tea ni 
o.k la tak manis sangat kalau yang suke kurang manis boleh cuba o.k 

The Koi , pada saya rasa macam cendol pun ada 
tapi ramai je yang Q nak beli ni 
bubble dia golden tapi still saya x berapa minat sebab liat 

tu je nak review milk tea yang pernah try 
...hari isnin macam ni korang ada tips tak nak semangat pergi kerja cemana ? 
share pls 

saya ? saya bersyukur ada kerja ...alhamdulillah 
but day by day selalu juga motivate diri untuk happy pergi kerja
tapi happy tu susah nak berlaku ...why? hahahaa 
selalu bagun pagi dah think positive 

o.k gogo kita kerja hari ni isnin 
makanya macam pokok bunga baru nak tumbuh pucuk semangatnya 
lepastu siap nak pergi ofis tunggu Tn.john hantar 
sekali dia hantar lambat sampai ngam-ngam je 
pokok yang segar bugar tu dah mula layu daun macam x siram 2 hari 
pastu sampai ofis 
Boss kau mula cari memo petang jumaat yang dia lupa mana dia letak 
pastu kau pun berpeluh cari sebab takut kau yang pandai-pandai kemas meja salah letak mana ke ?
kah..kah..kah .... >__<
masa tu pokok pagi tadi tu macam dah kena serang ulat uolss...
koyak daun dia ...ekekkekekkeekke 

pastu kau pulak lapar tak sempat b'fast , 
officer lain pulak minta mintak kau amend dia punya memo
 pastu meeting boss pukul 11.30 nak siapkan folder
 tapi document baru dapat pukul 10.00 pagi 
document pulak kenmain tebal kena bind bagai ....haaaaaaaaaaa 
daun yang koyak tu mula la xmo lagi hidup ...hahahha 

kesian pulak pokok tu 
now dah treat diri dengan kinder bueno 
harap berbaja semula la semangat kerja isnin sis 

hhihihi ni dah rasa getting better 
harap selasa dan hari seterusnya pokok bunga tu boleh hidup dan berbunga 



sekian cerita pagi ni 
yg ikhlas 
kakak seret kaki pergi kerja :P 

14 comments:

Sha Mohamed said... Reply Comment

Rajin meng hunting bubble tea ye.. semua tak pernah rasa lagi..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said... Reply Comment

leez pun bknlah sejenis yg hunting / addicted to bubble tea / yg sewaktu dgnnya. tp, teringin nak rasa, @ least once. xb'kesempatan lg..

nohas said... Reply Comment

each cup pernah try..yg lain2 x pernah lg..

PeRdU cINta said... Reply Comment

Semakin digemari bubble tea kan..bila tengok kawan-kawan share..sepupu-sepupu share..hehehe terliur juga..tapi nanti bila ada depan mata tak jadi nak cuba..tapi nak cuba juga..kalau tak cuba tak tahukan dari pengalaman sendiri rasanya macam mana..

Suria Amanda said... Reply Comment

Area opis akak ni banyak jer kedai jual bubble tea..tapi akak selalu beli yang akak yakin nak beli je..hehehhe

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@Sha Mohamed saya kurang minat actually tapi BFF saya tu suka sangat bubble nilk tea ni ...kadang beli satu share je

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@areleez, try yang best2 je..Each cup tu try sedap tau ..lagi satu The Alley

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@nohas each cup selalu try hazelnut choc pun sedap !

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@Perdu Cinta nanti boleh try rasa sebab lain orang lain taste nya kan

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@suria Amanda betul kak , saya yang selalu jumpa tu yg each cup tu yg lain BFF saya yg rajin hunting kalau keluar ngan dia tu yg try dia punya share ..ekeke

ain.ya.nun. said... Reply Comment

Hai, salam perkenalanan.

Baru try bobba Family Mart. Pun rasa macam cendol.

AzianKhalil said... Reply Comment

Hmmm...Mama Yan tak berapa in dengan boba tea ke bubble tea ke... tekak tak berapa boleh terima

Dilah said... Reply Comment

wahh.. mcm2 jenis dah try..

ina said... Reply Comment

Inilah boba yea. Trend sekarang ni.. tak pernah cuba.