Bismillah
Hari ni nak sembang berkenaan meowww
saya sendiri dah lama pencen bela kucing ni
rasanya dah 2 tahun kot hidup tanpa kucing
bukan tak nak dah tapi sekarang belum boleh bela semula lagi
takut tak boleh nak bagi perhatian kat diorang ni
Kucing yang kami pergi pinang 13 June 2019 yang lepas tu
bukan untuk saya
tuan nya yang baju merah tu
tapi sis nampak eksaited kan ? hahaha
hover ...hati meronta-ronta nak bela kucing lagi tapi tula
apakan daya
kami cari kucing lain untuk gantikan Callie yang super cute ni
callie pun asalnya kucing free adoption juga
kami berdua pergi ambil dia dekat sentul
ni gambar masa dalam kereta balik dr ambil Callie ...kecik je masa ni
29 June 2018
Callie Januari 2019
dah besar dan gemok dengan jayanya
pandai kakak dia jaga cukup makan pakai minum dia
comel kan Callie ? tapi umur callie tak panjang
dia tela kembali bertemu pencipta semasa struggle nak beranak anak buat kali pertama
:( sedih sgt ....Callie dalam kenangan
kakak dia dah bawa pergi vet, tapi bila dah sampai ajal nya
siapa kita nak menolak kan ? xpe lah redha atas ketentuan ilahi
Ni Troy Hummer , suami si Callie
kesayangan kakak ni lah ni ...sbb dia lah kakak dia sibuk kena cari partner untuk dia
asyik mengiau je kesian pulak kesunyian Callie dah xde
seperti yang dipersetujui , malam tu 13 June 2019 kami berlima pergi la ke Danau kota
nak carikan wife baru untuk Troy
kalau berminat nak adopt kucing follow lah IG kat atas ni
diorang selalu update kat mana boleh ambil kucing diorang
Banyak juga kucing yang diorang ni ada
dah siap letak dalam 1 carrier tu kalau nak kena ambil semua ikut yg ada dalam carrier tu
jadi Kakak troy pilih yang oren marble ni
dan bersama Marble ni ada seekor lagi
jadi kena ambil dedua
ni Gina si Marble ...comel kan ?
semoga Gina sihat dan tak susahkan kakak o.k
yang ni Gia
dedua ni betina , huntong la Troy
sekali dua wife dia dapat
tapi kan troy
"acik nak pesan , ko bini dua kena adil Troy
nanti bahu ko berat sebelah Troy susah nak meniti tebing-tebing
berat tanggungjawab ko jangan ko serahkan bulat-bulat kat kakak kau Meklin tu
kesian dia ....hahahhahha
jgn ko asyik buat muka whatevaaaa je
bergaduh dua ni susah ko Troy"
tu jeeee kisahnya Bye ...
7 comments:
Olorr cute nya ni kalau anak akak tengok nii. Dia gomol2 kucing ni semua ^^
comel kan kucing ... thanks kak singgah :)
hummer tu gebus gebas geram betul tengok
Hahaha.. pesanan untuk troy tu yang tak menahan.. :)
Terima kasih singgah Sihatimerahjambu...Troy tu gebu gebas tapi muke bila2 pun whatevaaa hihi
@sha Mohamed terima kasih singgah ...bebudak sekarang kena pesan semua kena ingatkan ...hahahahhaha kucing pun jadi mangsa :P :P :P
Mama Yan suka kucing...tapi suami tak suka kucing. Dia geli bila kucing menggesel gesel.
Post a Comment