Showing posts with label #makanlangkawi. Show all posts
Showing posts with label #makanlangkawi. Show all posts

Restaurant Sea Shells, Langkawi - Day 2

Bismillah 

lepas penat pusing-pusing naik boat kami dihantar balik ke Jeti 
masa mula ambil pakej tu ingatkan nak ke mangrove tour 
dan island hopping tu kat satu tempat yang sama 
rupanya tak ye ! 
satu ke utara satu ke selatan ....kena naik boat kat tempat lain pulak 

untuk teruskan aktiviti petang.. kami kena la lunch dulu 
first choice nak ke Restoran Kak Yan ni 
teringin juga nak rasa Kerabu Bronok tu 
sedap ke ? boleh menyeronokkan si pemakan ke? haaaaa gitu 
 sekali close laaaaa....xde rezeki nak makan kat sini 
jadi jomlah kita cari kedai lain 


Oleh kerana island hopping tu area pantai Chenang 
kami pun try cari kedai yang berdekatan 
nampak ramai blogger yang suggest makan disini 

 jadi Restaurant Seashell yang menjadi pilihan 
ni pintu masuk kawasan restaurant 

 lpas park kereta anda akan nampak ini ...macam lobi hotel la pulak kan ? 
tapi jangan risau ..dah betul dah tu 
masuk lah ke dalam 

 dari pintu lobi ke kanan ye ..akan nampak signage macam kat atas 
ikut lah arah yang ditunjukkan 
naik tangga sikit restoran terletak disebelah belakang 

nak makan apa? order di kaunter bayaran ye ... lepas dah pilih menu 
baru pilih pondok mana korang nak makan 

jauh beno pondok pilihan diorang ni ...hihi 
kat hujung bawah pokok kelapa tu la lokasi yang dituju 
kiri kanan tu pokok padi 


selfie sikit ...tapi tengah panas gambar jadi gelap 
tak pe lah Tn.Blog ni pun dah sedia mendung ..hahaha no hal la 
view dia o.k la cuma kalau padi tu menghijau atau menguning 
macam tempat orang betul-betul tanam padi tu lagi lah nice 
ni padi dia macam malu-malu nak tumbuh ..huhu 



sebelum makanan sampai layan phone dulu 
kata Generasi X+Y hahahha mana boleh berpisah dengan phone 
dah macam pakaian dah gayanya 
kalau tak bawa phone macam tak pakai baju! gelisah aje kan ? 
hihihihi kali ni perumpamaan saya macam pelik je ? 
:P :P :P :P

kipas belakang Mc Leen tu pun satu hal 
sekejap pusing sekejap tak ? takut kat saka Mc Leen ke apa ? hahaha 
panas ni.... pls la kipas behave sikit! 
see orang penat memang macam ni kipas pun boleh mendatangkan amarah 
pppffffffffttttttttt 

makanan dah sampai jomlah cheekikkk sekeping gambo 
nasib masa kami sampai tak ramai orang 
jadi boleh pilih pondok mana nak 
kalau ramai tak dapat la makan kat pondok ni sambil bersila 
fe feeling kampung ngaaattt nih! 

makanan dah sampai 
kami ambil seekor siakap 
dia masak sebelah stim sebelah lagi 3 rasa 
ulam-ulaman  keropok, sup 
tu je menu nya 
air tembikai satu jag 

tengok la muke orang penat, muke moody 
moncong cencurut je...hahaha 
sape? pandai-pandai ler agak tak payah nak sengih sorang-sorang ...hahaha
kali ni Ana jadi pramusaji terima kasih tolong cedokkan nasi :) 

sebelum beredar jom ambil gambar kat sawah padi ni 
5 orang je ...dua lagi dalam dunia sendiri ...hihihi 
Alia dok main kucing ..hihihihi 
sorang lagi dah tak kuasa nak layan tengah panas tengahari gini ..

kalau datang malam pun view dia cantik 
nampak romantik plak mat salleh tu kan ?
haha...gambar ni dari google je 
disebabkan gambar cantik macam ni la buat kami terjebak ni 
haisshh kenapa masa ni padi tu nampak sihat segar bugar? 
why? why 
eh ..ko dah kenapa tak boleh nak terima kenyataan ni? hahahha 

o.k untuk lunch kami tengahari tu Restaurant Seasheel, Langkawi 
total : RM 140+

Alamat: 
Restaurant Seasheel, Langkawi 
 Kampung Lubok Buaya,
 07000 Langkawi,
 Kedah, Malaysia 
Telefon:+60 4-955 3581

sekian 

Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi - Day 2

 Bismillah...

6 Entry baru masuk Day 2? 
haha adoi lah bertabah jugak nak habiskan entry Langkawi ni 
harap xde la yang  boring nak baca 

hari kedua kami bermula seawal 8.00 pagi dari Bahagia Villa 
tujuan utama nak ke laut! hari kedua aktiviti kami sepenuhnya di laut dan sungai 
mendekatkan diri dengan alam ye 
dapat la lihat kebesaran alam ciptaan yang Esa 

sebelum apa-apa kena b'fast dulu ye.. 
isi tank dulu barulah ada energy nak berjalan kan ? 
scary last word tu 'GEMUK' cukup la berat mcm skrg nak tambah lagi? no no no 
terus suap nasi laju-laju....dengan harapan dah breakfast x la gemuk? 
hahahaha poodahhh kalo dah GEMUK makan tak makan gitu lah dia 
melainkan tekad istiqomah jaga pemakanan ye ...
see dah melalut ...nak cerita pasal Nasi Dagang Pak Malau ni ! 
maap kan hamba 

nilah rupa kedai Pak Malau ...femes Pak Malau ni 
siapa pergi Langkawi tak datang sini tak sah rasanya 
haruslah cuba uollssss 

tu harga Nasi Dagang kat kedai Pak Malau ni 
dia punya deko classic hokey ....iolss dah la suke benda classic ni
siap dengan pantun tu lagi (pantun kan ?) hahaha 

Kajang Pak Malau, Kajang berlipat
Kajang hamba sengkuang layu
Dagang Pak Malau Dagang bertempat 
Dagang hamba mencari nasi dagang eh? hahahhaha 

 adoila..cantik view kat sini 
boleh pilih nak makan sampai ke bawah sana atau nak makan atas rumah tu pun boleh 
kereta classic ni buat view lagi menarik 
pandai Pak Malau deco kedai ni! 
taste hokey! 

 ha.....nampak tu ton colour kat kaki bukit tu ? 
subhanallah cantik ..sejuk, nyaman ... 

 ni lah dia orang zaman sekarang ...hahaha masing-masing pegang hand phone
haipppp....enough...enough....no phone please ...hihihi 
padahal orang yang snap gambar ni pun pakai phone jugak kan  ..bukan pakai 
tangan ke mata ke? pffffffffttttt ... betapa teknologi mempengaruhi hidup kita 

 chekikkkk...ayuh simpan sekeping kenangan bersama kat tempat cantik ni 
makanan pun dah ready ....kalau view je cantik makanan tak sedap pun tak guna kan ?
yang ni pakej ...nasi dagang dia sedap 
sesedap rasa pada saya ...tak tau la org pure pantai timur rasa sedap ke idok 
yela Nasi Dagang kan origin nya dari sana...hanya jauhari mengenal manikam ?
Manikam mana pulak ni kan ? anak lelaki si Subra tu ke? ngeeeeeeeeee -_____-" 

 nilah rupa nasi dagang yang dikhabarkan tu 
kalau Pak Malau buka kedai kat KL ...
saya sanggup cari kat mana kedai Pak Malau ..hahahah 
#gigih #foodhunter 


masa lalu rupanya makam Mahsuri pun terletak dikawasan tu 
tapi kami tak singgah pun sebab masih belum buka 
kami lalu aje 
ambik gambar dari luar jadi lahhhhhhh 
nak tau kisah Lagenda Mahsuri baca kat wiki ni ye...

sekian.. 

Shell out Replika Ketam, Jalan Kuala Triang, Langkawi - Day 1

Bismillah

Petang tu dah penat meronda satu Oriental Village kami singga makan kat Shellout 
land mark dia sebelum simpang 3 dan ada replica Crab yang besar macam dalam gambar dibawah 
memang laluan nak ke Skycab 
masa pergi dah perasan Restoran ni 
so masa kat sana dah discuss balik kita singgah makan kat sini 

 masa sampai tu tak de orang pun kat restoran ni 
restoran biasa-biasa je...wifi pun tak de 
diorang nak hidupkan budaya 80' time kat meja makan no phone o.k 
yela zaman sekarang kalau perasan time makan kat kedai 
sementara makanan yang kita pesan nak sampai semua dok sibuk main phone kan ? 
hahaha tabiat dah rasanya 

kami pilih menu Shell out yang RM49 untuk 2 orang makan 
kami ada 7 orang ...Aliya order nasi dan tomyam je ...
so 6 orang lagi order 3 set ...1 set share 2 orang 

 saya dan Nina pilih Kam Heong (spicy) 
sedap ! recommended...gravy dia secukup rasa ...pedas dan menyelerakan 

 ini Mc Leen ngan Mc Chah punya 
nampak o.k ...rupa macam boleh laaaaaa model air asia 
tapi ....rasa diaaaaaaaa ..
perghhhhhhhh 
standard Pajura, Nora Danis, Nelydia Sensrose,Shila amzah 
 ...haaaaa gitu perumpamaan dia 
hahahhaa 
memang sedap menjilat siku o.k (cry teringat rasa dia) 
rasanya dalam 3 menu yang kami pilih yang ni paling kick laaaaaaaaa
kalau datang lagi memang confirm order yang ni! 

cerita panjang tak bagitau nama dia lagi kan ? 
hahaha ... ni Wet Butter ingat tau Wet Butter 
Highly Recommended 


 yang ni Ana ngan Elena punya 
sedap juga..tapi di tekak saya jatuh no.3 dari 3 menu yang kami pilih 
sebab rasa dia just lada putih lemak-lemak sikit rasa WOW meletop malam mulut nan hado 
tapi masih dalam kategori sedap la cuma sedap tahap biasa 
haaa....see sedap pun ada tahap-tahap dia kalau dah food lover ginilah perangai nya 
muahahhaha 

Mc Chah ada order side dish ..salted egg squid 
yang ni sampai lambat ..tak sempat snap gambo dah selamat jalan romeo lah 
ngap satu rasa dia meletup-letup dalam mulut 
sedap gila abaq anggg ....memang tak menyesal la kalau tengok bil makan beratus pun 
asalkan rasa dia meletop bagaikan sambutan Tahun Baru 

rupa dia lebih kurang macam ni lahhh 
teringat-ringat rasa dia...cry kali kedua..muahahhaa 

malam tu Mc Leen jadi pramusaji ..hihi tolong cedok kan nasi ...
kedai tu bagi satu bowl nasi tu untuk 7 orang 
tapi bila dah makan .......tanpa segan silu mahupun tersipu-sipu 
kami mintak tambah nasi lagi satu bowl...hahahha 
dan habis licin kesemuanya ...harap maklong...ngeeeeeeeeeee 

 ohya..Elena ada order juga lala berkuah camtu 
macam sup ke rebus..ntah la konfius sbb makan lala tu je 
kuah dia x makan 
kami makan ni share ramai-ramai...senang makan macam ni ..
walaupun nak rasa yang hujung sekali 
xpe ko tarik je kuah/gravy tu ngan kulit lala sampai sebelah sini ...hahahhaa 
dari station white paper akan melalui station wet butter dan akan sampai ke station Kam Heong 
hiihihi...sistem monorail sgt kan ? ape de hal ..janji kenyang alhamdulillah 
mengeratkan silatulrahim katanya ...nasib semua gegirl .. xde makna nak segan-megan bagai 
segan balik bagan laaaaaa :P 

(Segan = Malu) 

lepas habis licin semua nya 
masing-masing puas hati tersandar dikerusi ..memang sedap makan kat sini 
servis pun o.k ...laju je minta tambah nasi pun laju ...
minta extra lemon pun bagi siap tolong snap kan gambar kami 
minuman dia gula asing ..dia bagi air gula kita letak sendiri nak banyak mana 


Restoran ni Highly recommended
total makan kami bertujuh malam tu 
RM 240 + 
harag boleh tahan laaaa.....tapi sedap! 
 rasa dia A++ so no hal 
janji puas hati 

sekian ...