Bismillah
lepas penat pusing-pusing naik boat kami dihantar balik ke Jeti
masa mula ambil pakej tu ingatkan nak ke mangrove tour
dan island hopping tu kat satu tempat yang sama
rupanya tak ye !
satu ke utara satu ke selatan ....kena naik boat kat tempat lain pulak
untuk teruskan aktiviti petang.. kami kena la lunch dulu
first choice nak ke Restoran Kak Yan ni
teringin juga nak rasa Kerabu Bronok tu
sedap ke ? boleh menyeronokkan si pemakan ke? haaaaa gitu
sekali close laaaaa....xde rezeki nak makan kat sini
jadi jomlah kita cari kedai lain
Oleh kerana island hopping tu area pantai Chenang
kami pun try cari kedai yang berdekatan
nampak ramai blogger yang suggest makan disini
jadi Restaurant Seashell yang menjadi pilihan
ni pintu masuk kawasan restaurant
lpas park kereta anda akan nampak ini ...macam lobi hotel la pulak kan ?
tapi jangan risau ..dah betul dah tu
masuk lah ke dalam
dari pintu lobi ke kanan ye ..akan nampak signage macam kat atas
ikut lah arah yang ditunjukkan
naik tangga sikit restoran terletak disebelah belakang
nak makan apa? order di kaunter bayaran ye ... lepas dah pilih menu
baru pilih pondok mana korang nak makan
jauh beno pondok pilihan diorang ni ...hihi
kat hujung bawah pokok kelapa tu la lokasi yang dituju
kiri kanan tu pokok padi
selfie sikit ...tapi tengah panas gambar jadi gelap
tak pe lah Tn.Blog ni pun dah sedia mendung ..hahaha no hal la
view dia o.k la cuma kalau padi tu menghijau atau menguning
macam tempat orang betul-betul tanam padi tu lagi lah nice
ni padi dia macam malu-malu nak tumbuh ..huhu
sebelum makanan sampai layan phone dulu
kata Generasi X+Y hahahha mana boleh berpisah dengan phone
dah macam pakaian dah gayanya
kalau tak bawa phone macam tak pakai baju! gelisah aje kan ?
hihihihi kali ni perumpamaan saya macam pelik je ?
:P :P :P :P
kipas belakang Mc Leen tu pun satu hal
sekejap pusing sekejap tak ? takut kat saka Mc Leen ke apa ? hahaha
panas ni.... pls la kipas behave sikit!
see orang penat memang macam ni kipas pun boleh mendatangkan amarah
pppffffffffttttttttt
makanan dah sampai jomlah cheekikkk sekeping gambo
nasib masa kami sampai tak ramai orang
jadi boleh pilih pondok mana nak
kalau ramai tak dapat la makan kat pondok ni sambil bersila
fe feeling kampung ngaaattt nih!
makanan dah sampai
kami ambil seekor siakap
dia masak sebelah stim sebelah lagi 3 rasa
ulam-ulaman keropok, sup
tu je menu nya
air tembikai satu jag
tengok la muke orang penat, muke moody
moncong cencurut je...hahaha
sape? pandai-pandai ler agak tak payah nak sengih sorang-sorang ...hahaha
kali ni Ana jadi pramusaji terima kasih tolong cedokkan nasi :)
sebelum beredar jom ambil gambar kat sawah padi ni
5 orang je ...dua lagi dalam dunia sendiri ...hihihi
Alia dok main kucing ..hihihihi
sorang lagi dah tak kuasa nak layan tengah panas tengahari gini ..
kalau datang malam pun view dia cantik
nampak romantik plak mat salleh tu kan ?
haha...gambar ni dari google je
disebabkan gambar cantik macam ni la buat kami terjebak ni
haisshh kenapa masa ni padi tu nampak sihat segar bugar?
why? why
eh ..ko dah kenapa tak boleh nak terima kenyataan ni? hahahha
o.k untuk lunch kami tengahari tu Restaurant Seasheel, Langkawi
total : RM 140+
Alamat:
Restaurant Seasheel, Langkawi
Kampung Lubok Buaya,
07000 Langkawi,
Kedah, Malaysia
Telefon:+60 4-955 3581
sekian
1 comment:
mlm suasana dia nmpk romantik. tp, rase2 ade nyamuk x?
Post a Comment