Jambatan langit Langkawi ( Langkawi sky bridge) -Day 1

Bismillah 
Jambatan Langit Langkawi ialah jambatan kabel berbentuk cancang yang melengkung,
ianya dibina khas untuk  pejalan kaki...
tak de lagi rasanya yang naik basikal mahupun motosikal kat atas ni ...haha tak kelako o.k ! 
 yela macammana semua tu nak sampai ke atas ni sedangkan orang pun kena naik gondola!
 maybe kalau boleh sampai atas ni roller blade atau skate board je
tapi berani ke? terluncur laju karang tak pasal-pasal ke laut Andaman nanti? Siapa nk menjawab tu yongg oi 
eeeeee... xley bayang ...hahaha 

dengan panjang 125 meter di ketinggian 700 meter (2,300 ft) dari aras permukaan laut
 jambatan ni dibina di puncak Gunung Mat Chinchang Pulau Langkawi, 
dan ianya hanya dapat diakses oleh Kereta Kabel Langkawi.

Bila tengok gambar ni rasa macam tak percaya je dah pernah jejak kaki kat sini 
cantik kan view ni? subhanallah 
macammana proses pembinaan jambatan ni memang tak boleh nak bayangkan 
sukar kot? tengah hutan? daki gunung? akhirnya dapat lihat keajaiban dan keagungan ciptaan Allah dari atas jambatan tergantung ni 

untuk sampai ke jambatan ni kami naik cable car dari platform kedua sampai la ke puncak gunung 
nak naik betul-betul ke puncak sila lah panjat anak-anak tangga ye 
kat atas tu boleh perasan la pokok-pokok semua renek-renek je 

ramai orang masa kami sampai tu 
dekat level 2 lepas naik tangga nak ke puncak gunung ada kiosk2 jualan 
kat situ Aisyah belanja aiskrim..
perghh nyaman sehh..dah berkicap panjat tangga dapat aiskrim pulak..
thanks a lot dear 

kemudian nak ke skybridge ada dua cara ye...
kalau ada yang gagah perkasa, berstamina lebih atau berbatery energizer boleh lah turun ikut trek yang disediakan...trek skytrail macam trek hiking tu 

turun situ free je..masa nak masuk tu kalau tak silap kena bayar RM5.00
tapi bagi kami kak long-kak long kawasan yang lemah lembut lagi gemalai 
tak larat nak jalan ikut trek hiking tu ...hahahha 
jadi labur la RM 15 untuk naik skyglide


tapi nak naik skyglide ni punyalah hazabibah
hahahahha
lama nak pitam menunggu ...hampir sejam setengah beratur 
mana tak nya ....benda alah skyglide tu ada sebuah je...itu lah yang turun ambil orang kat bawah 
itu jugak la terkedek-kedek naik atas turunkan penumpang dan naikkan penumpang baru 
memang siput sedut la kan...satu trip turun naik tu ada la dalam 35-40 minit
beratur dari atas tangga sampai la kebawah 
berakor tapak kaki oooiiiii 
hahahahha 
kesian orang yang dukung baby...memang bertabah habis
boleh merendang la pokok yang berakar kat kaki tu baru la merasa naik skyglide :P 


turun je skyglide...terus disapa budak-budak photographer 
ohya..setiap kali sampai kat satu platform 
memang ada photographer akan ambil gambar 
terpulang pada kita la nak beli atau tak gambar yg diorang snap kan 
harga boleh tahan la...kamera nak naik gunung katakan ...muahahha 
sebab gambar ni so nice kita belilah buat kenang-kenangan


ini lah antara view yang ada kat atas tu 
subhanallah cantik sungguh cipataan Allah 
tapi waktu tu pukul 3.00 p.m panas la sikit 

hihi kepada yang acrophobia macam Mc Leen tu gagahkan diri je la
jalan pun tunduk aje macam anak dara lalu depan bakal mertua...hahaha...matiklah mak nak....jgn marah arrrrrr nasib ada Mc Chah tolong pimpin..baik-baik jangan tersadung kaki mat salleh pulak...ngeeee
😂😂

Dekat atas jambatan langit ni (melayu sgt word tu) hahah...
bila jalan terasa bergoyang-goyang 
Memang acah-acah berani jela...jangan nk buat berani lompat atau lari....
gigil lutut oii...

Ini kami ambil gambar kat penjuru platform....
nak fe feeling titanic pun datang ngan kak long-kak long kawasan je..
x dapat la ..kalau bawak Tn.John boley la kan...

First time tengok bawah rasa nyilu jugak la dalam perut ni.....
sayupppp nya ke bawah..haha tapi kalau x try hari ni bila lagi kan?
Kata mungkin sekali seumur hidup?? Hehe
 ayuh cabar diri jadi berani sikit..
kata kak long kawasan ceitt....hahaha 

Haaaaaaaa......ini bukan kak Long kawasan lagi dah....dah buat kawasan sendiri nama nya ni...
haha...gigih la baring atas cermin tu? 
Hailahhhh....perangai tau adik-adik sy ni...
hehe ada foreigner yg lalu lalang tengok je gelagat kami....
 Xpe la sir..bagi la peluang..bkn selalu nk datang sini kan? 

Si Alia adik Suzie ter touching plak tengok kakak dia baring atas cermin tu...
sayang kakak yong dia la tu....hehe 
No worries syg...kakak yong awak super strong girl...

Oleh  sebab gambar ni dah terlepas bas 
Patutnya tempek kat entry sebelum ni...
Kita tumpang la tempek kat sini....

Nak sambung cerita lagi panjang pn rasa x selesa sgt...
tgh sedang idea muncurah-curah Tn.John sampai awal plak nk ambil sy balik kerja...
jadi gigih tak gigih la sambung update thru phone....

Motif? Sebab nk settle update cepat supaya boleh berangan for next trip..hehehe 
Padahal sehari pn belum habis cerita trip ke Langkawi ni...pppffffftttt 


O.k sekian.. 
Happy reading ..

Langkawi Skycab 11 Jan 2017 - Day 1

Bismillah 

Maaf lah kawan-kawan cerita Langkawi ni mungkin akan sampai bersiri-siri 
cannot move on lagi ni ...haha 
kalau boleh setiap moment kami #bertujuh tu nak catat kat sini 
so kalau ada yang rindu boleh baca...auchh..touching plak kan  ppppfffttttt
tisu please :P 

selepas kami bersantap di Gerai Laksa Pulau sebab Laksa Ikan Sekoq tak buka 
kami pun waze la jalan ke Langkawi Skycab..
cuaca cun...tak hujan tapi panas terik tu standard la Malaysia kan ?
kalau nak sejuk kena pergi oversea...hihihi

saya memang membayangkan Langkawi Skycab ni tinggi 
saya pernah naik Cable car kat Genting 
masih boleh terima la ketinggian nye tu ...
kalau ada kuda ke, harimau ke masih boleh nampak dari atas 
tapi yang ni saya tau tinggi je tapi tak dapat bayang situasi nya ...
walaupun dah google before pergi...masih nak jugak rasa sendiri baru boleh bagitahu apa rasanya 

 Dari Langkawi airport tu korang waze je ...
nanti setiap simpang akan ada signboard 
tak sesat lah..walaupun jalan dia mendaki bukit dan agak sempit ...
jangan pandu laju-laju sebab banyak monyet kat tepi-tepi jalan 
nanti lepas simpang belok kiri jumpa kawasan parking yang luas(gambar no.4) 
parking kat situ 
dah betul dah tu ...walaupun cable car tu akan nampak kecik dan seperti masih jauh 
memang selamat menapak lah ye ...hahaha 

sebelum mula susun tapak jom selfie sikit..hihi 
karang dah sampai dah mula berkicap ...nak selfie pun tak lalu...hahaha 
(berkicap - berpeluh) 


Perjalanan menyusun tapak akan melalui kawasan-kawasan ini ye 
jalan je cuci-cuci mata ada banyak kedai-kedai sepanjang jalan ni 

 yeahh..dah sampai ke Skycab...lepas beli ticket masuk Q kat dalam 
aisyah jeling ape Tu ? :P
masa ni memang tengahari...1.02 p.m 
 beratur panjang nak naik cable car ni 
Nina jangan la tido dalam senyuman kjap lagi sampai la turn kita naik Cable car ..hihihi 
sabar sikit ye :P 
ha..... tu dah sampai ...cable car ni bergerak dia tak stop tau 
hati-hati melangkah naik 
kami nekad je naik 7 orang satu cable car ...hahaha 

 hoi..syuppp nyeee rupa-rupa cable car ni mendaki ye ...
bukan jalan mendatar pada satu ketinggian 
phewwwww....lagi tinggi dia naik lagi kecil rumah kat bawah tu lagi ngilu tengok ke bawah 

Mc Leen tu kena paksa ...haha dia tak nak naik ...phobia pd ketinggian 
tapi dia sahut cabaran naik juga...so dia la yang berani sebenarnya 
berani mencabar diri ....walaupun tunduk rapat ke lantai 
awak tetap ada tinggi di angkasa Mc Leen oiii....hahhaa
dah-dah tak payah nak sengih-sengih depan pc tu nampak kat Cik Aini pecah rahsia iols..hahah

Pengunjung akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6 tempat duduk. 
Gondola ini tidak berhenti, jadi pengunjung mesti segera menaikinya dalam tempoh masa yang sesuai. 
Gondola ini selamat digunakan dan tidak olang-aling atau berayun. 
Mungkin rasa gementar sedikit ketika tiba di menara pemindahan. 
Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. sayuppp oiiiiiii 
.Kemudian sambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas 
dengan kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Chinchang. 
Pengunjung akan dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titis hujan, kabus dan kelaianan jenis pokok dari setiap ketinggian.

 walaupun sempit dan tinggi ianya masih x menghalang kami untuk merakamkan memori ni 
simpan gamabr ni sampai ke anak cucu korang ....
bukti dah pernah naik Gunung Mat Chinchang dengan perjalanan sejauh 2.2 km 

walaupun dinyatakan Gondola ni selamat dinaiki, tidak bergoyang 
tapi kalau masing-masing sihat waalfiat yang naik 
pastu buat perangai berjalan-jalan dalam gondola sebab 
nak cari posisi cantik untuk ambik gambar 
Gondola akan bergoyang o.k...ahahahahha 
rasakan sebab sendiri yang buat 
orang naik duduk diam-diam awak gigih berjalan dalam tu -____-"
sorry ye Mc Leen kalau rasa tak selamat ...hahahah 
sekali seumur hidup mungkin? 
haruslah ambik gambar buat kenangan 
masa naik Cable car ni ada 2 kali hentian
masa naik semula gondola nak ke hentian kedua...boleh pulak slipper si Elena tersangkut kat pintu
hahahahha...haishh
risau jugak pintu tu terbuka ngerii oiii
dah la setiap kali gondola tu nak turun dari platform
masa tu mmg scary sebenarnya....nanti ngko akan rasa bergoyang yang teruk pastu ..
pupp dah turun tergantung-gantung kat tali ....haaaaaaaaa
cube la bayangkan ....hihi
ni masa balik ...masa balik decide utk separate
3-4 so gondola akan lebih stabil ...hihi 
dan bagi la peluang orang ketujuh duduk dan menikmati permandangan 
kalau naik 7 orang ...seorang kena berdiri ...suzie yang berdiri..kesian dia 
dia pun bayar yang sama jadi bagilah dia duduk juga...
kami bertiga ....tumpang satu couple ni bersama 2 baby comel ..

so total 5 orang o.k la selesa...
diorang 4 orang naik next Cable car ....
gambar ni pun couple tu yang ambilkan  

o.k sekian ..



Laksa Pulau Langkawi pun ada ikan sekoq - Day 1

Bismillah 

Owh ya lupa nak bagitahu di entry yang lepas, Hotel Bahagia tu bagus uolss 
dia bagi kami check in awal...pukul 11.00 dah boleh check in 
kalau ikutkan pukul 2.00 p.m...tak de extra charge pun
benda baik haruslah dikongsi..hehe 

sampai bilik dah setel siapa nak salin baju, nak ke tandas ke 
kami gerak....motif utama nak ke Skycab 
tapi Skycab buka pukul 12.00 p.m pada hari tersebut ...jadi kita isi perut dulu 
cadang nak makan laksa ikan sekoq yang famous tu 
tengok Lya colours makan menyelerakan je ghupenya 
laksanya kuah pekat, likat, melekat siap ngan ayaq nyoqq lagi 
ayuh la kita cuba ....

sekali sampai ...hampa uolsss 
kedai is tutup....ke belum buka itu tak pasti 
yang pasti ada sign board dia jaaaaaa... 
 untuk tidak menghampakan perut yang berkeroncong 
kami singgah gerai dekat deret laksa kaw ikan sekoq tu 
 Order kat atas.....makan kat bawah 
makan dengan disajikan dengan permandangan laut yang saujana mata memandang 
lautan biru yang tak tau dimana penghujungnya.....
 ditiup angin sepoi-sepoi...
bersama cicak yang cuba bermanja di kaki Mc Leen.. 
ntah darimana la cicak sesat tu datang...ada hati pulak nak singgah di kaki seluar Mc leen 
tak sedar ke kalau Mc leen tu pijak dia terus leper seperti daun...hissshhhh 
 makanan tak sampai lagi ..moh ler kita snap gambar buat memori kat sini 
alolololo....bila ajak snap gambooo masing-masing hilang muke lapar kan? 

 ha....sampai dah laksa Pulau Langkawi...hurrmmm....
jadik la buat pengganti laksa kaw ikan sekoq
tapi yang ni kuah dia caiyaq sikit ...rasa o.k la boleh la makan
ko dah beli takkan pulak tak makan kan ? 
ikan kembung tu kat KL sekarang sekilo dah RM 16 hengget oiii ...
patut la caiyaq kot? pppfffttttt 
 inila mak cik dan anak-anak dia yang jual laksa tadi tu 
kat gerai dia ada goreng-goreng seafood jugak 
bau ..perghhhh ...mengancam jiwa mak nakkkk ...haishhh 
ingatkan jiwa mak je yang terancam .....rupanya jiwa Elena pun terancam...ahhahhaa 
jadi kami pun add on side dish :P 
saya ambil cucur udang 3 ketul....dan Elena lagi tak beragak ...
laksa satu plate lagi dan ketam large size... 
perghhh....hahaha 
pastu dia nyesal ..sbb banyak makan...share je reramai 
nasib baik habis semua food 

sebab price da boleh tahan la jugak 
sepinggan laksa ikan sekoq RM 4.50
cucur udang seketul RM 2.00 
Ketam large Size RM 8.00 
laksa biasa tak ingat berapa ..rasanya dalam RM4.00

sekian... 
next entry Oriental Village