Melawat Perkampungan Orang Asli dari Suku Kaum Bateq dan Rapid Shooting!

Bismillah 

petang tu kami semua dah berkumpul di jeti sementara menanti boat sampai 
tapi kali ni kami tak naik boat kecil 
dan tak cross ke Taman Negara 
tertanya-tanya juga kemana kami akan bergerak 


 Sementara Boat sampai kita selfie dulu 
ada la juga gambar untuk tinggalkan kenangan kat blog ni kan 
kalau tengok pada tentative program memang sudah tertulis 
aktiviti petang - Melawat Orang Asli dan Rapid Shooting 


 tapi xlah bayangkan macammana Rapid Shooting tersebut 
kita layan kan aje lah 
tapi dah dipesan pakai life jacket tu kemas-kemas elok-elok 
baiklah
 masa ni belum start lagi mampu lah kau selfie kan 
hahaha 
kak Siti dengan Spect hitam tu santai nampak ...
tak lama lepas gambar ni di ambil 
kami telah diserang bertubi-bertubi 
tanpa belas kasihan ...hahahha 
boat-boat kami berlumba dan boat yang berselisih akan attack dengan air
 memang xde lah yang kering..dalam luar lencun..hahah 
 pakej sekali dengan air teh Sungai Tembeling ni 
gullpp...gulpp...haha 

macam ni lah ... diorang akan guna pendayung untuk basahkan boat sebelah 
boleh tengok di Instagram saya 
maafkan jeritan si penakut disitu ...hahhaha 
jangan risau diorang dah ambil kira isu keselamat juga 
kalau bahaya diorang pun takkan buat 
 Basah habis kotak-kotak barang kami 
jadi buka kotak dan bawa isi  kat dalam je 

 bila semua orang dah ambil barang-barang kami bergerakke kampung orang Asli 



 barang-barang keperluan harianje kami bawa 
ada juga mainan dan pakaian 

 Hujan dah mula turun 
tapi apa ada hal . memang dah basah pun 
haha x kisah janji enjoy! 

  Bateq adalah orang asli berjumlah kira-kira 1,519 pada tahun 2000
Mereka tinggal di hutan hujan semenanjung Malaysia. 
Akibat daripada pencerobohan alam,
 mereka kini mendiami Taman Negara
Mereka adalah pemburu  yang masih hidup secara nomad 
 jadi lokasi sebenar penempatan mereka berubah dalam lingkungan umum kawasan yang mereka tinggalkan. sebab tu boleh nampak rumah mereka tak proper 
sebab berpindah randah 


Negeri Pahang terdapat 7 buah kampung, 5 buah kampung di daerah Lipis, 2 buah kampung di daerah Jerantut yang berjumlah 100 keluarga seramai 550 orang. 
Negeri Kelantan terdapat 4 buah kampung di Pos Lebir yang penduduknya 84 keluarga berjumlah 413 orang. Di negeri Terengganu terdapat 12 keluarga seramai 41 orang.

Maklumat dari JAKOA

golongan ini hidup bebas di dalam Taman Negara 

 sedang melihat Demo hidupkan api 
ni pernah tengok kat Discovery Channel Astro 
tapi in real life macamni baru first time lah 
pandai dia hidupkan api dah boleh kahwin ni..hahahha 



 kan dah nyala tu, 
asalnya hanya tali, kayu dan sdikit habuk sebagai starter api 

 Kemudian sambung lagi dengan  tengok dia buat tulup sumpit 
jarum yang ditiup guna sumpit tu 
masa ni tour guide kami tengah terangkan cara nak gunakan sumpit 
katanya kena blow angin dari perut 
ntah macammana tak lah saya cuba 

  hati-hati ye sebab tulup tu ada yang beracun 
racun yang digunakan untuk memburu binatang 
biasanya racun diperbuat daripada getah pokok Ipuh dan bisa haiwan 


 Hidup diorang ni bersederhana je 
tak perlukan aircond, kipas pun xde 
tak de nak dapur beria table top , kitchen Cabinet bagai kan :P 
tapi masih happy ...betapa mereka dekat dengan alam dan bersyukur apa ada nya 

macam biasa sebelum balik jomlah ambil group photo 
pokok belakang tu pun elok keluarkan kabus 
sejuk lepas hujan dan sejuk baju basah main Rapid Shooting 


sekian 

1 comment:

Siti Yang Menaip said... Reply Comment

seronok aktiviti macam ni.. dekat dengan culture diorang.
pengalaman mahal ni..