Program Pemantapan AKRAB , Taman Negara Day 1

Bismillah

Alhamdulillah dapat join program macam ni 
refresh sikit rasanya
 24 Oktober 2018 kami bertolak
lagipun adanya program CSR macam ni dapat lebih mendekatkan diri kita dengan 
golongan yang jauh lebih struggle nak menempuh kehidupan seharian mereka 



Bertolak awal pagi dari pejabat 
load semua barang dalam bas dan kami pun bergerak lah menuju ke Taman Negara 
actually saya dah sampai pun kat Taman Negara sebelum ni 
tapi naik motosikal lah ....ride masa Givi Rimba Raid 

tapi pergi sendiri dan pergi ada program macam ni lain sgt rasa nya 
untung lah rasa dapat join program 
boleh explore banyak lagi tempat dan fully sponsored 
gitu 

 lagi best bila kau dapat pergi sama-sama dengan BFF 
gituuu ....macam time together-gather la kan ..haha kenmain 
perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam
tambah masa berhenti makan la ke bilik air la bagai
Alhamdulillah kami selamat sampai 

 masa ni nak ambil kunci bilik 
satu bilik berempat 
o.k je berapa orang pun, saya jenis yang tak kisah asalkan ada tempat tido 

 last time masa program Givi tu kami tido kat rest house biasa je 
bayar sendiri kan ...hahaha 
kali ni dapatlah saya tido kat Excape ni , o.k la bilik nya 
cuma bukan lah hotel  3 -4 bintang ...biasa aje 
just selesa nak tido rehat 

 sampai je group photo dulu 
adalah lebih kurang 35 orang peserta 
bergabung sekali agensi 

 minum petang dulu sebelum mula aktiviti 
memang dalam jadual aktiviti kaan bermula sebelah malam 
night walk nama nya kami pun dah dipesan bawa torch light 
 Floating restaurant 
Taman Negara telah ditubuhkan pada 1938/1939 
atas kebenaran Sultan Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk mengetepikan sebidang tanah yang merangkumi tiga negeri untuk mewujudkan kawasan terlindung.


 Dinamakan semula sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan,
 yang bermaksud "taman nasional" dalam bahasa Melayu.
 Taman Negara mempunyai keluasan 4,343 KM 
dan ia merupakan salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia
 yang dianggarkan lebih dari 130 juta tahun. wow amazing!

Tarikan yang terdapat berhampiran Kuala Tahan termasuk jalan kanopi,
 Gua Telinga (sistem gua),
 Lata Berkoh 
 Pengunjung boleh menikmati hutan hujan tropika, 
pemerhatian burung atau trekking hutan
 (contohnya Tenor Rentis) dan pemandangan sungai di sepanjang Sungai Tahan.

 dedua ni terbaik! selalu ada temankan saya 
pi mana-mana ada je adik-adik saya ni 
tq korang 

 Ha ni roommate 
satu bilik berempat kami lah tu 

 hamboi muke kenmain fokus... nak naik boat masa ni 
malam wakkk gelap nak melangkah naik ke boat tu 
setiap kali nak masuk ke Taman Negara tu kami kena naik boat kecik 
dekat je tak sampai 5 minit pun 
cuma kena cross sungai tu lah ...
kalau rajin nak berenang pun boleh rasanya hahahha x dalam tu 

 Meniti kedinginan malam 
suluh cari serangga dan di bawa oleh seorang instructor 
best sebab instructor kami rajin bercakap 
macam-macam info dia bagi 
baru saya tahu yang kala jengkin malam-malam kalau kita suluh 
guna night vision torch light dia akan menyala 
color biru ...kagum 2 minit ...hahah 

masa ni tengah suluh kat batang pokok, 
menyala color macam gold macam tu 
kata intructor ni , pokok tu menunjukkan udara sihat dan tak tercemar 
lebih kurang macam tu lah 
sis dah lupa ...lama dah kisah ni baru mampu update 
kah..kah .... 

kami pun ada juga di bawa ke menara tinjau
naik atas tu nak suluh kalau nampak binatang keluar malam-malam
cari makanan
tapi nan hado... hujan renyai-renyai
mau deme tido lagi sedap gamaknya ...hahah

Bila buka PC tertengok gambar...
 alahai macam x best pulak kalau tak update 
bila nak tengok at least buka blog ada kisah dan gambar-gambar
kan memory tu hidup je rasa 


kalau ikutkan entry Taman Negara ni akan ada 4 part 
nantikan ye 

sekian 

1 comment:

Siti Yang Menaip said... Reply Comment

muda2 elok join aktiviti macam ni.. seronok n yes kalau ada geng yang join skali memang menjadi2.