Bismillah
Hari Kedua awal pagi lagi kami dah bersiap-siap
bersemangat juga lah nak mulakan aktiviti hari ni
semalam dah suluh sana suluh sini tapi nampak serangga je
haiwan malu-malu nak keluar
sebelum gerak Cik Ana ada bagi taklimat sikit
pesanana-pesanan dan amanat-amanat
Nota: Para pengunjung perlu mendapatkan permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum masuk ke kawasan Taman Negara. bawa Camera pun kena daftar
berkumpul kat luar scratching dulu
longgarkan urat-urat kejap lagi nak trekking katanya
haaa siaplah ye berapa jarak lupa nak tanya
dari hotel tu kau kena jalan kaki ke jeti
adui boleh tahan jugak kna turun naik tangga gini
bergesel engsel lutut kakak ...hahahhaha
hari berikutnya idok ler kakak nak turun naik tangga ni
sanggup kakak jalan slow-slow mendaki bukit hihi
boat yang kami naiki setiap hari nak menyeberang sungai
sungai yang sepelaung je
matahari pagi dah menyuluh kami
masa ni nak bergerak masuk trek
masih dengan instructor yang sama macam semalam
bergerak by group
separuh jalan
kat sini o.k lah trek dia kayu
tak de lah kau nak kena pijak atas tanah atau batu batu
pacat kalau ada pun 10% aje
cuma pijak tu hati-hatilah
ada kayu yang dah reput
dah bertahun kan Taman Negara ni
1.0 Km nak ke Titian Canopy
Kali kedua kakak naik Canopy
dulu masa zaman muda remaja pun pernah datang sekali
masa belajar kat Poly
tapi masa tu setakat trekking ni xde hal ..muda kan
sekarang dah sempuuttt ...hahahah
Haaa tang nak mendaki ni hahahah
mampu tawa dalam tangisan ...lutut out! adoilaaaa
betabahlah kau menapak
Finally i made it !
selamat sampai tanpa sebarang kecederaan mental mahupun fizikal
alhamdulillah
tapi kan malu lah kalau kau yang baru 33 tahun tak larat
ada kakak yang dah 50 tahun pun still cabar diri ikut kami
salute lah kakak
Harga naik Canopy Walk
Dewasa: RM 5.00
Kanak-kanak: RM 3.00
Waktu operasi
11 pagi hingga 2.45pm (Sabtu ke Khamis)
9 pagi hingga 12 tengahari (Jumaat)
Fuhhhhh .... ada lagi 2-3 jambatan ni ye
tinggi kawan-kawan
Taman Negara (Panjang: 530 m; Tinggi: 50 m)
Pastikan jarak anda dengan orang depan dan belakang adalah 10 meter, untuk tujuan keselamatan.
setiap pitstop tu akan ada orang yang jaga dan pastikan setiap peserta berjarak 10 Meter.
ni dekat akar atau Banir pokok
besar betul pokok ni
Banir bermaksud pangkal pokok yang beruas-ruas dan menjalar keluar dari pangkal pokok.
Ada kalanya binatang buas boleh menyorok di celah-celah banir ini. hati-hati ye kalau dalam hutan
Biasanya pokok yang mempunyai banir yang besar
ialah pokok jejawi atau pokok beringin.
tapi pokok ni saya tak ingat pokok apa
tamat lah aktiviti pagi kami
penat boleh tahan lah
tapi bila bab bergambar masing-masing ON
hahah
Balik ke Resort
kami disajikan dengan Patin masak tempoyak ni
pergh... sedap betul ikan Patin ni
isi nya manis...di masak pula dengan sempurna
Perfect!
balik bilik mandi, rehat, solat dan buat apa yang patut
kami akan start aktiviti petang selepas
solat Jumaat
Skian
1 comment:
aktiviti aktiviti canopy ni best tapi yang kena hiking2 panjat tu huurm surrender =P
Post a Comment