Contoh Surat Penafian Saman


Bismillah....
aduyai...pepagi ni rase cam pening-pening lalat je....
baru je selesai draft surat
surat Penafian Saman ayahanda ku ....

dulu aku pernah bgtau pasal saman halangan lalu lintas
yang dihantar pada ayah aku sedangkan beliau tidak pernah pun
memandu kenderaan ke Kuala Lumpur
tapi saman yang dikeluarkan beralamat di KL

kalo nak bace balik rujuk disini


so ni lah contoh surat yang telah aku draftkan ...
rase cam o.k la kot ....belasah je ..huhuh


Nama………………………….
Alamat…………………………
…………………………………
…………………………………
Tarikh : 25 November 2010

Ketua Trafik Pasukan,
Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur

Tuan,

NOTIS SAMAN …………………..

Dengan hormatnya merujuk kepada notis saman No.Rujukan ……………….diatas kesalahan halangan lalu lintas bagi kereta bernombor pendaftaran …………di jalan Jaya 33 pada 02 September 2009 jam 08:16:00.

2. Sehubungan dengan itu, disini saya ingin membuat penafian bahawa kenderaan yang dirujuk dengan aduan kesalahan tersebut adalah bukan kenderaan milik saya yang bernombor pendaftaran ………..jenis ………..bewarna……... Ini adalah kerana kenderaan tersebut tidak pernah digunakan diluar kawasan negeri Perak, Ia hanya digunakan disekitar kawasan kediaman saya beralamat seperti diatas setelah kenderaan tersebut menjadi milik saya sejak………… .

3. Untuk makluman pihak tuan juga, saya tidak pernah memandu kenderaan ke Kuala Lumpur dan tidak tahu dimana terletaknya kawasan Jaya 33 yang dimaksudkan didalam notis saman pihak tuan. Oleh sebab yang demikian, saya ingin mengesahkan bahawa kenderaan milik saya tidak terlibat dengan duan kesalahan ini dan ianya merujuk kepada kenderaan milik orang lain. Disini saya ingin memohon pihak tuan membuat siasatan lanjut berkenaan perkara ini seterusnya menarik balik saman ini.

4. Bersama ini disertakan salinan Sijil Pendaftaran kenderaan ……………dan notis saman bernombor ………..bertarikh ………..untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.




Sekian, terima kasih.



(…………………………….)
(I/C No )









9 comments:

cheqna said... Reply Comment

salam
la...ada gak ke macam tu???
main tembak je ye...
ok r surat tu..hanto jangan tak hanto..=)

Unknown said... Reply Comment

diaorang ni buat kerja macammana ye..
nak duit mudah je..

Unknown said... Reply Comment

hurm...memacam kerenah

Mimie Famee said... Reply Comment

hi ross.. lama tak jalan2 kat sini
mmg pernah terjadi kes macam ni.
dekat abah sendiri jugak.
waktu tu kena saman dekat highway ipoh rsnya sedangkan time tu dia tgh mengajar kat sekolah. buat surat dan siap lampirkan bukti kedatangan ke sekolah hari tu.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said... Reply Comment

boleh buat contoh karangan ni

Fazleyatul Aini said... Reply Comment

hah ok la tuh
hantar je
kot2 berjaya ke
hihi

Anonymous said... Reply Comment

ADE ORG BWK KETE YG BERDAFTAR NAME AYAH KO????

MMG SEDARE AKU PON PENAH KENE GINI!!! HUHUHUHU

Jennifer Tan said... Reply Comment

Hi, thanks for your sample letter. My mum got the same case as your dad. Exactly the same, ><.. leceh betul to settle this problem.. seems many kena!!

Unknown said... Reply Comment

terima kasih atas perkongsian, sgt membantu sbg mangsa