Resepi Kuah Kacang

Bismillah ....

mood nak update blog masih ditahap kritikal...
malas yaa amat ....aduyai ..
jadi hari ni update yang ringkas saja..
Resepi kuah kacang (My style - tunjuk ajar Kak Sam )

Bahan yang diperlukan : 

2 Cawan Kacang 
1 peket Daging Kisar 
(direbus airnya disimpan untuk dimasukkan ke dalam kuah kacang nanti) 
santan (saya beli RM 2) dalam 1 cawan 
*5 Ulas Bawang besar 
*1/2 inci halia 
*1/2 inci lengkuas 
*4 batang serai  
air asam jawa 
garam 
gula

*Udang kering rendam dalam air (3 sudu besar) 
* Cili kering dalam 10 tangkai ...
kalau nak pedas boleh tambah kalau tak suke pedas boleh kurangkan 


cara masak : 

 Bawang merah, bawang putih, cili kering, udang kering, halia, lengkuas dan serai digoreng.  Kacang disangai dan di tumbuk kasar. 
 Kisar bahan yang digoreng tadi dgn sedikit air. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, gula dan garam.  Setelah mendidih, bolehlah dimasukkan kacang tanah dan santan  Masak sehingga kuah tadi pekat sedikit.


 Ni kuah kacang in making saya ...:P 

lastly dah boleh makan..

Selamat mencuba :) 

3 comments:

Kesuma Angsana said...

best ni fevert KA !

AkuMalas said...

Ni,kalau makan malam memang nyenyak tidur dibuatnya!

Mariana Azmi said...

terbaik la rose ko rajin nk masak..if aku mmg x la kan hahaha...