Chilli's Crab Restaurant

Bismillah....

Korang maaf la kalau ada yang rasa macam blog saya ni dah bersawang ..wakakkaa
lama dah tak update ....bukan tak nak update 
malas lah nak bagi macam-macam alasan..ngaku terus terang lah kan ...
mula-mula sibuk...pastu buat-buat sibuk....terus jadi malas gila..hahahha

xpelah sy pun tak la ramai reader ...
tulis ss je kan..so kurang sikit rasa bersalah..hahahha
maafkan saya ye!

haritu ada pergi makan kat satu restoran ni 
sedap seafood dia..highly recommended

lokasi 
RESTORAN CHILLI'S CRAB
26-1 jalan pju 5/9, Dataran Sunway,
 Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya.
 Petaling Jaya, Malaysia
operation hour : 11.00 a.m - 11.00 p.m 
quality of food :)
200% milik bumiputera (melayu)
Time : 10.30 am - 11 pm (10.30 pm last order)
Off day: 1st & 3rd week wednesday
0361416033
FB

ni dia punya interior design 
ada gambar food besar-besar 
cukup untuk buat masa menunggu tu perut bershuffle sakan ...hahaha

Chilli Crab 

kami berdua je dengan Linda..
jadi order yang simple jela...
2 set crab berlainan cara masakannya
dan bun ....

egg salted crab..

dua menu yang kami ambil ni memang la terbaik! 
sedap..gabungkan kedua-duanya meletop la rasa dia 
tapi makan ketam kena bersabar ye..hahha

sebab kulit dia is so KERAS 
jenuh jugak la dok sepit..nasib baiklah tak terpelanting ...hoishh...hahaha
Linda yang tolong sepitkan ..keraih sungguh kulit dia 
tapi isi kat dalam..perghhh sedap ..padat ! 


harga pun boleh tahan sedap jugak..hahahha
yela..what did you aspect
big crab dengan isi yang tebal, padat ..
dimasak sempurna dan sedap!
takkan la harga stakat 10-11 ringgit....
itu adalah silap tanggapan namanya..hahahhaa

iols is eksaited nak makan dah masa ni ..haha
hampir sejam makan ketam 2 ekoq dengan 6 ketoi bun! 

total lost : RM 100 +

nak tengok menu lain boleh pi tengok kat foursquare ni ..


Sekian .

Good Luck for your future dear!

Bismillah....

sorry lama beno tak update blog...bukan tak nak update 
tapi I olss is malas....haahhaha 
adoii....ni la nama dia hidup segan mati tak mahu blog daku ini ...huhu
ampunkan lah daku yang malas ini ....

kitorang buat sambutan kecil-kecilan untuk Cik Ili Sarah Suhadi ni...
dia intern 3 bulan kat sini 
tapi kami close ....sedih je bila ili xde 

 selalu kalau ili ada dia selalu tanya semua orang siapa nak air?
dia akan tolong bancuhkan air ...
kalau ada buat makan-makan dia la yang rajin tolong cuci pinggan-mangkok 
calon menantu terbaik ni ...kakakkaka :P 

 masa dia bagi ucapan touching la pulak 
adoii...rasenya tak potong bawang...tapi tetiba je air mata ni nak mengalir 
huhuhuhu..... miss u lah Ili 

kitorang buat collection sorang sikit beli nasi arab 
makan ramai-ramai 
bila makan ramai-ramai yang biasa-biasa pun boleh jadi luar biasa
harapnya makanan tu ada keberkatan lah ....

 oleh kerana ili suke watak En.Muaz dalam "Drama Mencintaimu "kitorang saja je kenakan dia
syafiq la dalang prank..hahahhaha
dia yang tolong printkan gambar muka 
nilah dia pengaruh drama petang-petang ...ahhahhaa

 asalnya rasa makanan sikit je...
bila da susun semua..eh? banyak alhamdulillah 
semua kenyang 
kuih tart ni K.Ana beli..sedap! 
serius sedap..tak tau mana dia order 

Dear Ili, 
kami kat SKPI dah anggap ili sebahagian dari kami , 
kami pasti merindui Ili,Semoga Ili terus berjaya didalam setiap bidang yang Ili ceburi, 
Semoga Ili sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.w.t hendaknya 
we love u dear , take care and please don't forget us here " 



Sekian....



Tumis Teak 5, Publika

Bismillah....

korang suke makan pedas ?
suke masakan melayu?
rindu masakan kampung?
cewaahhh...bajet macam food blogger sgt nih? puiii 
actually tempat makan ni memang lah best ...jadi harus di kongsi dengan  korang 

alamat seperti berikut 

Solaris Dutamas, 1,
 Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur,
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Dutamas dan Publika is same o.k! tak payah nak confused sgt la kan 
hahahhaa..padahal kitorang yang confused masa tengok alamat restoran ni 
kat Publika ke? kat Mont Kiara tu ke? 
sebab word SOLARIS yang meng'konfius kan kami :P 


ini view di depan kedai 
korang boleh parking valley je kalau pergi ramai dan malas jalan macam weolss...hahaha
sebab ramai mampu lah ko nak parking valley ...tong-tong sorang sikit 
Valley parking kat Publika ni RM15 per entry ye
parking kat area taman depan tu 

kalau pergi awal boley la park kat parking bawah 
lagi murah...tapi kami pergi dah waktu lunch hour kalau cari parking lagi kat bawah?
alamat lah nak sempat makan dlm masa satu jam ....

masa kami sampai kami dilayan sgt baik oleh K.Yani owner restoran ni 
bagus sgt kakak ni ..dia akan suggest menu kat korang 
so tak de la macam terpilih-pilih ter'blur-blur' apa nak makan 
dia cadangkan kami makan yang set sebab ramai kan 
so semua setuju 
dia kira dalam RM 34.00 perhead 

Buku Cerita a.k.a Menu book

 Air dia bagi dua botol 
sirap selasih dan tea O ais...
masing-masing sibuk belek phone sementara makanan sampai 

 Yang ni sotong goreng kunyit 
rasa dia biasa la rasa sotong dan kunyit..hihihi

 ayam goreng pun termasuk dalam set yang kami pilih 
pun rasa ayam tak de lah tetiba rase kambing ke apa ...
o.k tak lawak T_____T : P


telur dadar 
saya suke yang kosong..yang ni berbawang ...
tapi bila makan ngan nasi o.k je,,,,sedappp rupanya :P 


 haaaaaaaaaaaaa... yang ini memang saya suke...
sedap oii....crab soup ...
dia di inspirasi daripada shark fin soup 
sup ni pekat dan sedap lah senang cakap 

semua muke tazabar itu sebenarnya..hahahha
lauk pauk da sampai nasi belum sampai ...
killer dish pun tak sampai lagi 

 yang ni sayur special katanya 
sayur taugeh hijau ni 
saya pernah makan dulu dan tak suke! sebab ada bau pelik 
tapi yang ni amazingly ! tak de bau pelik dan sedappppppppppp 

 selain tu ada siakap masak pedas rasenya 
nak cakap 3 rasa macam bukan 
yang ni pun sedappp...ikan rangup ...memang habis sampai ke tulang la kena ratah 

 Killer dish is daging maut! 
memang maut oiii..pedasss dan sedap gilaaa...
mana tak gila kau ...bila suap je fuhh pedas ..
lagi pedas lagi sedap ....berasap telinga! hahahhaa
terbaek boboboi ! 

Finally sampai la dessert ni 
mango jelly rasenya 
lepas makan daging maut yang super pedas dapat pulak jelly mango ni..
alahai nyaman tekak ..memang terbaik 

 layan jelah gambar drama diorang ni 
hahhaa..sinetron sgt 
pi la buat casting berlakon uolsss

 bukan senang nak dapat pic Cik Aini tersenyum gitu ...ahhahha
asyik la buat muke macho dia :P 

 kami pergi berlapan haritu 
bila-bila boleh la pergi lagi ...
sebab daging maut tu memang buat terkenang-kenang ceewahh ..
hahahha


Sekian 



Dapatkan Keropok lekor 008 tanpa perlu ke Terengganu!

Bismillah 

Minggu lepas masa cuti sempena Kemerdekaan ada ofismate pergi Kelantan & Terengganu 
amboii jalan sakan diorang ni...
balik ke ofis diorang belikan keropok lekor kelulut 008 ni ...
bila dah panaskan, makan ramai-ramai kat ofis  ..sedapppppppp rasa tak cukup 
keropok dia mmg rasa ikan xde la rasa tepung semata-mata 

boleh baca review kat blog Kak Neena I'm Yourss ni 


 Jadi dengan inisiatif diorang kat ofis ni ...
gigih la kami call Keropok Lekor Kelulut 008 ni tanya ada servis penghantaran tak ?
sekali kakak tu cakap ada!!!!!!! 

hoyeee! 
kami pun terus ambil order dan hasilnya seperti dibawah 
Penug freezer kat ofis..wakakakkaa 
penghantaran dibuat melalui perkhidmatan Bas jadi kena pick up kat terminal bas 
Thanks dear ofismate yang tolong order dan ambil kat TBS nun 


 nilah rupa keropok lekor rebus...
tengok isi ikan tu boleh nampak kot 
nyumssss

 kami panaskan pakai microwave je kat ofis 
tapi 3-4 kali refill jugak la 
hahahhaha...
letak je habis...bagusss...jangan membazir ye 

yang ni keropok lekor goreng 
satu pek ada 25 pcs....

yang last ni saya beli kat KUD Putrajaya 
goreng kat rumah ...makan berdua tak de lah goreng banyak


kalau ada yang berminat nak beli 
boleh contact kakak ni ye : 

Kak Rohani : 016-9228008
 Penghantaran melalui bas adik beradik 

keropok lekor ada dua jenis 
Rebus : 5 batang satu bungkus 
Goreng : 25 batang kecil-kecil satu bungkus 

biasanya keropok akan dimasukkan ke dalam kotak minyak masak yang besar tu 
dalam boleh isi sehingga RM200
cas penghantaran RM 10

bila call kakak ni pastikan ada terminal bas terdekat 
dan pastikan bas yang digunakan ada kat terminal bas tu

Thanks K.Rohani , semoga perniagaan akak lebih maju dimasa akan datang :) 


Sekian. 


Lunch at Dave Deli, One Utama

Bismillah 

Hari-hari kalau asyik hadap benda sama je bosan juga kan 
so suatu haritu kami ikut officers pergi makan kat Dave Deli ..
hihii...jauh sikit la merayapnya 
kat sini makanan yang ada jenis western 
alamat :

Lot G212, The Promenade,
 One Utama Shopping Centre,
 Lebuh Bandar Utama, 
47800 Petaling Jaya, Selangor D.E
. 03-7726 9490




waktu lunch ramai kut yang pic kat atas ni bukan sy snap 
hari kami pergi sgt ramia ..full 
cara order makanan self service 
beratur, order, ambil makanan dan bayar o.k 

 Antara menu yang kami makan pada hari tersebut 
yang ini Linda punya 
nama menu ni 

Braised Beef Ribs

besar portion nya..Linda tak habis makan ...hahahha 
rasa dia 3/5 

 yang ni saya punya 
nama dia 

Beef Rissole

kat tekak saya sedap la jugak 
cuma nampak macam daging burger kan daging tu ? hihihi 
sos black paper dia sedap....
tapi dalam banyak-banyak paling win dia punya mashed potato
sumpah sedap! 

 yang ni Cik Add punya 

Chicken Parmigiana

 Puan Shazi dan Pn.Rikha makan ni 

Dave’s Original ¼ Roast Chicken

mengikut orang yan pernah makan makanan ni 
menu ni highly recommended
so kena try ..next time kalau saya kesana memang la nak order yang ni 

 Adik manis Ili Sarah order yang ni 

Footlong Chicken Sausage

rase lupa nak tanya dia sedap ke idokk? tapi tengok dia makan habis 
misti rasa dia o.k 

saya , Linda dan Cik Add minum air ni 
sedap ! Ribena Longan nama nya 


Sekian . 


Obedient son

 Bismillah 

Di dalam Al Quran, anak disifatkan sebagai anugerah atau rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
 Bukan semua pasangan yang mengimpikan untuk mendapatkan anak berjaya. 
Allah telah memilih mereka yang tertentu sahaja
 jadi kita haruslah bersyukur ke hadrat Ilahi
 jika kita mempunyai anak 
kerana sesungguhnya kita tergolong dalam kalangan yang terpilih.

 "Setiap manusia yang dilahirkan sudah ditentukan rezekinya dan tidak akan mati sehingga dia mendapat semua bahagian rezekinya dahulu."

hari-hari ni je lah yang saya ada untuk ditatap 
untuk dibelai dimanja .....anak bulus je pun
hari ni nak cerita pasal anak jantan nan seekor ni .

Ginger ni saya bela dia bukan lah dari kecil...
saya ambil dia masa dia dah besar...kisah dia disini
masuk hari ni ada lah dalam 4 bulan..



masa mula bawa dia balik, dia macam garang sikit...
memang tak nak langsung kena dukung, duduk atas riba memang la tak boleh..
kuku dah la tajam....takut jugak mommy masa tu ..hahahha

tapi bila dah lama bela mommy dah tau perangai dia...
dia ni manja sgt ngan mummy ..dan paling mommy sayang dia ni sebab 
dia memang mendengar cakap dan tak melawan ...

paling ketara bila mommy nak mandikan ginger
mula-mula takut kot...
kuku tajam dia ni ! nak buang pun tak berani ..hahah
 takut karang baru sekali siram di cekaunya mampos..haha
rupanya tak! walaupun dia tak suke...tapi dia cume bunyi dan pandang je muke mommy 
kena la pujuk sikit..."ginger mandi kejap je k...baru wangi" hah gitu
dia pun tadah la mommy korek telinga sabun semua dia tahan je..huhu
T_____T 


dan diani suke pose o.k...
kalau nampak mommy nak snap gambar mula la pose manja dia..
see taring dia tu? 
haishhh...tajam oiii ...nasib ko baik nakk.....

paling suke bila orang sikat bulu dia...
panggil dia cakap meh mommy nak sikat sambil tunjuk sikat terus datang duduk macam tu kat depan 
amboiii....comel sgt nih..hihihi 

pose manja bersama dada sado dari abam ginger 
meltttt .... :P 

see... macam-macam gaya dibuatnya
geram ngan si muka bulat ni ...
luv u xoxo...


Sekian


The best Nasi Ayam goreng kunyit in town

Bismillah....

Just nak share makanan yang sedap dan simple ni ...
first time makan masa tu Tn.John yang belikan 
dia datang waktu lunch di ofis ajak makan sama kat kafe...

amboiii tetiba hari tu nak suweet pula kan ...hahaha 
siap tapaukan nasi ni 
so buka je polistrin tu nampak nasi putih, 
ditambah kicap , sambal belacan sikit dan ayam goreng kunyit bersama kacang panjang 
perghh..sempoi ni ...

 close up sikit ......
bila suap je ke mulut...hoiiiii...sedaaaaaaappp....
memang cukup rasa dia 
pedas dia..masin, lemak ..eh sedap laaaa senang citer 

kali kedua makan Tn.john hantarkan nasi kat ofis juga...
tapi tak makan sama tak sempat katanya...
share sorang sikit dengan Linda....dia pun cakap sedaaappp...

hahahha...

share dekat group whatsaap ofis...
semua teringin nak rasa ...
jadi minta tolong kawan ofis si Syafiq pi beli waktu lunch ..

memang tak cukup makan sebungkus
kena 2...hihihi

harga sebungkus
RM5.00 je 

lokasi beli nasi ni dekat tepi Menara TM, Bangsar 
dia jual kat lori 
weekdays sahaja...weekend xde ye...


Sekian.