Bismillah ....
Perjalanan kali ni tak plan pun.....
dan kami pergi balik hari tak tido sana
just jalan pusing-pusing Pulau
kami ke sana guna Jambatan Kedua
Jalan Motosikal kosong o.k
best...dengan Bayaran RM1.70 dua hala ...
pastikan ada touch n go ye
kami pernah sampai penang dulu
tapi masa tu naik kereta
feel dia lain, view dia lain walaupun lalu tempat yg sama
lokasi pertama yang kami singgah
Restoran Deen Nasi Kandar Jelutong
ramai oiii..... beratur hakak nak ambik nasi
haa..punya la lama beratur sempat hakak tido sambil senyum ..ko mampu? hahahhaha
adoi ni la bila minta laki snap gambar sekeping je dia ambil
Sedapnya ...huhuhu
Deen Nasi Kandar Jelutong
Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia
lepas settle makan kami gerak pergi Batu Feringghi
pusing-pusing tak ada apa sgt kami terus je panjat bukit
malas nak patah balik sebab jem kot
letih nak selit-selit
The Ship kat Batu Feringghi
tak makan kat sini pun..singgah snap gambar je pun
👀👀
Lepas lalu jalan berbukit kami sampai kat sini
bukan memang nak kesini tapi 'terlalu'
dan masa tu hujan mula turun
ESCAPE Adventureplay
828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang, Malaysia
Sebelah Escape tu ada Entopia
cantik kot tempat ni
tapi saya tak masuk pun ke dalam
ramai sgt orang............ cuti masa tu
Entopia by Penang Butterfly Farm
Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Penang, Pulau Pinang, Malaysia
details harga tiket semua rujuk kat sini
ni kawasan Empangan Teluk Bahang
seluas pandangan kat sini
selalu lepak Empangan KKB je
haritu sampai kat Empangan Teluk Bahang :)
kami naik ke atas lagi layan corner kat Titi Kerawang
berbeza sungguh apa yang kami lalui haritu dengan Penang yang pernah kami pergi dulu
sebab dulu pusing-pusing town
kali ni other side of Penang
Lepas penat layan corner pi cari Mee Udang
kami singgah Mee Udang Ayu atau Mee Udang Teluk Kumbar
936 B, Lengkok Kampung Masjid 1, 11920 Teluk Kumbar, Pulau Pinang, Malaysia
Mee Udang dia sedap la
kuah dia pun o.k
Udang gabak tu ada 3 ekor sebab ni mee biasa bukan special ke apa
Kenyang Alhamdulillah
ada juga plan nak makan Laksa Tempurung
tapi perut pun dah kenyang kan
next trip la kalau sampai sana lagi
kalau ada yang nak pergi ni lokasi dia
kami ada lalu
Laksa Tempurung Sungai Batu, Teluk Kumbar
Jalan Teluk Kumbar, Kampung Sungai Batu, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia
Perjalanan balik dari Penang sangat mencabar
sebab hujan turun selebat-lebatnya
nasib baik bukan masa atas jambatan
kalau tak takuit jugak
memang lencun basah kalau orang kedah dia cakap basah lokoih
baju boleh perah...hahahhaha
tapi o.k je air je kan .
cuma tak selesa sgt la
tapi insiden yang paling tak boleh saya lupakan
Alhamdilillah tak de apa yang berlaku
masa sampai ke kawasan Taiping
kami jumpa sekumpulan motosikal
budak moto la kiranya ramai dalam 30 buah
diorang naik motosikal memang xde safety
pastu suka hati je guna semua lane
nak berlumba sila pergi dulu
sampai satu jambatan sempit sebuah motosikal tu himpit sebuah bas
kami ada tepi bas tu
rasanya Bas tu tak nampak pun
nasib baik Tn.John tak laju
dah slow sgt hujan kan
sempat la brek dan ada motosikal dari group yg sama hampir langgar motosikal kami kat belakang
-_______________-"
kami terus keluar exit Kuala kangsar dan guna jalan dalam aje
tak kuasa nak berhimpit sesak dengan diorang
diorang nak race tu diorang punya suke la
tapi jangan la ganggu org lain
Alhamdulillah
kami selamat sampai malam tu
sekian
10 comments:
Alhamdulillah korang selamat...adoi la dorang ni pun...nak berlumba sampai susahkan orang...grrrr...
weiiii, kenapa tayang nasi kandaqqqqq???? terliur okeyyyyyyy...adoiiii..
nk race p circuit sebenar la, woii..! ooppss.. mahap! t'emo plak baca entry u. isk3..
Tak suka betul motor nak merempit kat jalan. Alhamdullilah selamat sampai. Seronok berjalan 😍
syok baca entri ni.
something new pada aida.
lain dri yg lain jalan crita.
gambo pun cantik tau :)
rider holiday...
@wahida terliur ala ajak ler cik Abe repeat jalan-jalan Penang ...
@ArELeEzhahahha ..woii..woiii ..geram kan ..tak pe Emo tu maknanya maksud yang sy nak sampaikan tu memang sampai kpd org yg baca ....hahahhaha
@Siqah Hussin Alhamdulillah seronok jalan tapi safety first !
@adianiez AIDA hihi seronok jugak jalan-jalan ride ni ...kepuasan tu lain sikit ...TQ singgah baca
Weeeee, killa suka g penang makan nasik kandar deen majuu. Sedappppp gilaa
Jemput singgah ke blog killa ye 😘😘😘😘
http://www.syakillaazam.my/tip-kesihatan/mengapa-orang-obesiti-tidak-berasa-kenyang/
Menarik kat penang.. Wishlist nk smpai sininjgk. Pernah g zmn kecik² dlu
Post a Comment