Ride to Southernmost Tip of Mainland Asia, Tanjung Piai

Bismillah 

Perjalanan paling jauh setakat ni 
bertolak pukul 7.30 pagi dan smpai ke Destinasi pukul 5.30 p.m 
10 jam perjalanan tapi ada stop-stop bukan la non-stop 
mampuih patah pinggang den ...😂😂

kami pergi ni pada 22 April 2017 (Sabtu) 
malam jumaat tu la Dinner yang saya update sebelum ni 
balik dah lewat malam ...pagi-pagi lagi dah keluar 
pagi tu hujan la pulak..adoi ingat dah tak jadi ke Tg.Piai tu... tapi hotel dah book 
nak tak nak kami akan pergi 

jauh kot .....so hotel book siap-siap takut xde tempat nak tido..hihi 
book kat Agoda je ...tapi bila perjalanan melibatkan Motosikal 
perkara paling penting bila nak menginap mistilah keselamatan tunggangan 
kang jalan jauh-jauh ko nak balik naik apa? hahaha 
keselesaan kita letak no.2 ye 
make sure Hotel tu ada parking Motosikal yang selamat 

 Perjalanan lebih kurang 341 KM dari KL 
tapi estimate time arrival 5 jam 27 minit kalau non-stop 
kami takla non stop ...kuda hitam nak rehat juga...jenuh la ko perah dia pastu tak berhenti 
kalau kuda hidup pun mampuihhh 💨💨 

stop kat RnR xde yang menarik pun, just stop ke bilik air atau basuh muke 
yela ni Malaysia.....panass wakkkk
kami exit highway kat Muar 
cadang nak makan Mee Bandung Muar ...
kami pergi Mee Bandung Sahak  
sekali smpai situ...kedai buka tapi dia jual mee bandung malam je 
sedih -____-"

Singgah ambik gambar kat crown ni 
setelah kehampaan nak makan mee bandung tapi nan hado 
kami terus navigate ke Batu Pahat 
nak makan Beriani Power 
 haaaaaa.....dah berkicap baru smpai 
jauhhhh gak la
pastu dia kat kawasan perumahan... bukan tengah town 
ingatkan kena game ngan waze sebab belok sana belok sini kawasan rumah orang 
skali tadaaaaa nampak sign board dia

masa sampai beriani gam dah habis ada beriani biasa je..ayam ngan daging

 elok sangat la perut memang dah berkonsert kat dalam 
dari lagu irama Malaysia nak makan Mee Bandung tak dapat ! terus tukar heavy metal..hahahhaa 
berseni perut hakak ni..kruikk..kriakkk 
:P 

close up nasi beriani 
Sedap! nasib baik sedap! kalau tak memberontak jugak la ....jauhh perjalanan 
dah berkicap satu badan kalau kumpul dalam botol dah sebotol dahh...miahahhaa 
lepak lama sikit kat sini bagi regang otot-otot pinggan ...
baru kami gerak semula...
tengok dalam waze kami ikut jalan dalam je 
lalu tepi laut ...wow 

harus lah kami singgah tengok laut yang ada
 ni dekat Rengit
tapi tak pasti kenapa air laut kat situ keruh...macam air teh 
mungkin ada construction rasanya 

kami lalu juga kat Senggarang 
nampak ada signage kat tepi sungai nice jugak..jom la ambik gambar 
bukan selalu nak datang sini 
kalau saje-saje nak datang tu ..hurmmm hahahha alamat la 

lepas lalu Senggarang laluan kami adalah laluan kampung je 
tapi kagum jalan kat sana elok o.k xde lubang-lubang durjana yang perlu dielak kekanan dan kekiri 
smooth je perjalanan kami 
Alhamdulillah...cuaca pun helok o.k x hujan ...

kami ride memang tak pernah bawa baju hujan 
bak kata Tn.John kalau takut dilambung Ombak jangan berumah di tepi pantai 
kalau takut direnjis hujan jangan menunggang di lebuhraya ..kah......kah...kah...
bukan main ko banggg 
antara kawasan yang kami lalu, Rengit, Tampok, Benut, Pontian, Rambah sebelum sampai ke Kukup 

Finally we are here!
THE SOUTHERNMOST TIP OF MAINLAND ASIA!
nak masuk ke dalam ada kaunter kna bayar ye 
lepas dah bayar masa balik boleh collect sijil 
tapi masa ni penat melebihi segalanya 
ambik gambar pun ala kadar aje 
asal ada 

lepas dah jalan melalui paya 
di penghujung akan jumpa glob 
macam dalam gambar kat bawah 

awas tau kat sini ada banyak monyet 
hati-hati dia nak makanan takut dia ambil beg aje 
kami tak ke Pulau Kukup pun..dah petang sangat dah nak tutup

kami terus ke kawasan jeti Tanjung Piai 

masa ni dah pukul 6.30 p.m 
kaki Ai gagah aje berjalan lagi 
hihihi ...kami check in kat Kukup Golf Resort 
kami tido sini satu malam je 
esok pagi-pagi dah bergerak balik ke Melaka pulak 

sebelum bertolak balik jom ambik gambar buat kenangan 
jauh ni ntah sekali seumur hidup nak sampai sini kan ?
nanti ley tunjuk kat cucu cicit ..atok opah ko dulu rider...wakakakakakaka 
rider kapcai aje cu...hihihih 

 pagi tu singgah dekat Taman Rekreasi Pantai Rambah 
ingat masa malam tu nak makan Mee Udang kat sungai Rambah ni 
tapi tutup jugak ..xpelah xde rezeki nak rasa  

Cik Teh nak ngorat BF kiter laaa....dia cakap nak rasa dok KL 
boring dah lama duduk kat Pantai Rambah ni ...hihihi 
sorry Cik Teh, tak muat nak bawa balik KL ...hihi 
Cik Teh tu telinga dia macam putus sebelah sikit je la bahagian hujung je...

o.k nanti sambung cerita ke Melaka waktu balik 

Sekian


5 comments:

Wak Lat said... Reply Comment

5jam setengah dh jadi 10 jam., amvoiii
tukar2 driver tak? ;p

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@tiga lalathehehhe dah tentu TAK ...hahaha ni nama dia jalan-jalan makan angin ...ekekkee

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said... Reply Comment

win betul peribahasa tn. john. ha3..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@ArELeEzhahaha tula over kan peribahasa dia...

LYAfrina said... Reply Comment

Jauh perjalanan..

Cantiknya view situ