Ku terbang tapi tak melayang.......

Bismillah .....
sebenarnya aku sungguh excited nak citer tentang benda ni ...
dari last week b4 aku attend bengkel ni lagi...
dah bermain2 kat kepala
"nanti nak wat N3 tentang aktiviti mase pegi bengkel"

Lokasi : Agrotek Garden Resort, Hulu Langat
Tarikh : 14 Dan 15 December 09
"Bengkel de-stressed and recharge"

Fuhh...memang best...tak sangka..
aku sungguh teruja...
kalau ditanya padaku..
macammane takot tak ?
mule2 je takot...lepas tu ...sangat best ...
aku rase bertuah je dapat merasa wat flying fox ni...
aku dapat terbang...tapi tak melayang...
selalu tengok kat TV je..hihi..
korang pernah try tak ?
rugi kalau tak cube tau ....
tengok tu...tinggi tak?
jarak flying fox tu lebih kurang 500 meter kot...
aku pun tak sure

aku dah nak flyyyyyyyyy.... hihihi
huh...alhamdulillah...selamat sampai ...


hihi...aku berjaya
terbang tapi tak melayang ...

si hijau yang buat aku gembira ...

Bismillah ....
hihihi...
hari ni aku gumbirah happy...
kenapa?
ala..sebab dah dapat si hijau ...
ha? apekah itu ?
ala yang kaler hijau tu ...
hihihi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ni la si hijau tu ...
Sekeping kertas je ...hihihi
Ya...ini pay slip ku bulan ni ..hihi
Yes...GAJI dah masuk

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Alhamdulillah ....

-Sekian-

Black & white photo Contest

Bismillahhirrahmanirrahim ...
hari ni baru dapat blog walking kat 2 3 blog ....
terjumpa ni plak ...
contest kat blog 4 Ur Eyes Only
rase cam best je ...
nak try gak...menang atau kalah tu perkara ke-2
contest yang pernah aku join..
tak pernah menang pun...hihihi
ini bukan ayat simpati o.k ...
ahax..hihihihihi
sesaje..sesuke ...
untuk kali ni aku pilih gambar ni..


tapi kenapa gambar ni?..
sebab...saje ...
aku ade baca syarat2 penyertaan tu..
katanya nak gambar diri anda sendiri..yang hitam putih...
dan
ada jugak mention
"boleh bergambar ramai-ramai" CUMA pastikan anda adalah subjek utama
dalam gambar tersebut (main focus)
bila orang tengok gambar tu orang akan notice you are the first instead of the next persons sitting next to you....

aku rase cam o.k kot gambar ni ..huhu
tak pe la ...blasah je ...hihi
saje tak nak letak gambar sorang2...cam tak meriah ..ahax ..
o.k Adios
-Harap-harap penganjur berpuas hati -

..ada yang tanya..ini jawapannya...

Bismillah.....
setelah agak lama tak dapat menatap blog ku ini dan
tak dapat nak terjah merayap di blog kawan2...
Sorry sume...ari ni nak blog walking la....hihi
akhirnya ..hari ni aku dah kembali ke office setelah 2 hari berkursus
tak la lame mane pun...hihi
Penat...Sengal...letih..tapi.....Best!!!!
tu la yang kurasakan....
nak type ni pun tangan ku sengal dan sakit ...
bengkak rasenya ni..
tangan dah debab berisi bengkak pun nampak cam biase je ...hihihi

o.k..o.k...kembali pada tajuk...

ada yang bertanye..Birthday dapat hadiah ape kan?
haritu jawapanku " takde" tapi last week ari Jumaat ..
I got this...
walaupun agak lambat ...tapi It's o.k ...
sebab encik abg ku itu demam last week ...
demam agak trok sehingga dapat MC ...
kesian die..huhuhu

Thanks dear ...sedap Kek ..dan cute bear itu ...

aku P.E.M.I.N.A.T yang agak fanatik


Bismillah...
petang2 camni..mata ni memang rase agak berat ..huhu
tetiba aku terdengar plak lagu Alif satar - Jangan Nakal
ala yang peace..peace tu ..
misti tau kan ?
pastu aku terus teringat rancangan 'peberet' ku..
hihi..
aku pun tak tau kenapa ..tapi yang pastinya aku agak fanatik ngan rancangan ni ..
tiap minggu misti tunggu je depan tv ..
apa kaitan rancangan tu ngan Aliff Satar ?
sebab dia la hos rancangan tu ....

antara peserta kegemaranku
Dayana, Azzam, Jiha dan Ain
yang lain pun suke gak ...tapi yang empat orang ni lebih suke..huhu
bley plak camtu?..hihi

ni la semua wajah2 peserta cilik yang berbakat besar itu ...
series sedap giler suara diorang ni ..
kalo nak tau..aku rancangan realiti yang nyanyi2 orang dewasa
macam OIAM ke, My Star LG ke mmm...aku tak layan langsung
MENTOR layan cket2...
tapi Idola kecil ni terlebey layan la pulak ..hihihi
Peserta yang menjadi sukarelawan menarik diri...
Khor Bin Sam
Alor Setar, Kedah

tak tau ape sebabnya ..ada tanda tanya disitu ..???
aku musykil..sampai ari ni tak terjawab lagi..
sangat sedih masa ni ...
aku dah la agak minat kat Suara Sam ni ..
Sedap ...

Persembahan terakhir Sam yang sangat mantap ...
Syabas buat Sam ..
"Semoga Sam berjaya dalam hidup"

sesekali rase cam tak sanggup nak tengok peserta lain tersingkir minggu ni ...
huaaaaa

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

...kakak yang agak saiko ..hihihi..
Semoga adik2 semua terus berusaha buat yang terbaik ....luv U all

T.A.Z.K.I.R.A.H jumaat...


10 Surah yang Mujarab dari Nabi Muhammad s.a.w



1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya." Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Mari renung-renungkan dan selamat beramal...

Ada apa dengan 9 December .....

Bismillah....
Gambar siapakah itu?
dan apakah kaitannya dengan N3 kali ni??
mmm...kalau nak tahu ..

beliau ialah Kirk Douglas
iaitu salah seorang daripda American Actor
Beliau dilahirkan pada 9 December 1916

dan siapa pula manusia dibawah ini?

Donny Osmond
dilahirkan di Ogden, Utah
Merupakan seorang penyayi
dilahirkan pada 9 December 1957

Perempuan awek ni pulak?

Allison Smith
dilahirkan di New York
merupakan seorang pelakon yang berjaya
dilahirkan pada 9 December 1969

and ...
the last but not least
It's me ..........
was born on 9 December 1985
at Perak, Malaysia ...

hihi...apakah motif N3 ni ? ..huhu
saje je nak bgtau semalam birthday aku
eh..tak la..no..no..no..
salah tu.....
saje nak cari tokoh2 yang lahir pada tarikh yang sama...
ramai lagi..tapi semuanya 'mat salleh'...malas ar nak masukkan ..
niat dihati tu nak cari tokoh2 melayu, tokoh2 Islam..
tapi tak de la pulak ..mmmmm

anyway thanks to all yang dah wish kat Facebook...
Especially
Teacher Mona Mohamad....
guru kelas masa form 2.....Thanks teacher ...miss u..

pada My Fiance
walaupun wish pada jam 2.41 petang
dan bukan la orang first yang wish macam setiap sahun sejak tahun lepas..
tapi Thanks ye dear... Terima Kasih sebab masih Ingat jugak ....

pada semua kawan2 SERASHA
Ika, Suhaimi, Mardiahna, Ayu, Tina, Ecah, Shikin, Oma, Asrar, Ikhwan....dan yang lain2
dah tak ingat ..kalau tercicir sowie eh ..
...pada kawan2 POLISAS
Aina, Beth, Suria, kak fahiya, Moon, Fini, yanti.....
pun sorry kalo tak sebut nama...
Kawan2 kat TNB
Kak Ita, Kak Noraini, Chander, Shree..
Blogger..
Azriey, Poojie, Zulkifli, nuts...dan lain2

tak sangka dah 24 tahun dapat hidup kat muka bumi Allah ni...
Alhamdulillah.....
Terima Kasih Ya Allah ..
mudah mudahan aku dapat sambut yang ke-25 pulak tahun depan..amin....






Gelagat Artis

Entry ni terhasil untuk menghilangkan keboringanku
dan ianya dapat jugak merelekskan minda untuk seketika..
mari kita layan .....
























Skrip yang terdapat didalam N3 ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah arwah ..

-sekian-

Ragut oh ragut .........



Bismillah.......
Rase macam dah lame gak tak update blog ni....
haip....jangan ingat sebab sblom ni wat entry tentang
"Love is Complicated"
sebab tu dah lame gak tak update blog ??....
..no no no...
salah tu ... itu tak de kena mengena ngan tak update blog ni ..
hihihi..blog ni tak berupdate sebab kena serang ngan penyakit "M"
huhuhu
O.k...hari ni misti semua orang pun tau tentang kes ragut
kat Maluri yang mengakibatkan kematian tu ???
Al-Fatihah buat allahyarham...

mmm....rentetan daripada kejadian tu aku nak komen cket ...
Komen ni berdasarkan pemerhatian ku setiap hari ....

memang la orang cakap benda nak jadi kita elak cammane pun dah ajal die kan?
tapi langkah berjaga2 tu kena ada...takkan dah nasi jadi bubur baru nak sedar ??

Setiap hari aku pegi kerja naik moto...memang aku selalu sangat tengok benda ni....

1. Kaum perempuan suke sangat naik motor jinjit handbag kat lengan???
huh...ini sangat merbahaya....walaupun jarak perjalanan tu tak jauh....mudah sangat peragut tu nak ambik dan dari jauh lagi die dah nampak .......

2. kalau tak Jinjit kat bahu... kepit kat tengah2...kalau handbag kecik o.k la jugak kot..
sebab tak nampak kan?...tapi kalau yang besar? still mudah nak tarik dan boleh menyebabkan motosikal yang ditunggangi terbabas kalau ditarik peragut ....

3. letak dalam bakul kat depan...ni pun selalu ada ....same la..risiko tu tinggi ..mak aku sendiri pernah kena....walaupun kejadian tu dah lame ..tapi aku ingat lagi ...
mase tu mak aku letak beg yang berisi susu dan botol susu adik aku...die naik moto nak ke rumah mak longku yang tak jauh mane pun ..dalam 500 Meter je..tapi disebabkan beg susu adikku yang tak berisi Sesen duit pun...mak ngan adik aku jatuh motor di tolak peragut ...mm
seb baik tak cedera trok... luke cket je ..

4. kadang2 aku tak faham...aku tengok motosikal tu ade box kat belakang... tapi sanggup ambik risiko bahaya daripada turun motor...bukak box..masukkan handbag tu dalam box ...mmm...


5. aku sendiri pun bawak handbag ke opis ....tapi aku masukkan handbag ku tu ke dalam beg helmet ..so orang tak nampak handbag aku ...yang orang nampak beg helmet ...
ade jugak yang tegur ...wah besar beg?.... tapi aku tak kisah...yang penting aku beringat....tak perlulah nak tayang handbag kat orang lain...biar la orang tak nampak handbag aku pun..yang penting aku tau aku pun ade handbag la...walaupun korang tak nampak ...hihih

-Sekian-

when loved.....

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

When Loved doesn't mean you could not scolded.

When being loved does not mean you always get best.

When being loved does not mean you are most beautiful / smartest.

When being loved does not mean what you doing always all right to him / her

When being loved does not mean him/her cannot say no on you

When being loved does not mean you are most perfect to him/her.

From me : Love is complicated ????