Mengandung ???

Bismillah

"AMARAN : ENTRY INI AGAK EMO "

o.k....ini serius ye...
bukan aku dah mengandung ...
tapi aku stress ngan orang yang asyik tanya aku
"dah mengandung ke?"
"Dah ade isi?"
isi memang banyak ni ..nak ke?
soklan biasa macam ni aku boleh la terima lagi...
aku faham kadang-kadang maksud kawan kita tu baik ..
tapi .....
ni yang menyakitiiiii hati bila ...
"nampak berisi sekarang dah ade isi ke?"

soalan macam ni boleh buat aku stress
aku baru je kawen 7 bulan...bukan 7 tahun kan?
jadi tak yah la nak buat statement :
"cecepat la ade anak ....nanti cik abg lari?"
"best o ade anak ...bila lagi?"
ape ingat nak anak boleh kepal-kepal buat sendiri?
tak de kot org yang kawen tapi tak nak ade zuriat sendiri...paham kan ?

1) walau apa pun kita kena kembali kepada ajaran agama.

kadang-kadang rase nak cakap
"Orang islam kan ? Percaya tak pada Qada' dan Qadar?"
tapi kasar bunyinya ..jadi tak pernah lagi la cakap macam tu ..
tapi dalam hati yang dihembus dek syaitooonnn yang direjam ni memang ade rase nak cakap macam tu .... huhuhu ..cume tak terluah je lagik.... haishhh
o.k...tau kan rezeki untuk dapat anak tu ditentukan olehNya ?
kalau usaha bagai nak gila pun kalau dah tertulis akan dapat anak
selepas 2 tahun kawen5 tahun kawen....kna tunggu la masa seperti yang dijanjikan khen????
pastu ade plak yang cakap .."
tak de isi lagi? anak mak cik /akak yang baru kawen tu pun dah ade??.
kalau yang dah ade tu pun tak yah la nak bangga-bangga kan ?
kalau dah ditentukannya anak tu belum masa nak hidup kat dunia ni..
bila-bila masa je tuhan boleh tarik balik rezeki tu ...
jadi percayalah pada Qada' dan Qadar ketentuan Allah.

2). Memang betul setiap yang dilahirkan ade rezeki mereka...

ni pun aku tak nafikan ...allah memang dah bagi rezeki untuk setiap manusia..
tapi walau macammana pun...kita kena ingat ...rezeki tu kita kena usaha..
kena cari...bukan jatuh dari langit ...bukan bergolek datang ...
dan rezeki tu biar la dari sumber yang baik..dari titik peluh kita ..kan ?
ni tak ..dah tau nak beranak..bukan nak simpan duit ...
bukan nak prepare ....pastu bila tak de duit pinjam sana-sini ... ..
susu , pampers, baby sitter semua tu kna ambil kira ...
kena fikir semua tu ....

3). Hargai setiap masa bersama

sekarang ni hidup berdua... kami masih berpeluang tido lena pada malam hari ..
kami masih boleh pergi shopping berdua naik moto ...boleh kayuh basikal hujung minggu kat taman tasik......waktu yang ada sekarang ni...bagi la peluang kami
nak hidup berdua dulu ..jangan la serabut kan kami ngan soalan dan pertanyaan
yang ditentukan olehNya sebenarnya...bukan kami yang tentukan ..

4). Kembali kepada asas sesebuah perkahwinan.
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
  • Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
  • Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
  • Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
  • Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
jadi tak perlulah nak kelam kabut fikirkan tentang semua tu ..just follow the flow ..
Allah dah tentukan yang terbaik untuk ummatnya ...

Maaflah kalau ade yang terasa dan maaf juga sebab pepagi lagi dah emo :(((






7 comments:

Unknown said... Reply Comment

jangan emo2 sayang nanti lagi stress. kita nak mengandung tak leh stress3. pupel dah nak 1 tahun kawen dan tak ada lagi baby lagi sedangkan kawan baru kawen dan bunting pelamin. ckaap2 orang ni memang menyakitkan hati dan tak boleh nak ditutup. nak tak nak kita kene hadap benda ni. dan benda ni tak kan habis cam tu. kang dah dapa 1 orang tanya bila nak ke2, dapat 2 perempuan orang tanya bila nak dapat lelaki. sampai la anak dah besar.. jadi kita ni kenalah sabar:) jangan stress2 lagi ye :) p/s: kita serupa

YuSniZa said... Reply Comment

Sabarlah ye Ros.. saya ni tak sampai 4 minggu kawin pun dah ada org tnye dah ada isi ke belum tau..huhu.. Saya ckp sekarang ni masih honeymoon lagi..

BENA said... Reply Comment

jangan emo2 kak mawar . normal la tuh . masa xkawen tanye bile nak kawen . ni dah kawen tanye pasal anak . dah dapat anak bile nak dpt menantu . Hadoiiiiii ~ heee~

Anonymous said... Reply Comment

sabar ye mawar..tp entry ni sgt best,,byk kate2 nasihat..hehe..kita sama2 berdoa jela..

cheqna said... Reply Comment

jawab macam ni
"tolongla doakan moga saya cepat ada rezeki untuk mengandung"

be strong ok...Allah tahu apa yang terbaik buat kita =)

Lynnda said... Reply Comment

Mulut tempayan boleh ditutup.. Mulut orang ni nak tutup pakai ape pun x tau! Hahaha...

Klu da ad sorang anak, ade je tnye bile nak tmbh lg? Bile jarak anak dekat, ad yg ckp gile s*#s.. Macam2 klu dh bz body tu kak!

Buat x tau sajo.. Lame2 diam jugak dh penat! Hee. B strong n x nk stres2 lg!

SeputihSalju said... Reply Comment

sbr ye.. sy pnh alami cmtu jugak dulu.... mmg stress tmbh2 bila sedara mara yg tanya... lg la stress.. InsyaAllah ada rezeki tu...