K.A.S.U.T / S.H.O.E.S

:: K.A.S.U.T
Semua orang tau kasut tu ape kan? (kalau tak tau musykil la aku...orang planet mane yang tak kenal kasut?????
tadi aku bukak email aku terjumpa pic2 ni ...macam menarik gak so aku pun trase cam nak buat article pasal benda alah ni ...aku sendiri pun bley di katakan tiap 2 bulan sure nak bli kasut baru ..tak kira lah kasut :
SLIPER
SANDAL
KASUT BERTUMIT
KASUT NAK PEGI OFIS
SPORT SHOES
so ari ni nak share cket cara penjagaan kasut :

Menggunakan semburan untuk kalis air dan kotoran

Semburan perlindungan merupakan cara terbaik untuk melindungi kasut anda daripada terkena air, salji dan sebarang tumpahan. Cara terbaik untuk melindungi kasut anda ialah dengan membersihkan sekeliling permukaan kasut kulit anda. Ikut arahan seperti yang terdapat pada botol semburan tersebut. Semburkan kasut anda sebelum digunakan dan amalkannya selalu.


Selalu menggunakan kasut dan cara mencegah kasut daripada cepat rosak

Jika anda bercadang untuk menggunakan kasut dengan kerap, anda haruslah membawa kasut anda ke kedai kasut untuk dibaik pulih. Ia merupakan idea yang terbaik. Anda Cuma perlu mendapatkan jahitan pada kasut anda. Selain itu anda juga boleh meletakkan tapak getah pada kasut baru untuk mencegah kasut daripada mengalami kerosakkan dengan cepat.


Penyelenggaraan kasut

Akhir sekali saya mencadangkan agar anda sentiasa membersihkan kasut anda dengan kerap bergantung pada kekerapan anda menggunakannya. Bahan pencuci perlu disesuaikan dengan kasut tersebut, ini kerana setiap kasut yang dihasilkan terdiri daripada bahan-bahan tertentu.
Kasut kulit boleh dikilatkan dengan menggunakan pengilat kasut yang disapu pada kasut dengan menggunakan kain yang lembut. Kasut kulit yang diperbuat daripada kulit lembut kelihatan menarik jika diberus dengan cermat. Berus yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan kulit kasut tidak mengalami kerosakkan. Kasut daripada fabrik pula hendaklah di sembur dengan semburan anti kotoran bagi memastikan kasut sentiasa kelihatan menarik.
Selain itu, terdapat juga kasut yang diperbuat daripada kulit pokok Nappa. Ia merupakan kasut yang terbaik dihasilkan.Ini merupakan pengaruh alam semulajadi dan ia juga memberikan suatu rekaan yang kukuh dan mampu bertahan sehingga 4 atau 5 tahun.

Tips diatas aku ambik dari laman web BATA bukan aku yang pandai2 reka o.k .....
Tapi kalau aku punya Style plak ::
Balik Kerja kasut aku trus parking kat rak kasut tu...(tak de nya aku nak lap2 )
bangun pagi nak g keje aku sarung balik ...ahax
klau pegi jenjalan, aku lagi suke pkai Sandle yang simple dan cormfort..
yang aku pakai selalu sandal brand "IPANEMA"
yang ni tahan lama...aku bli tahun lpas sampai sekarang pun o.k lagi ...walaupun harganya RM 59.90.....berbaloi..
kasut pegi keja plak ::

Aku pkai kasut g keje jenama LARRIE...aku bli ngan harga murah je...RM 59.90 gak ...
Aku ni minat gak tengok orang pakai hill...tapi aku tak le h pkai ..sakit la kaki ...klau pegi kenduri baru aku pkai ...pegi keje aku pkai kasut yang flat je mudah aku nak bergerak ...CEPAT dan PANTAS...yang palin penting aku tak sakit kaki!!!!

2 comments:

Anonymous said... Reply Comment
This comment has been removed by a blog administrator.
mawar_berduri said... Reply Comment

heel haah...heel la tu ...ekceli as long as U can understand .....