P.E.R.G.I.N.Y.A seorang sahabat.



Pagi ni akak cleaner kat office aku cerita pada aku :
"Ross, anak akak yang kecik tu selalu tanye akak soalan yang pelik-pelik"

" Dia tanye akak ape ? "

" Dia tanya akak pasal Mati !! macam2 yang dia tanya..."

Kata dia :

" Mak, Orang yang dah mati tak boleh balik rumah lagi la ye ? , Mak adik takot la duduk sorang2 klau mak tak de......Nanti nak balik rumah kita adik tak tau jalan.... adik misti nak kena pegang tangan mak"

Tersentuh plak hati aku dengar budak yang baru berumur 4 tahun tu tanya tentang mati dengan mak dia......

Tetiba aku teringat seorang kawan lama...actually bukan kawan aku...tapi kawan My by .....kawan yang sangat close dengan die..........

Allahyarham Ahmad Fu-ad Rabiwal

Dulu tiap petang bile aku kuar makan dengan By..die akan cerita dengan aku tentang allahyarham....kata by dia sangat baik....selalu tolong by...klau by pg HQ perkara pertama yang dia akan buat bila sampai tempat parking moto ialah :

Tengok Motor Fu-ad ade tak ?

klau ade , die terus naik atas jumpa beliau untuk berborak dan bertanya khabar...kata by diorang berdua ade beberapa persamaan...by selalu cakap
"Fu-ad tu tak sama macam orang lain " .
Sampai satu hari ...
Sabtu 26 April 2008
Pagi -pagi lagi by hantar SMS dekat aku

" hari ni kita kuar Tengahari k, Fu-ad ajak by pegi Tom Sticker"


balik je tengahari tu ,

By asyik cerita tentang Fu-ad dan kereta Proton Perdana beliau yang ber'injen' TURBO..
kata by Best..laju ....Tapi ade satu wayar warna biru kat turbo die suke tercabut dan beliau terpaksa berhenti untuk sambungkan wayar tersebut..

Pada hari Rabu iaitu 30 April 2008..
aku dan by apply cuti untuk 02 May 2008 ..saja nak rehat kat umah ..dapat cuti lama cket ..
1 May kan hari pekerja...
pada hari tu jgak by bgtau aku:

"Esok Fu-ad ade Konvoi ke Melaka dengan kelab Perdana,
konvoi diorang best ...ramai ...."


Pada hari Ahad...By bgtau aku...kata die :

"de member die bgtau Fu-ad excident waktu balik dari konvoi ke Melaka tu
Dia balik sorang2 tak join Konvoi balik...Dia balik awal.."

aku cakap pada by :

"Macammane dengan dia o.k tak ?"

By jawab...

"ala, Cket je kot....biase la tu "

aku ajak by pg tengok dia

By cakap ..

" nanti la kita pegi k, By tak tau die ade kat hospital atau kat umah"


Pagi Isnin : 05 May 2009

aku b'fast dengan by pagi tu dan aku cakap lagi dekat by :

" By, cube call fu-ad tengok "

By call tapi tak dapat..tak berjawab

" aku suruh by call sitenang (nick name je ni ) tanye macammane dengan fu-ad"

By pun try call tapi dia off handfone .
By cakap ngan aku dalam nada gurau :

" ala, cket je tu ..tak pe abang dia ada boley jaga die klau die masuk hospital. By ingat nanti nak tanye kat die, die nak jual tak meter turbo kat dalam kereta die...canggih Ooo"

Lepas b'fast By call aku kat Opis , kata by :

"Abg Mat bgtau by Fu-ad dah meninggal, By tak percaya!!!"

tersentak aku

"innalillahhiwainnailaihirajiun"

lama by diam....

aku pun cek kat dalam Intranet ( TNB Internal web)

"memang btol la by ...."

Rase tak percaya dalam umur seawal 24 tahun Beliau telah dijemput ilahi.

By cakap bile die pg HQ sampai je tempat Park motor die tengok Motor Fu-ad tak de...

Bile die naik atas kawan die bgtau yang Petang Rabu 30 april 08

Fu-ad asyik tanye sama ada Khirul datang HQ ke tak .

rupanya Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 1 May 2008

By sedih sangat...aku pun turut terasa kesedihan tu ....
hampir 2 minggu jugak by sedih dan selalu sebut tentang allahyarham .....aku cakap pada by

" Bile kita ingat kat dia..Kita sedekahkanlah al-fatihah untuk dia "

By cakap :

" Orang yang baik macam dia allah sayang dan seolah2 dia dipinjamkan sekejap di bumi untuk jadi kawan by "

aku tau

pemergian ALLAHYARHAM AHMAD FU-AD RABIWAL sedikit sebanyak meninggalkan kesan dalam hidup by...
raya tahun lepas by mimpi Fu-ad datang berjabat tangan dengan By.



aku harap : pada sesiapa yang baca entry ni SEDEKAHKANLAH AL-FATIHAH PADA allahyarham Ahmad Fu-ad Rabiwal

1 comment:

Unknown said... Reply Comment

hampir 5 tahun berlalu.. Al-Fatihah untuk arwah.. moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman....