Juvana Episod 12 - Menghantu|ku


Bismillah .....
hihi....sekarang mood untuk update blog agak membara ...
jadi tiap hari ada entry barulah nampaknya ...
:P :P
o.k....korang tengok tv tak ? rasenya ramai gak kot yang layan citer ni
J.U.V.A.N.A
hari isnin kol 9.00 malam ...
dulu mase start citer ni tak brape suke...macam slow je..
pastu sejak kedatangan budak Kedah .... tiap minggu i followwww.. ( gaya SY sinar FM giteww)

wah..tajuk juvana menghantuiku? sejak bila pulak citer ni jadi citer hantu ? aiyooo...hahahaha
actually ....menghantui tu ditujukan pada malam isnin yang lepas je ...
yakni episod 12 cerita Juvana ni ....

Saya tak puas hati yang ariff sambil hentak tangan atas meja
huhu...
serius...lepas tengok citer tu episod 12...hati jadi panasss
(tak pasal-pasal jadik panasss...hahahaha)

sesape yang tengok tu ade rase camtu jugak tak ?
sape yang tak tengok..meh nak story cket ...part ni Cikgu Zakiah (cikgu kaunseling) tanya dekat warden (cikgu raja)
sama ada tape rakaman Daim tu dah bagi ke belum dekat Datuk ???
( Kedah buat pengakuan bahawa kawan kedah yang bunuh mak Daim dan bukan Daim yang bunuh mak dia) Warden tu dengan yakin cakap dia dah bagi kat Datuk dan tunggu nak hire peguam untuk fight kes Daim tu ...
pastu sebelum pertandingan perbahasan bermula .....Daim terdengar Warden bercakap ngan Tony pasal duit Dana yang datuk salurkan pada diorang telah digunakan oleh warden untuk kegunaan sendiri (songlap). Si Tony mintak duit lebih dari Warden untuk tutup mulut .. pastu berlaku la sedikit pergelutan.
sebelum perbahasan bermula, Daim ada tanya datukpasal kes dia tu ...Datuk tak tau ...
sah..sah ..la Warden tu tak bagi tape tu kat datuk...Warden TIPU diorang ...

Daim sakit hati dan biarkan pasukan debat diorang kalah !!!!

pastu datuk jumpa warden, dia bincang2 dan tanya pasal apa yang Daim cakapkan...warden cakap "Daim salah cakap la tu , tengok berdebat pun kalah"
Kurang asem tol la warden nih!!! ..... pastu datuk bagi duit dana untuk bli buku rujukan tambahan untuk pasukan debat ......

Oleh kerana pasukan debat diorang kalah...semua orang marahkan Daim...
diorang cakap Daim lalat la...taik la...busuk la.... jadi Daim dah tak de kawan ...
tapi Daim sempat ceritakan apa yang dia dengar dan tanye datuk tu kat Cikgu Zakiah ...

balik ke bilik, kawan baik Daim, Apek nak pindah duduk bilik lain ..sebab marah sagat kat Daim ..Dia kecewa sebab kalah ..dia nak pukul Daim...tapi Daim ceritakan perkara sebenar pada Apek ..

pada masa yang sama ...Cikgu zakiah berborak dengan salah sorang lagi cikgu kat situ ...lupa nama apa...hahahahhaha
nampak macam baik arh......

lepastu, warden tanya dengan semua cikgu...macmmane dengan prestasi budak-budak ni ...
dan masa ni lah Cikgu Zakiah mintak warden belikan buku-buku rujukan untuk pasukan debat ...Warden cakap ....tak de duit !!! peruntukan tak cukup!!!
kuang asem btol lah ..... Oleh kerana cikgu Zakiah dah tau ceritanya...yang Daim ceritakan tu ...
Cikgu zakiah pura-pura tertinggal barang kat bilik Wraden dan dia cari cek2 yang datuk dah bagi ...dia jumpa terus snap gambar buat bahan bukti ....

dalam masa yang sama.....Daim dan apek telah pergi jumpa kawan-kawan yang lain
dan berterus terang dan menceritakan apa yang berlaku ...

malang bagi Daim..botak dan skodeng dan dengar percakapan mereka

Daim menceritakan pada kawan-kawan semua bahawa warden dah songlap duit dana yang disalurkan kepada diorang ....

Si Botak yang jahat lagi bongkak ....telah pi report kat Tony bahawa Daim dah tau dan dah bagitau kat semua ...Tony sepakat ngan Botak untuk share duit dan join aktiviti jahat warden tu ...

masa diorang sedang berbincang macammana nak buktikan warden bersalah ...
warden datang dan memberi amaran dan memberitahu semua bahawa Daim menghasut kawan2 dan menceritakan perkara yang buruk tentang dirinya ...

Daim mengaku dan dia skali lagi bagitau semua bahawa dia dah dengar perbualan warden dengan tony tentang wang yang digelapkan itu ...Warden marah dan mau kurung Daim...

Apek bantah ..dia soal balik warden sama ada betul atau tak ..
Warden buat muka tak ketahuan ...hahahah...muka mintak penampar-dua-puluh-empat-das ...

Disebabkan perkara tersebut ...mereka semua telah dipukul dan dikurung tanpa makan dan minum ...Cikgu Zakiah datang membantu selepas dimaklumakan oleh cikgu yang nampak baik tu ....tapi apa yang cikgu zakiah cakap tak diendahkan warden ...
kurang asam punya warden !!!

masa cikgu zakiah keluar dan menuju ke kereta...cikgu Zakiah telah bagitau cikgu yang nampak macam baik tu ...bahawa Warden dah songlap dana pelajar dan dia da bukti ...

Cikgu zakiah ajak cikgu yang nampak macam baik tu ke rumah datuk ...
tapi malang bagi cikgu Zakiah ....
Rupanya.......... Cikgu yang nampak macam baik tu pun JAHATTTTT !!!!
dia dah tekup mulut cikgu zakiah dan cikgu zakiah pengsan ...

To be continued .......







haaa....amacam..rase suspen tak ? ade rase panasss tak ? huhuhu
o.k..nantikan episod akhir next week .... :)

8 comments:

AI said... Reply Comment

- betolll... episod isnin lepas rase cam geram sesgt kat warden, tony, botak & cikgu yg mcm baik tu...cikgu tu lg terok nampak baik tp jahat...warden tu dah mmg muke nampak jahat...haha si bront palare!!!

- minggu depan tudung cikgu zakiah kene tarik dek cikgu nampak baik tu...grrrrrrrrrrrr...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

Grrrrrrrrr ...geram kan ..haish ....sabo jelah....

CEOMesinTaip said... Reply Comment

hohohohoho episode yang ni marah je hati tgk...xsangkatkan air tenang ada buaya..muka baikkkk rupanya jahat kemain..xsabar nak tgk minggu depan..huhuhu...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

Dinda : tula pasal ....tu yang tak lena nak tido..gerammmm :P

[k.u.y.a] said... Reply Comment

ross.. mekaceh ler sudi buat entry ni. su terlepas episod ni. su tak boleh bayangkan kalau su tengok. mesti panas je hati kan. geram pulak.

CuTeMiUt78 said... Reply Comment

a'ah betul.. rasa panas je.... nak dush..dush.. dush.. je pala warden, tony ngan sekututnya tu.. hampeh je kan.. minggu dpn last episod..

cheqna said... Reply Comment

wallah..bagusnya MB ni..semangat waja gitu..huhuhu

norsharmila said... Reply Comment

baru nk tgk. so skip baca sinopsis ni. hee..nanti xsuprise ;p