Bismillah
dah lama sebenarnya saya nak buat n3 ni ...
tapi bila terfikir benda ni..... hati rase sakit dan stress...
jadi saya memang jenis yang kurang suka berfikir benda yang memening kan kepala...
kalau benda tu memeningkan kepala dan tak de penyelesaian pun kalau fikir setiap hari
saya akan ambil jalan tengah dengan tak nak berfikir sgt tentang perkara tersebut ...
namun kadang-kadang ade je makluk tuhan yang suka buat saya berfikir
dan merenung apa yang saya telah lalui ini ...
kadang-kadang saya pun tak tau kenapa orang tak nak memahami masalah kita
dan dalam masa yang sama
selalu memberi pandangan kosong (tak tau tapi nak cakap jugak )
yang akhirnya tanpa disedari menyakiti hati kita....
bila saya mula merenung masalah saya ..saya akan mula rasa
kenapa dunia macam tak adil pada saya ?
boleh kah saya cakap macam tu ?
sepatutnya tak boleh...sebab tuhan yang menentukan apa yang terbaik untuk ummatnya ..
dan kita sebagai orang islam perlu percaya kepada Qada' dan Qadar Nya...
Kepada semua...yang follow cerita saya
mungkin akan tertanya-tanya ...saya sakit apa?
kenapa selalu pergi Hospital dan emo je bila sebut tentang anak ?
Entry 1,
entry 2,
entry 3.
entry 4 dan
entry 5
o.k meh saya nak cerita ...
saya telah disahkan doktor ada penyakit Diabetes (kencing manis)
o.k fine !
family mmg tak de sejarah penyakit ni ...
tapi saya saje yang kena...
masih ditahap awal ....kandungan gula dalam darah saya ialah 7.2
dan kadar gula yang sihat ialah dibawah 6.0....
doktor mintak saya makan ubat setiap hari 4 biji...
sehingga bulan January 2013 ...
tujuan adalah untuk menurunkan kadar gula ke tahap yang selamat ...
o.k .. tu je saya nak bgtau ...
bila ade yang tanya saya bila nak ada anak ..dan sebagainya ...
saya akan jawab Insyallah kalau ade rezeki tahun depan ...
then orang tu akan tanya lagi ..kenpa tahun depan ?
saya akan jawab ..Doktor sarankan untuk tidak mengandung sehingga tahun depan ..
(tak puas hati lagi) dia tanya lagi ? Kenapa?
saya akan bagitau : saya ade kencing manis ...
(dengan konfiden orang tu cakap )
Eh...boleh je mengandung kalau ade kencing manis...
tu normal la..... ade je orang yang mengandung pastu ade kencing manis !
saya mula berkata-kata dalam hati ( Sejak bila ko jadik Doktor? dan lebih tahu dari Doktor ? )
o.k...Fine ... saya akan jawab : ooo..yeke? tapi Doktor saya tak syorlan saya pregnant
sehingga kandungan gula dalam darah saya o.k ...
(tak puas hati lagi) ala...tak yah ikot sgt cakap doktor tu !
masa tu rase nak cakap " Dey thambi ...u cakap saja boleh la ...pakai air liur mmg free
yang nak menanggungnya nanti aku! Ceiiit!!!!
Memang betul orang pregnant pastu tetiba kena kencing manis ..
itu memag normal... tapi dalam kes saya
saya tak pregnant tapi mmg dah ade kencing manis tu ...
paham tak ? tak sama kan ?
o.k kalau saya pregnant jugak ...
boleh...tapi sepanjang 9 bulan kehamilan saya kena ambik Insulin ..
iaitu (cucuk diri sendiri untuk masukkan Insulin)
kenapa saya nak ambik risiko ? sedangkan saya boleh cuba mencegah ..
umur saya baru 26 tahun bulan depan baru 27...
saya belum tahap terdesak mau ade baby ....
sekarang saya sanggup berulang alik ke hospital dan makan ubat setiap hari
semata-mata nak sihat dan boleh ada anak sihat macam orang lain ...
kalau ibu menghidap diabetes ...antara risiko nya ialah :
Kandungan gula yang tinggi dalam darah menyebabkan bayi
mempunyai saiz yang besar sebelum masa kelahirannya. Bayi yang besar boleh
menimbulkan komplikasi sebelum, semasa dan selepas bersalin. Bayi yang besar
kebiasaannya memerlukan “c-section” kerana mereka lebih terdedah kepada risiko
kecederaan jika dilahirkan secara normal seperti perubahan kedudukan bahu.
Bayi lebih berisiko tinggi untuk mengalami kecacatan atau
masalah yang berkait dengan jantung, buah pinggang, tulang belakang atau otak.
Sesetengah masalah ini boleh menyebabkan kematian.
Risiko untuk anda mendapat darah tinggi meningkat. Kondisi
ini boleh menimbulkan masalah kepada anada dan bayi yang dikandung.
Anda mungkin mempunyai ketone di dalam darah dan air kencing
yang disebabkan oleh ketoasidosis. Ketoasidosis terjadi apabila gula dalam
darah tidak dapat ditukar kepada tenaga, maka lemak digunakan sebagai sumber
tenaga. Bahan sampingan penggunaan lemak ini ialah ketone yang boleh
menyebabkan kondisi yang agak serius.
Anda mungkin melahirkan bayi pra-matang (sebelum 37 minggu)
atau bayi terpaksa dilahirkan awal dari waktunya.
Bayi yang dilahirkan mungkin mengalami masalah kandungan
gula yang rendah dalam darah (hypoglysemia).
Risiko bayi untuk terkena penyakit kuning meningkat.
Anda mungkin mengalami keguguran semasa awal kehamilan atau
bayi mungkin mati dalam kandungan sebelum kelahiran.
Memang ade orang yang beruntung sgt ...
walaupun badan berisi ...(gemuk) tapi tak dapat penyakit macam ni ...
walaupun berat saya 82kg dengan ketinggian 161 cm tu tak lah terlalu gemuk
tapi saya perlu hadapi ni ...:'( saya akan cuba kurus lagi ..huhu
sebab tu kadang-kadang saya rase tak adil ...
orang yang jauh lebih gemuk dan berisi ...tapi boleh je ade anak yang sihat ..
tapi saya percaya kepada Qada dan qadar Nya ... Setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya ...
saya berusaha buat yang terbaik ..
dan saya akan terus berdoa kepadaNya agar dapat menjadi seperti orang lain
yang boleh hidup bahagia dan punya zuriat sendiri yang sihat .
kawan-kawan..doakan saya sihat ye ...
Sekian
Gemuk sgt ke? :'( ni gambar paling baru ..masa floria ritu ....