Hot Springs Pool and Mountain Spring Pool ,Felda Residence Sungkai

Bismillah....

Last entry hot spring..janji ..hihi
adoi..ni baru pergi dua hari satu malam..kalau banyak hari ...
mau tak kesior kome nak membacanya ...hahah

harini kurang idea nak membebel..
kita bagi info yang berguna sikit lah kalau korang nak ke sana
Macamana hendak kesana? 
Gunakan Highway Plus dan exit di susur Keluar Sungkai.
kemudian turn left (simpang kiri-kemudian simpang lagi sebelah kiri), teruskan perjalanan  9 kilometer jumpa perkampungan terus ke depan sampailah ke destinasi. 

mana nak tingal ?
masuk  je kawasan tu kat area kampung tu pun ada banyak homestay 
kalau tak nak walk in , try google penginapan kat situ..ada banyak 
don't worry 
 Felda residence sendiri pun ada hotel yang menyediakan bilik untuk ditempah.
macam yang saya buat ..tempah ke kat Agoda ....mudah 
 Boleh juga menempah villa kalau ada bajet lebih bolehmandi  private jacuzzi 

kalau tak nak menginap..just nak mandi je ..ni harga tiketnya 

 Dewasa : RM12 
Kanak-kanak : RM10
 Warga emas : RM7
 OKU : RM2




yang nampak berkabus tu asap dari air panas tau 
air dia panas la pada saya 
tapi tak la tahap melecur

tahukah anda ....
Felda telah membelanjakan sejumlah RM30 juta untuk membina beberapa kemudahan bagi memberi keselesaan kepada pelancong di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah ini. 
Antara kemudahan tersebut ialah pembinaan hotel 64 bilik berharga RM9 juta, restoran dan Spa serta pembinaan landskap di kawasan seluas 40 hektar.
projek hotel tersebut adalah fasa kedua yang dibina pada pertengahan 2007 dan siap pada Ogos 2008.

amacam ...ada ayat ilmiah tak ? ahhahahhha
asyik meraban je kan :P
kita bagi fact pulak kali ni 
motif ambil gambarni nak bagi nampak cendawan 
tapi sebab dua-dua lebar cendawan terlindung..ahhahahha
nampak sipi-sipi je tu 




best oii mandi kat sini 
masa ni orang pun tak ramai ....ko mandi la sampai lebam biru pun 

nampak tu laki ahkakk...punya la dok mandi kat air terjun tu sorang-sorang 
ambik gambar dari jauh jelah 
malas nak pi sana....habis basah sume nanti 


macammana ada rasa nak pergi mandi kat sana tak ?
haha
ni rate hotel 
Bilik/Villa

Weekday
Rate
Weekend
Rate
Public Holiday & School Holiday Rate
  Deluxe Room       (2 Person)
RM 180
RM 220
RM 250
  Villa 1 Bedroom    (2 Person)
RM 500
RM 600
RM 700
  Villa 2 Bedrooms  (4 Person)
RM 600
RM 800
RM 900
  Villa 3 Bedrooms  (6 Person)
RM 700
RM 1,000
RM 1,100
  Green House 6 Bedrooms (12 Person)
RM 1,500
RM 1,800
RM 2,000

kalau macam saya pergi haritu beli thru Agoda .. 
price bilik including mandi-manda dan b'fast
 kalau beli walk in saya tak pasti tiket masuk ke pool tu harga lain atau tak dengan bilik
 nak lagi jelas? call jelah diorang


 Felda Residence Hot Springs
Sungai Klah  35600
Sungkai Perak

+60 5-438 8802

Sekian. 

2 comments:

LYAfrina said... Reply Comment

cantinya..menarik jgk utk cuti-cuti ni

adianiez AIDA said... Reply Comment

aida pernah sampai sungkai ni utk makan nasi buluh aje.
rasa nyer ada nampak signboard nak ke sini.
in shaa Allah next time boleh gi :)