Sarawak cultural Village

Bismillah....

petang ni saya sambung lagi perjalanan saya di Sarawak :) 
Hari Kedua kami memang pack dengan aktiviti ...
Kak Lin dah pesan awal-awal please be puntual ! 
sebab masa singkat jadi kna gunakan sebaik mungkin 


seawal 7.00 pagi saya dan Linda dah turun b'fast
"perut kena isi dulu sebelum berjalan" ni pesan mak saya 
jadi saya misti kna ingat pesanan tu ..hahaha pasal makan laju ko ingat kan =P ppffftttt 

setelah menempuh perjalanan yang agak jauh 
dan juga ditemani celoteh Kak Lin...macam-macam cerita dia..
nanti saya share yang mana saya ingat ....

setibanya kami di Perkaampungan Budaya Sarawak
yang terletak di Pantai Damai, Santubong ..Pantai Damai -Pantai Dalam 
eh macam dekat je bunyi nya..hahaha tapi jaraknya ya rabbi jauh hokey KL ke Sarawak tu 
Pantai Damai, santubong ni hanya 32 KM daripada Kuching 
haishhh...gambar kenangan kena bnyk ....
jadi jom la post lagi dan lagi =P 

gambar dgn BFF ni harus lah ada banyak kan :P
bertabahlah asyik tatap muka Linda ni ha..ekekeek
model tak berbayar ni =P pppfffftttttt

see Kak Lin dah kecik-kecik mata tu bagitau kita kena jalan cepat-cepat ..
comel sgt kak Lin ni tau ....hahaha 
sya faham sebab kawasan ni besar nak round..dan kami kesuntukan masa :) 
Baikkkk Kak Lin.........
harap Akak tak stress dengan kami ye..huhuhu

mula-mula kami kna lalu jambatan buluh ni tau ...
Abg Tony our Pilot siap cakap siapa lalu tak pegang kiri-kanan tu 
dia nak bagi hadiah ...hahah 
kata Kak Lin..."Hadiah jadi bini kedua Abg Tony" hahhaha
pitamm 

setiap rumah yang kami lawati bukan cuma rumah kosong je ye..
dalam rumah tu ada macam-macam tau ...contoh barang yang ada macam kat atas ni ...
boleh beli kalau korang nak 

masa ni tok batin dari suku kaum Bidayuh sedang  demo mengetuk kulit kayu untuk dijadikan baju 
bukan sebarang kulit kayu boleh ketuk tau ..yang ni kulit kayu terap
percayalah kulit kayu tu memang kuat ..jgn la risau terkoyak ye...

“Untuk mengeluarkan kulit kayu dengan ketebalan yang diingini, batang kayu terap perlu diketuk terlebih dahulu. “Ketukan tidak perlu kuat namun konsisten supaya memudahkan kulit ditanggalkan daripada batang kayu.
 Untuk mendapatkan saiz yang diperlukan, dia mengetuk bahagian kayu yang sama berulang kali.
 “Jika mahukan kulit yang lebar, saya perlukan masa sekurang-kurangnya setengah hari untuk mengetuk batang kayu terap,” kata Christopher.
sumber artikel : Kosmo 

patut la orang Sarawak ni kuat-kuat dan slim melim 
rumah mengkome semua tinggi-tinggi belaka..semput keme nurun naik tangga ..hahaha 
kalau seminggu keme ulang alik turun naik rumah ni memang betis bunting padi la ...haha

masa kami sampai ada persembahan tarian tradisonal 
perghh...terbaek..lembut lemah gemalai betul...
see manis je step by step tarian diorang ni ....


habis je tarian, Kak Lin offer nak snap gambar kami bersama abam sado ni ..ekeke
Abam Sado dikelilingi bunga dan dua kumbang ..


patut la Kak lin pesan suruh cepat..Kak Lin nak kami sampai tepat pada waktu persembahan ..
dan dapat seat yang selesa 
dia tak nak kami ketinggalan persembahan ni..
best o.k ! Thanks Kak Lin... 

Ni antara persembahan yang fun...
abam Sado ni kelako sebab tu Fun! haha yang lain tarian ...
ha..yang ni pun menarik 
memang gagah perkasa kot boleh panjat atas sebatang buluh tu ...
tau kan buluh kan licin? orang yang terlatih dan professional macam diorang je yang boleh buat 
please don't try this at home....bahaya oii..tersula naya 

kan tadi saya ada mention this is my BFF aka model tak berbayar kan ? 
see ? ini lah buktinya ...hahahha 
huntonglahhhhh.... orang pandai pose lagi fotogenik  pppfffttt 

last but not least
Tuan blog pun nak jugak letak gambar kenang-kenangan kat sini ..
sila jangan muntah ye ...hihi 

sekian .

Aida (adianiez.blogspot.com) nanti last entry saya bagi maklumat Kak Lin ye =) 

3 comments:

Fazleyatul Aini said...

lepas spm dulu ayah bawak p srwk
hamagad gila lama zaman muda belia dulu haha

p jugak kg budaya srwk ni. tak ingat dah sebab dah lama -_-

Sara Lynn said...

haii saya la model tak berbayar tu.. ekekekeke.. tq for entry tn blog =P

ArELeEz said...

klu leez yg panjat buluh tuh, mau patah lapanbelas jadiknye! adeh3..

Kuala Gandah Elephant Sanctuary

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Hai Korang ...gigih mokcik curi masa nak hapdet cerita kali ni #suscuba hihihi  takut terlepas d...