Geli tengok isteri?

Bismillah 

Jarang sangat saya nak ulas benda-benda tengah viral ni 
tapi yang ni terasa macam nak sembang pulak..huhu
sakit hati baca ayat 

"geli tengok isteri?"

Hoi cuba mengucap tengok  ingat tak macammana?
ke tengah hilang ingatan atau tengah mabuk ko keluarkan statement macam ni ?
Isteri tu bukan ke yang dipilih sebelum dijadikan suri dalam hidup?
tergamak pulak cakap geli? 
rasa nak sepuk pun ada ..hahahha 


ada yang belum baca ? 
boleh baca kat sini 

dari segi negatifnya ramai yang tak boleh terima dengan kenyataan yang si suami tu berikan 
termasuk lah dari golongan suami-suami yang lain 
saya pun tak boleh nak terima 
tapi bila difikirkan saya cuba tengok dari sudut positif pulak 

memang betul bukan senang nak jadi suri rumah 
tipu sangat kalau kata diorang tak de kerja 
lagi banyak kerja...orang  expect bila ada dirumah semua nak kena kemas, 
nak kena cuci sempurna 
tapi dalam masa sama nak jaga anak ...
macam dalam kisah tu 3 orang anak 
lagi lah susah nak uruskan 

Pastu apa la perangai dia kan ?
cerita benda macam ni kat orang? bincang suami isteri udah ler ...

tapi tak pe ambil dari sudut positif 

para isteri pun kena ingat
apa lah salahnya dah tahu suami balik pukul berapa 
cuba siapkan kerja sebelum dia balik dan kemaskan diri 
mandi, salin baju dan buat lah apa yang patut 

buatkan air ...bagi masa sikit nak borak-borak 
dengar cerita penat dia kat ofis......

ni tak kalau kat rumah baju compang camping, baju tu la pakai memasak, 
baju tu la sambut husband balik kerja, rambut serabai , 


tapi cuba cakap nak pergi mall ?
bukan main lagi make up bedak 2 inci, perfume setengah botol?
nak tunjuk kat sape kan ?
 apa salahnya malam pakai losyen bagi wangi sikit 
tak pe tak rugi pun 

memang ada yang cakap dah kahwin kena la terima seadanya ?
natural beauty kan ? rambut serabai, bau ikan goreng....natural sgt kan ..hihi
betul! 
tapi apa salahnya cuba buat yang terbaik semampu nya
bukan la over sampai berlipstik bagai kat rumah 
tak perlu make up  pun 
cukup la sekadar sejuk mata memandang
karang dia flirting kat luar amukkan pulak kan ?

malas tu simpan la sikit kan

gigih pagi ni beli shower gel wangi ni ...ahhahaha
takut jugak Tn.John cakap bau bangla balik hari pulak ...
ekekkekeke




itu je nak cerita 
ini pandangan saya la..
maaf kalau ada yang tak boleh terima 


sekian 

5 comments:

Siqah Hussin said...

Sampai hati suami cakap camtu. Huhu.
Tapi yela, wanita pun kena jaga diri. Berhias jugak kan walau di rumah. Sama2 menjaga apa sepatutnya..

Puan Kutu said...

emm agak2 la nak kata kt isteri pun.memang betul perempuan kena berhias diri..kes yg nak melawa kt mall tp kt rumah serabai tu lain la
.ni ada yg kt mana2 pun tak sempat nak melawa..suami kena la jugak faham.klu tak suka nak isteri cantik2 tegur cara berhemah.belikan apa patut utk isteri. jangan pandai nk komplen ja.huhu

Yati said...

Waktu anak kecik memang camtu. Suami kena la bawak bersabor. Gradually bila anak makin besor, keadaan akan berubah. Bercakap dari pengalaman sendiri yang dah 12 tahun jadi surirumah. :)

LYAfrina said...

setiap org ada pddangan berbea..
tp sbg suami..kalau ada y tkurang pd isteri.. tegurlah..n cuba jdkan isteri spti y nak tu..kalau nk cantik..kluarlah budget skit..sbgaimana isteri trima suami..suamitrima la isteri seadaanya.. lg2 klo dh beranak rmai

adianiez AIDA said...

sampai ati dia ckp gitu kat bini.
kalu aida la bini dia, memang kecik ati :(

Kuala Gandah Elephant Sanctuary

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Hai Korang ...gigih mokcik curi masa nak hapdet cerita kali ni #suscuba hihihi  takut terlepas d...