Niat mandi manda sekali kena hiking -___-"

Bismillah....

Ni la aktiviti weekend kami 
tajuk tu ikhlas sangat tau..terus ke maksud penceritaan..hahaha
niat di hati nak mandi sungai ...dari rumah di KL dah cakap nak mandi Sungai 
jadi pagi-pagi sabtu , kitorang bangun awal 

bila dah kenyang terus la bertolak ke destinasi yang dituju 
lokasi 

Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu
masa : 9.00 pagi 
Tarikh : 9 April 2016


Pintu masuk....
kami berjalan lebih kurang 10 minit sebelum sampai ke tapak permulaan 
kalau nak pergi jangan main redah je 
ni waktu operation hour santuari Ikan Sungai Chiling ni 

bila sampai rujuk la peta di bawah ni ye ...
kalau pergi sendiri macam kami memang kena tengok ...
kalau tak tak tau mana ko nak jalan 
main redah je bahaya masuk hutan tu 

kalau rujuk pada peta 
kita kena lalu 5 lintasan sungai 
bermula dengan jambatan gantung, kemudian  denai bekas laluan anak sungai 
kemudian kayu balak, lintasan pertama, mendaki , lintasan kedua 
dan seterusnya tak ingat dah..hahah
tapi memang agak mencabar la bagi bukan kaki hiking macam saya 
tak tau kna redah hutan macam ni 
tak prepared langsung 
pergi masuk hutan pakai slipper ko mampu ? hahaha
ntah berapa kali terpelecok sebab kasut licin tu tak terkira 

Ni main entrance..kami sampai lambat sikit...so memang dah ramai la 
semua berpusu-pusu kat kaunter pendaftaran 

ada juga kemudahan bilik air dan surau 

bila sampai jangan lupa daftar dulu
bayaran RM 1 akan dikenakan 
kalau bawa makanan, plastic bottle kna bayaran lain 
sebab kami tak bawa banyak barang jadi tak dikenakan bayaran tambahan 
kami cuma bawa 

air mineral botol kecil -1
Air soya - 1 kotak besar 
muffin gardenia -2 plastik 
itu je...hahahah..xde maknanya nak bawa nasi lemak meehon goreng bagai 
niat nak mandi kan bukan berkelah ..acehcehceh....


satu beg tu je untuk kami berdua 
Tn.John ler ni 


mula-mula kita lalu jambatan ni dulu ye 
sempat lagi selfie masa ni 
tp dah kena jeling ngan Tn.John..ahhahahhaa 
dia tak bagi pegang phone 
takut terjatuh ..
yela jalan buknnya jalan tar oiii..berliku, berbatu berbecak..hahaha

depan kami ada sekumpulan lagi 

ha....nampak tu laluan agak mencabar o.k....
panjat jangan tak panjat 
ada dua kali rasanya laluan yang macam ni 


Tn.John naik dulu 
saya ikut belakang 

masa ni lintasan pertama....
air o.k la tak dalam sgt ...tapi arus boleh tahan kuat 
mulanya masuk air konon buka kasut ...batu licin kan 
skali...oiii sakit kaki kna cucuk batu 
lepas tu nasib la redah je pakai kasut 
harapan jangan la putus kasut ku ini ...hahaha 

masa nak sampai lintasan ke empat ada satu lauluan tu kena meniti atas kayu balak 
siapa yang gayat ...xde balancing hurrmmm.. lalu la redah air ye 
kemudian kena panjat akar kayu berliku kat satu cerun tu 
scray gak la ...tapi alhamdulillah semua tu dapat di lalui 



inilah lokasi yang semua tuju 
air terjun ...
tapi kami tak lama kat sini ..ramai sangat orang , tak selesa sgt nak mandi 
kami sampai, minum air , makan muffin kami bertolak balik 
masa balik makin ramai orang yang mendaki naik nak ke air terjun ni 

Akhirnya kami berhenti mandi disini 
lokasinya selepas laluan merentas balak tadi 
jinaknya ikan kat sini 
langsung tak takut dengan orang 
kita masuk dalam air lagi dia datang dekat 





selfie ngan ikan dan peluh dimuka..phewwww 
hahahha...kalau hari-hari macam ni kurus ahkak oiii 

gambar pakai phone je, tak de la jelas sgt 
kalau dapat snap pakai DSLR menarik ni 
tengok yg pakai go pro siap ada gambar snorkeling dengan ikan iolss is jeles 
hahahahhahaha

kita sua tangan dia datang dekat 
alololo..nak kena picit ke ni? hahahah
geram jugak boleh tahan besar-besar ikannya 

sesiapa yang suke Ikan 
teringin nak mandi dengan Ikan 
boleh la datang sini ye....
seronok tau mandi bersama ikan ...

kalau nak kesini 

navigate je santuari ikan sungai Chiling 
atau dari kuala kubu bharu drive menghala Empangan Kuala Kubu Bharu 
jalan depan je sikit lagi jumpa la Sanctuary ikan ni 

pesanan buat yang nak kesana 
wear a proper shirt
proper shoes and pants 

jangan la ver-ver nak berskirt ke ber high heel ke?
memang sgt tak sesuai 
kalau nak baca versi lain kisahnya cuba klik disini 


sekian 


17 comments:

idzwa kamaruddin said...

hiuhiuhiu..gigih lerr berselipar oii.! tapi berbaloi gak laaa lepas tgk air jernih ikan bnyk tu ;)

Nafira usof said...

tempat yg di tuju sangat menarikkkk. tapi bila tgk perjalanan yang mencabar tu trus x berani. hahahahaha.

jinak2 ikan nye jer.. boleh mancing x kat situ? hahahaha

Fazleyatul Aini said...

waaa ikan tu kalau hurung kaki i geli ok. mau menjerit 1 hutan dengar kang haha

Qhaifa Nur said...

mencabarnya nak mandi kat sg chilling ni...
bestnya ada ikann...geli pulak

babYpose said...

Alhamdulillah berbaloi rentas dengan sliper cantik airterjunnya..kena bayar untuk bekalan ye, suka tempat kehijauan ni

LYAfrina said...

bestnya..suka xtvt mcm ni.. tp keadaan ksihatan diri mbataskan ..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@idzwa kamaruddinhaha..iolssis terpaksa redah takkan nak patah balik kan ? ekekke

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@Nafira usofhaishh...kalau bawa joran pancing baru sampai kat kaunter mau dah kena halau balik..ekekkeke

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@Fazleyatul Ainiada je yang menjerit-jerit kena serbu dek ikan...hahaha

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@Qhaifa Nur o.k la ikan tu tak la terasa sgt gelinya dia datang dekat tapi tak gigit pun

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@babYpose yang best sebab sejuk je sepanjang jalan rasa dapat udara segar

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@LYAfrina Inshaallah ada rezeki Lya pun boleh ...

Aiezza Sue said...

uihh.. syok ni, zaman2 muda dlu pernah gak join sekali dua jelajah hutan gini, skang dh berderet askar tumpang syok tengok korang jadi la :)

Siqah Hussin said...

Lamanya tak mandi air terjun! Siap hiking bagai, pakai sliper lak tu. Hihi. Noted untuk pesanan. Make sure pakai proper shoes :D

ArELeEz said...

klu pakai bj tarzan, ok x? heh3.. #Larikksss

Puan Kutu said...

agak adventures ni..pakaj selipar memang naya la..sapa2 yg suka aktiviti lasak best la..sy suka..tp tu la klu ada anak kecik susah sikit nk beraktiviti camni

Mommy Cici said...

alamak nampak mencabar laluan nya -__- tak pernah ke sana lagi. selalu ke gabai atau ulu yam je