Main Bola jaring selepas berbelas tahun tinggalkan

Bismillah....

wah buat entry sukan ni tak bermakna ahkak ni dah jadi sports women ye 
wakakkakakka....jauh panggang dari api la kan 
walaupun masa sekolah dulu setakat 4X100 tu memang tak pernah missed la kan ...hahaha
zaman muda kurus keding mampu lah kan nak olahraga bagai 

ni dah 30 tahun oii...tulang pun tak berapa nak kukuh dah 
-_____________-" 
sekarang ni dekat ofis sedang rancak engan aktiviti sukan 
next week dah mula sukan antara agensi 

nak di pendekkan cerita 
last week saya main netball oii....selepas berbelas tahun tinggalkan game ni 
tanpa sebarang training apa yang ko expect kan ? 
hahahhaha

Diorang ada la buat latihan setiap petang seminggu before game 
masaalhnya saya yang tak mampu nak bagi komitmen attend training diorang 
almaklumlah tn.John hantar ambil setiap hari ...kalau dia cakap tak boleh balik lewat acaner ?
pasrah la kan ..jalan la sambil seret kaki pun 


so buat lah revise sendiri untuk ingat rules dan position 

 Peraturan/Undang-Undang Asas Permainan Bola Jaring

 Satu pasukan diwakili oleh 7 orang pemain semasa permainan dan 3 orang reserved. 
 Berlari dengan bola, mengelecek (memantul) bola dan menumbuk bola tidak dibenarkan.
  Pemain hendaklah menghantar atau menjaring bola dalam masa 3 saat.
 Jaringan hanya boleh dilakukan oleh penjaring GS dan penyerang GA sahaja.

 Jika pasukan kurang daripada 5 orang pemain, permainan tidak boleh diteruskan 
 Pemain tengah yang akan membuat hantaran tengah untuk memulakan permainan mesti berdiri dalam bulatan tengah sebelum wisel berbunyi.

 Penalti akan dikenakan kepada pemain yang melanggar peraturan.

 Terdapat dua jenis penalti, iaitu:

Lontaran percuma 
 Lontaran penalti Lontaran Percuma Jika pemain 
melakukan kesalahan yang kecil, 

 Antara kesalahan yang mengakibatkan lontaran percuma ialah: 

a) Memegang bola Pelepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan memegang bola selama tiga saat. Sekiranya melebihi tiga saat, wisel akan dibunyikan oleh pengadil. Ini menandakan pemain telah melanggar peraturan memegang bola

 b) Gerak kaki Selepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan membuat satu langkah. Jika semasa menangkap bola kaki kanan berada di atas tanah, satu langkahan boleh dilakukan dengan kaki kiri. Jika kedua-dua belah kaki berada di atas tanah, satu langkahan boleh dibuat dengan mana-mana kaki yang dipilih.

 c) Memainkan bola pemain yang memegang bola boleh melantun bola kepada orang lain, tetapi tidak boleh mengambilnya semula.

cukup la kot basic-basic ni .....
game berlangsung dengan penuh dramatic uolssss....
kami memang cukup-cukup je player .... 7 orang without any reserved 
baru je permainan bermula seorang dah injured ...tapi tak serius sgt so boleh teruskan game 

settle satu game...seorang lagi injured...dah tak boleh jalan 
jadi kami teruskan lagi 2 perlawanan dengan bermain 6 orang sahaja 
result ? malas la nak bagitahu kan ...hahahahhaha

of course SEDEH ..ekekkeke
kalah 
gogogogolllllll....hahahhahaha 


saya bermain bukan sebab saya pandai main ....
saya main sebab kesian team tak cukup player ....kalau kurang dah disqualified 
walaupun Tn.John dari awal lagi tak berap anak bagi saya main 
tapi dia tak melarang ...so saya tabahkan hati main jugak la 

Hasil daripada permainan ini...sakit badan 2 hari
-____________-"
...kalau dah duduk...nak bangun !
memang la macam kapal terbang nak naik ke awan 
bukan main payah lagi ..hahahha 

tapi just nak cakap jugak la kan 
kalau orang dah lama tak main ...tapi masih lagi nak bantu cukupkan team
jangan la expect tanpa sebarang latihan boleh jadi terror kan? 
nak-nak untuk position goal shooter dan Goal Attack 
dan jangan ingat walaupun awak berlatih setiap hari awak boleh bermain dengan baik tanpa sebarang  kesalahan ...pendek kata bermainlah dengan berlapang dada 
menang kalah adat permainan

kita main bukan nak tunjuk siapa terror dan bukan nak menyalahkan orang lain 
kita main suka-suka untuk support sukan itu je
tak tengok ola bola ke?? hahahha

ada ayat emo tak ?
tak de kan ? 
hahahhahahahhahahhahaha



sekian ...

8 comments:

Qhaifa Nur said...

seronoknya sekali sekala main...rindu zaman sklh2 dulu...

• Ain Cho'in • said...

Hahaha. =D Sama la kitaaaa, berapa tahun da tinggal Net ball. Kalau dulu masa sekolah, memang akan masuk wakil sekolah bertanding. Miss that moment. Huaaaaa. (!_!) Masa tu pegang posisi GS. Tapi sekarang entah engat ker tak lagi skill shooter. Bahaha ! Best kan kalau main semula, keluar segala peluh. Hehe !

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@Qhaifa Nurhaah seronok cume penat la dah tua..ekekkekee

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@• Ain Cho'in •itulah nak shoot kalau tak practice hancuss lah saya ni ..hihi jadi kita main lah posisi lain ...

Mommy Cici said...

hahah ada kedengaran emo di situ =p btw paling tak suka main netball ni dari zaman sekolah -__- dah la ada yang jenis semangat berlawan sangat tinggi, padahal main masa subjek Pendidikan Jasmani pun tapi gaya dia macam lawan daerah okay. ajahhaha ok i pulak emo hehehe.

Siqah Hussin said...

Siqah nak buat pengakuan yang siqah tak reti main bola jaring! Hahah! Tak faham lah. Dengan kaki tak boleh gerak. Dah kenapa? Hiii.

Aiezza Sue said...

mcm byk juga ayat emo di situ tapi kita baca sambil sengih-sengih ni knape.. hihi

ArELeEz said...

phewitt..! he3..

Kuala Gandah Elephant Sanctuary

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Hai Korang ...gigih mokcik curi masa nak hapdet cerita kali ni #suscuba hihihi  takut terlepas d...